CARA GUNA RTK NEWGENE

RTK Antigen Test merupakan salah satu kaedah yang paling pantas untuk membuat pengesanan kehadiran virus Covid-19 yang boleh diuji melalui air liur manusia. Ujian air liur ini boleh dibuat sendiri di rumah sahaja. RTK Newgene merupakan produk yang mudah digunakan serta mesra pengguna.

 

Ia dilengkapi dengan buku panduan, popper, tiub, batang swab dan kit ujian.

 

Kaedah Menggunakan Hidung

  • Dapatkan sampel melalui hidung menggunakan batang swab
  • Masukkan ke dalam hidung, pusing sebanyak 5 kali dan tarik atas ke bawah sebanyak 3 kali
  • Masukkan hasil swab ke dalam tiub yang tersedia, pusingkan sebanyak 5 kali dan picitkan hujung sampel tersebut
  • Tutup tiub swab test tersebut dan biarkan selama 1 minit
  • Masukkan 3 titik sampel ke atas test kad RTK antigen dan biarkan selama 15 minit
  • Semak keputusan ujian

 

Kaedah Menggunakan Air Liur

  • Dapatkan sampel air liur / kahak dari tekak sebaiknya selepas bangun dari tidur
  • Masukkan kahak / air liur ke dalam beg plastic yang disediakan
  • Dapatkan tiga titik air liur menggunakan dropper dan masukkan ke dalam tiub sampel
  • Larutkan sampel tersebut menggunakan dropper sebanyak 5 kali, tutup botol dan biarkan selama 1 minit
  • Masukkan 3 titik sampel ke atas test kad RTK antigen dan biarkan selama 15 minit
  • Semak keputusan ujian

 

Keputusan Ujian

 

  • Positif

Jika kad ujian anda memaparkan dua garisan di huruf C dan T, bermakna keputusan ujian adalah positif Covid-19

 

  • Negatif

Jika kad ujian memaparkan garisan di huruf T, bermakna keputusan ujian adalah negatif Covid-19

 

  • Tidak Sah

Jika tiada sebarang garisan dipaparkan atau garisan berada di huruf T, bermakna keputusan adalah tidak sah dan ujian perlu dilakukan semula menggunakan kit yang baharu