Cara Guna Maybank Trade
Masyarakat hari ini tidak boleh hanya bergantung kepada pendapatan yang diterima setiap bulan. Ini kerana peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari turut menjejaskan kehidupan seharian. Bagi yang berkemampuan serta memiliki sedikit modal, adalah lebih baik berjinak – jinak dengan dunia pelaburan yang boleh memberi sedikit keuntungan. Malah, keuntungan hasil pelaburan yang dimiliki membolehkan seseorang individu hidup dalam zon selesa.
Kalau dahulu mungkin agak sukar untuk menceburi bidang pelaburan, namun kini proses untuk melaksanakannya agak mudah dan pantas. Anda juga boleh menggunakan apps tertentu hanya di telefon bimbit sahaja dan boleh mula melabur dengan mudah.Sebelum boleh melakukan pelaburan saham menggunakan aplikasi Maybank Trade, anda perlu membuka akaun CDS terlebih dahulu.
Cara untuk membuka akaun CDS adalah seperti berikut :
- Datang ke mana – mana cawangan Maybank Investment Bank terdekat
- Isi borang Individual Trading Account Application, CDS Account Form Bursa Malaysia, Common Reporting Standard “CRS” Declaration
- Sertakan 7 salinan kad pengenalan, 3 salinan penyata bank (3 bulan terkini) dan 1 salinan slip gaji terkini
- Isi maklumat di bahagian berkenaan pada borang “Individual Trading Account Application Form” seperti product, Internet (pilih M2U online sekiranya mempunyai Maybank2U), customer infomation, occupation, bank particulars, spouse / next of kin, investment objectives dan additional information
- Tandatangan pada borang di Signature of Applicant, Account Opening Form – Supplementary Form, PDPA Form for Individual Customers, Form W-8BEN, Client Declaration Statement Letter, Addendum to Terms & Conditions for Securities Trading, Standing Instruction
- Hantar borang ke cawangan yang bank yang berkenaan bersama bayaran RM 10.00 untuk yuran pembukaan akaun CDS dan juga RM 10.00 untuk caj duti setem surat tawaran
- Anda akan menerima satu emel bagi pengesahan akaun CDS anda dan boleh layari Maybank2U anda untuk mengaktifkan akaun tersebut
Untuk mengaktifkan akaun dagangan anda dalam talian:
- Setelah mendapat kelulusan akaun CDS, layari laman web Maybank2u dan log masuk
- Pilih “Pelaburan”
- Pilih “Stok Dalam Talian”
- Pilih “Maklumat Pasaran Sebenar”
- Klik pada “Aktifkan Akaun”
- Pilih “Pusat Pelaburan Saham Maybank” pada halaman “Selamat Datang” Saham Dalam Talian
- Isikan maklumat yang diperlukan dan klik “Submit”
- Pilih pusat pelaburan anda. Contoh “14057-Jalan Ampang” sebagai Pusat Pelaburan Saham yang ditetapkan
- Anda kemudian akan diarahkan ke halaman Utama Saham Dalam Talian
- Klik pada “Petikan Langsung” untuk melihat stok yang anda mahukan
- Kini anda boleh memulakan dagangan anda.
Cara membuat pelaburan
- Log in akaun Maybank2u dengan memasukkan username dan password anda
- Klik butang Investment, Online Stocks dan Real Time Market Info.
- Anda akan dapat melihat snapshot KLCI pada hari tersebut yang terletak di bahagian paling kanan, manakala di bahagian atas navigation melintang pula merupakan access untuk saham.
- Terdapat dua item yang perlu anda tahu iaitu Live Quotes dan Online Enquiries. Live Quotes merupakan access masuk ke real – time Bursa Malaysia manakala Online Enquiries pula akan memaparkan akaun anda secara terperinci iaitu summary, portfolio dan lain – lain.
- Setiap kaunter akan memaparkan simbol yang berkaitan dengan kaunter tersebut. Contohnya, sekiranya terdapat tanda ‘0’ di sebelah, ini bermakna kaunter tersebut adalah patuh Syariah.
- Sekiranya anda memasuki Live Quotes, anda akan dapat melihat maklumat terperinci dagangan kaunter tersebut seperti best buy, volume, best sell dan sebagainya.
- Sebaiknya anda telah membuat kajian terlebih dahulu sekiranya berminat untuk membeli sesuatu saham. Pembelian minima adalah sebanyak 100 unit saham.
- Taip nama saham yang anda kehendaki dan klik butang Search.
- Semak nama dan kod saham.
- Lihat harga semasa saham, sekiranya berminat klik butang Buy.
- Masukkan kuantiti dan harga kemudian klik OK.
- Masukkan password untuk mengesahkan pembelian anda dan klik butang OK.
- Setelah membuat pembelian unit saham, anda akan dapat melihat harga yang perlu dibayar termasuk kos pengurusan sebelum permohonan anda dihantar ke Bursa Malaysia.
- Semak status pembelian di menu Order Status
- Anda perlu mengulangi langkah yang sama jika ingin menjual saham.
Secara umumnya, cara menjual beli saham di Bursa Malaysia secara online adalah sangat mudah dan begitu menjimatkan masa.
Maybank Trade VS Rakuten Trade
Bagi yang berminat boleh juga mencuba Rakuten Trade. Antara kelebihan Rakuten Trade
- 100% online, pendaftaran, pembukaan akaun CDS, broker semua online. Didaftarkan dalam 2 jam dari laman Rakuten. Tidak payah ke sana sini
- Cuma perlu hantar Dokumen Sokongan secara online , tidak payah ke mana mana cawangan
- Boleh trade dalam 2 jam selepas membuat pendaftaran. Senang dan cepat
- Semua transaksi dibuat secara online, tidak payah kemana-mana untuk update akaun CDS , broker