Cara Guna SPayLater

Shopee telah menyediakan satu platform baru bagi tujuan pembayaran secara ansuran dan juga pembayaran BuyNowPayLater (BNPL) yang memudahkan para pelanggannya membeli barangan di Shopee. Tempoh pembayaran ansuran adalah bergantung kepada pilihan pengguna sewaktu membuat pembelian samada ansuran selama 2, 3 atau 6 bulan. Walau bagaimana pun, terdapat caj pemprosesan sebanyak 1.25% daripada harga pembelian sekiranya memilih pembayaran secaran ansuran. Jika memilih BNPL, pengguna perlu membuat bayaran penuh pada bulan berikutnya. Pihak Shopee juga memberi had maksima perbelanjaan yang berbeza kepada para penggunanya berdasarkan pelbagai faktor antaranya corak pembelian, jumlah perbelanjaan serta sejaran pembayaran balik ansuran. SPayLater menetapkan pembelian dengan nilai minima sebanyak RM 15 untuk menggunakan kaedah pembayaran tersebut. 

 

Cara Mengaktifkan SPayLater

    • Buka aplikasi Shopee 
    • Klik butang Me (di bahagian bawah sebelah kanan)
    • Klik ikon SpayLater dan tekan ikon Activate Now
    • Masukkan kod pengesahan OTP yang diterima melalui nombor telefon yang telah didaftarkan
    • Untuk tujuan pengesahan, sila muat naik gambar MyKad (hadapan dan belakang) 
    • Masukkan butiran yang diperlukan
  • Pengesahan kedua yang diperlukan adalah gambar swafoto pengguna melalui Face Verification
  • Tunggu pengesahan dari SPayLater sebelum boleh menggunakan kaedah pembayaran tersebut
  • Satu notifikasi akan diterima mengenai pengesahan dari SPayLater dan pengguna boleh mula menggunakan kaedah pembayaran SPayLater untuk pembelian seterusnya

 

Cara Membuat Pembayaran Menggunakan SPayLater

    • Buka aplikasi Shopee
    • Pilih barang yang dikehendaki dan add to cart (harga minima belian untuk menggunakan SPayLater adalah sebanyak RM 15.00)
  • Pada Shopping Cart, klik pada item yang hendak dibayar dan klik Check Out
  • Klik Payment Option dan pilih SpayLater dan pilih tempoh bayaran yang dikehendaki dan klik butang Place Order
  • Klik butang Confirm dan selesai

Kelebihan Menggunakan SPayLater

  • Pengguna boleh membuat pembelian sekiranya terdapat sebarang sale walaupun tidak mempunyai wang untuk membuat pembelian ketika itu
  • Pengguna boleh membuat pembayaran secara ansuran yang tidak membebankan

 

Kelemahan Menggunakan SPayLater

  • SPayLater mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1.25% – 1.5% setiap bulan sepanjang tempoh pembayaran
  • Had kredit yang diberikan bergantung kepada pembelian yang pernah dibuat di Shopee serta rekod pembayaran 
  • Pembayaran ansuran perlu dilakukan pada tarikh tempoh pembayaran dan denda akan dikenakan sekiranya pembayaran lambat, malah akaun SPayLater pengguna juga boleh dibekukan

Kesimpulan

Tidak semua pengguna Shopee mendapat kemudahan SPayLater kerana kelulusannya bergantung kepada pihak Shopee.