Cara guna Maybank QRPay

Maybank kini telah mengorak langkah menuju ke hadapan dengan memperkenal satu lagi kaedah pembayaran mudah alih tanpa menggunakan tunai. Ia juga merupakan bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan serta menawarkan pembayaran menggunakan QR Pay. Dengan hanya menggunakan kod QR, Maybank telah memudahkan pelanggan membuat urusan pembayaran di hampir 250,000 outlet di seluruh negara. Antara outlet yang telah menggunakan kaedah pembayaran QRPay ini adalah McDonald’s, Starbuck, Mydin, Speedmart, TGV Cinemas, KK Super Mart, BIG Pharmacy dan banyak lagi.

 

Aplikasi Maybank QR Pay ini boleh digunakan oleh semua dengan hanya memuat turun aplikasi tersebut di telefon pintar sahaja. Ia dilihati menjadi alternatif pilihan kepada ramai pengguna kerana penggunannya yang lebih mudah dan cepat. Terdapat dua cara untuk membuat pembayaran menggunakan QRPay iaitu Dynamic QR dan Static QR. Pembayaran menggunakan Dynamic QR adalah di mana peniaga akan menetapkan harga dan pembeli cuma perlu imbas sahaja kod QR peniaga. Static QR pula adalah kod QR akan diletakkan di kaunter bayaran dan pembeli perlu memasukkan jumlah bayaran setelah membuat imbasan kod QR outlet / kiosk tersebut.

Kelebihan Penggunaan QR Pay

  • Transaksi tanpa tunai dengan hanya menggunakan kod QR
  • Lebih selamat, cepat dan mudah
  • Mudah menjejaki serta memantau transaksi pembayaran bagi tempoh 90 hari 
  • Transaksi bayaran secara real time di mana sebaik sahaja pembayaran dibuat, ianya akan terus dikreditkan ke akaun penerima 
  • Tiada sebarang caj tambahan

 

Terma Dan Syarat

  • QR Pay boleh digunakan oleh semua pelanggan Maybank2u sama ada pelanggan sedia ada atau pelanggan baru
  • Mestilah memuat turun aplikasi Maybank pada telefon pintar untuk menggunakan perkhidmatan QRPay
  • Peranti Sistem Operasi (OS) yang digunakan mestilah versi Android 4.00 dan ke atas serta iOS 8.0 dan ke atas 

 

Cara menggunakan QR Pay

  • Muat turut aplikasi Maybank di telefon pintar anda dan buka aplikasi Maybank
  • Untuk penggunaan kali pertama, anda perlu mengaktifkan terlebih dahulu QR Pay dengan menekan butang QRPay
  • Pengguna perlu memilih jenis akaun yang akan di link kan dengan QRPay dan klik butang AGREE & PROCEED
  • Setkan limit kadar pembayaran QRPay anda dalam sehari dan juga limit untuk pembayaran terkumpul dan tekan butang DONE
  • Anda perlu membuat pengesahan menggunakan One Time Password (OTP) yang dihantar kepada anda
  • Masukkan OTP untuk membuat pengesahan dan setelah berjaya, anda boleh mula menggunakan aplikasi QRPay
  • Klik butang QRPay
  • Imbas kod QR di kiosk / outlet perniagaan untuk membuat pembayaran
  • Masukkan jumlah bayaran yang hendak dibuat dan tekan OK
  • Pastikan pembayaran dibuat kepada outlet / kiosk yang betul dengan jumlah yang telah dimasukkan. Kemudian tekan butang PAY
  • Pembayaran anda telah berjaya dilakukan dan anda akan dapat melihat jumlah bayaran yang telah dilakukan kepada outlet / kiosk yang berkenaan
  • Duit anda secara automatik akan ditolak dari akaun bank yang didaftarkan

 

Transaksi maksima yang dibenarkan dalam sehari adalah sebanyak RM 1,000 sahaja. Kadar limit boleh diubah semula mengikut keperluan. Pembayaran yang melebihi RM 250 memerlukan kod PIN sebagai pengesahan transaksi. Sebagai pengguna aplikasi ini, anda akan dapat menerima maklumat tentang kedai / kiosk / outlet yang sedang menjalankan perniagaan. Malah, anda boleh membuat carian senarai kedai yang menggunakan transaksi QRPay melalui aplikasi ini.