CARA GUNA MAYBANK MAE

Maybank, Anytime, Everyone (MAE) merupakan satu aplikasi baru yang diperkenalkan oleh Maybank dan boleh dimuat turun ke telefon pintar anda samada bagi aplikasi Adroid mahupun iPhone. Ia merupakan dompet digital yang lebih mudahkan transaksi anda. MAE ini boleh digunakan oleh semua orang meskipun anda bukan pemilik akaun Maybank. Aplikasi ini memiliki ciri – ciri menarik di mana pembayaran boleh dibuat menggunakan kod QR yang sangat mudah. Walau bagaimana pun, sebelum mula menggunakan aplikasi ini anda perlu menetapkan tetapan terlebih dahulu bagi memantau setiap transaksi serta boleh menetapkan had limit transaksi. 

 

Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun Maybank, pengguna masih boleh mendaftar akaun MAE, dan akan diberikan penawaran kad debit digital daripada Visa untuk digunakan bagi melakukan pelbagai transaksi atas talian yang lain. Pengguna boleh menggunakannya seperti mana kad debit Visa yang lain dan boleh digunakan untuk membuat pembayaran pada terminal melalui sokongan Maybank Pay atau Samsung Pay. Malah, ia juga boleh digunakan untuk melakukan transaksi melalui laman web jual-beli di internet. 

 

Membuat Tetapan QR Pay Menerusi MAE

Anda boleh membuat tetapan Maybank QR Pay menerusi MAE dengan cara berikut : 

1) Klik pada logo M yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan 

2) Pilih akaun ada atau kad untuk QRPAY 

3) Klik pada butang Agreed & Proceed 

4) Tetapkan kadar limit penggunaan QRPAY 

 

Cara melakukan tetapan Maybank QR PAY menerusi MAE adalah seperti berikut : 

  • Anda perlu klik pada logo M di bahagian bawah sebelah kanan 
  • Pilih akaun atau kad kredit untuk QRPAY • Tekan Agree & Proceed 
  • Tetapkan limit penggunaan untuk QRPAY bagi penggunaan harian atau penggunaan terkumpul 

 

Cara membuat pembayaran menggunakan MAE adalah seperti berikut : 

  • Pilih Money Out, kemudian klik butang PAY WITH QR 
  • Imbas kod QR 
  • Masukkan nilai yang hendak dibayar 
  • Transaksi sudah berjaya dilakukan 
  • Sekiranya telah selesai melakukan transaksi, klik butang Done 

 

Cara membuat pembayaran Split Bill menggunakan MAE 

Split Bill membolehkan anda berkongsi pembayaran bersama rakan anda dengan hanya beberapa cara yang sangat ringkas dan mudah. Cara menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut : 

  • Klik pada Money In 
  • Pilih butang Split Bill 
  • Pilih nama rakan yang akan berkongsi pembayaran bil tersebut 
  • Anda boleh menetapkan samada pembayaran dibuat adalah secara sama rata (equally) atau berasingan (separately) 
  • Bagi separately, anda boleh memasukkan nilai yang ingin dibahagikan antara teman anda dan klik butang REQUEST NOW dan aplikasi ini akan menghantar notifikasi bayaran kepada rakan dengan mudah 

 

Kelebihan Penggunaan MAE 

Aplikasi MAE ini boleh digunakan bagi melakukan pelbagai transaksi seperti berikut : 

1) Pembayaran bil 

2) Membuat pindahan duit 

3) Membuat tambah nilai prepaid 

4) Tempahan tiket wayang 

5) Tempahan tiket kapal terbang 

 

MAE juga dapat mengasingkan penggunaan wang berbanding akaun Maybank. Ia dapat mengelakkan anda daripada terlebih berbelanja. Terdapat sehingga 200,000 peruncit di seluruh negara yang menerima pembayaran melalui QRPay. Jumlah peruncit juga turut bertambah dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan. Pengguna hanya perlu membuat imbasan kad pengenalan ketika melakukan proses pendaftaran dan akan diaktifkan serta – merta. Para pengguna juga boleh membuat tambah nilai akaun MAE seperti akaun bank lain. Malah, pengguna juga boleh membawa keluar wang daripada MAE ke akaun bank dengan mudah dan pantas.