Cara Langgan Internet Digi

Kemudahan internet pada hari ini sangat penting dan menjadi keperluan orang ramai. Ini kerana kebanyakan telefon pintar dilengkapi dengan pelbagai ciri yang memerlukan kemudahan internet bagi menggunakannya. Antara yang paling popular pada masa kini adalah penggunaan Whatsapp dan juga media sosial seperti Facebook serta Instagram. Adalah tidak lengkap sekiranya anda memiliki telefon pintar tanpa memiliki kemudahan internet. Bagi yang menggunakan talian prepaid DiGi, anda boleh melanggan internet dengan hanya beberapa langkah mudah sahaja. Berikut merupakan cara mudah untuk melanggan internet DiGi mengikut kesesuaian bajet, malah anda tidak perlu menggunakan sebarang aplikasi lain seperti MyDigi untuk melanggan kemudahan internet.

Langkah Pertama

  • Pastikan kredit talian mencukupi sebelum membuat langganan. 
  • Tekan kod *116# dan tekan butang Dial.

 

Langkah Kedua

  • Skrin akan memaparkan pilihan menu seperti berikut :
  1. Internet Plans (Auto Renew)
  2. Internet Cili Padi (One Time)
  3. Unlimited Cili Padi XL (One Time)
  4. Call One Time Pass
  5. Isi Semula Kuota
  6. Semak Kuota

 

  • Pilih salah satu pelan internet yang bersesuaian dengan pelan talian anda.

 

Langkah 3

  • Sekiranya anda memilih pelan nombor 2, skrin akan memaparkan pilihan pelan berikut :
  1. RM 12 for 4 GB (7 days)
  2. RM 3 for 3GB (1 day)
  3. RM 4 for 3GB+Unlimited Calls and Network (1 day)
  4. RM 1 for 1GB (1 Hour)
  5. RM 1 for 300MB (1 day)

 

  • Pilih salah satu pelan internet yang bersesuaian dengan memasukkan nombor kod pilihan.
  • Kemudian, tekan butang 1 untuk mengesahkan langganan anda.
  • Sekiranya langganan anda berjaya, satu mesej berkenaan langganan anda akan dipaparkan di skrin.

 

Langkah 4

  • Sekiranya anda memilih pelan nombor 3, skrin akan memaparkan pilihan pelan berikut :
  1. RM 28 for Unlimited YouTube and Social and 6GB (30 days)
  2. RM 15 Unlimited Social + 3 GB (30 days)
  3. RM 35 Unlimited YouTube + Social + 9GB (30 days)

 

  • Pilih salah satu pelan internet yang bersesuaian dengan memasukkan nombor kod pilihan.
  • Kemudian, tekan butang 1 untuk mengesahkan langganan anda.
  • Sekiranya langganan anda berjaya, satu mesej berkenaan langganan anda akan dipaparkan di skrin.

 

Jangan Lupa Beli Top Up Murah DIGI

RM1o top up 80% off