Cara Guna Touch N Go eWallet
Touch ‘N Go eWallet merupakan dompet elektronik yang menjadikan pelbagai urusan anda menjadi semakin mudah. TNG Digital yang merupakan anak syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd merupakan agensi yang bertanggungjawab menguruskan Touch ‘N Go eWallet. Kewujudan eWallet ini telah menambah fungsi serta keistimewaan kad Touch ‘N Go sedia ada seperti semakan baki, bayaran bil utiliti, bil restoran, tiket wayang, tiket kapal terbang, menambah nilai prepaid serta membuat bayaran tol secara PayDirect serta RFiD yang masing – masingnya akan menolak baki dari eWallet.
EWallet Touch ‘N Go juga seperti aplikasi – aplikasi lain seperti aplikasi setel, boost dan sebagainya. Anda hanya perlu memuat turun ke telefon bimbit anda menggunakan Google Store atau Apple Store tanpa sebarang caj.
Silakan untuk mengunakan kod kami jfxjnq apabila anda install aplikasi eWallet Touch&Go.
Cara Guna Touch N Go
- Klik laman web Touch ‘N Go. Ataupun download aplikasi terus dari Google Playstore ataupun Apple Appstore.
- Isi maklumat peribadi anda dan daftar
- Verifikasi akaun anda dengan memuat naik kad pengenalan (depan dan belakang) secara imbasan, serta gambar selfie anda sebagai pengesahan.
- Setelah selesai mendaftar akaun eWallet, anda sudah boleh membuat tambah nilai ke akaun anda. Untuk menambah nilai eWallet, anda boleh menggunakan kad debit / kad kredit atau membeli soft pin di kedai – kedai terpilih.
- Anda boleh menambah kad Touch ‘N Go anda dengan hanya klik menu TNG Card. Masukkan nombor siri kad anda semasa membuat pendaftaran kad.
Tutorial Video eWallet (Bahasa Malaysia)
Kelebihan Touch ‘N Go eWallet
- PayDirect – Anda boleh menggunakan baki yang tersedia dalam eWallet untuk bayaran tol. PayDirect akan membuat penolakan baki secara automatik melalui eWallet anda. Baki di dalam eWallet mestilah mencukupi untuk menggunakan PayDirect ini. Sekiranya baki tidak mencukupi, sistem akan menolak terus baki yang terdapat di dalam kad Touch ‘N Go.
- Penggunaan PayDirect membolehkan pengguna menikmati rebat tol sebanyak 20% di plaza tol yang menyokong fungsi PayDirect. Setiap transaksi boleh disemak melalui app eWallet.
- Transaksi pembayaran tol menggunakan RFiD juga membenarkan pengguna lebuh raya menikmati diskaun tol.
- Sebagai pengguna kad Touch ‘N Go, sesetengah pengguna turut mengalami kesukaran untuk menyemak baki kad. Melalui aplikasi ini, baki eWallet dank ad fizikal boleh disemak dengan lebih mudah melalui telefon bimbit.
- Membayar caj parking dengan mudah di hampir kesemua tempat meletakkan kenderaan.
- Membeli tiket kapal terbang domestik serta antarabangsa, malah tiket wayang juga boleh dibeli menggunakan eWallet ini.
- Pengguna boleh berbelanja di KK Super Mart atau makan di restoran – restoran terpilih dan membayar bil menggunakan eWallet dengan hanya membuat imbasan kod QR yang dipaparkan semasa membuat pembayaran.
Pengguna yang menggunakan Touch ‘N Go eWallet ini akan menerima rebet sehingga 20 % daripada penggunaan semasa. Malah, anda boleh mendapat cashback minimum sehingga RM 0.50 bagi setiap transaksi pembayaran tol. Selain itu juga, pelbagai outlet yang menggunakan perkhidmatan eWallet ini turut memberikan cashback yang menarik kepada para pelanggan Touch ‘N Go eWallet. Perkhidmatan eWallet ini ternyata cukup memudahkan serta memberi faedah yang banyak untuk para penggunanya.