Cara Main Bitcoin
Mata wang kripto iaitu Bitcoin menjadi semakin trending di abad ini di mana harganya yang semakin meningkat pastinya memberi keuntungan kepada pemilik mata wang kripto ini. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan mata wang Bitcoin ini, antaranya daripada aktiviti mining, membuat pembelian dari pihak ketiga, menjadikan Bitcoin sebagai medium penerimaan bayaran dan anda juga boleh membuat pembelian daripada LUNO.
Kaedah Untuk Menjana Bitcoin
Terdapat tiga kaedah menjana bitcoin iaitu seperti berikut :
- Mining
- Faucet
- Trading
Mining
Kaedah mining memerlukan anda mengeluarkan modal untuk membuat pelaburan.
Faucet
- Kaedah faucet membolehkan anda menjana Bitcoin dengan hanya membuat review page dan kemudian membuat tuntutan dalam bentuk coins
- Memerlukan komitmen dan masa untuk menjana Bitcoin
Trading
Kaedah trading memerlukan modal di dalam e-wallet untuk urusan jual beli dan di Malaysia anda boleh membeli dan menjual bitcoin menggunakan akaun Luno
Kaedah Faucet Bitcoin
Menggunakan kaedah faucet adalah sangat mudah untuk menjana mata wang bitcoin. Terdapat beberapa faucet bitcoin yang benar – benar membayar ke akaun anda setelah anda menuntut matawang satoshi yang dikumpul melalui kaedah ini. Antaranya adalah seperti berikut :
- Bonus Bitcoin
Anda boleh mendapatkan bitcoin secara percuma melalui Bonus Bitcoin dengan hanya menaip kod captcha yang dipaparkan dan kemudian menekan butang Claim. Ia akan membayar sehingga 5,000 satoshi setiap 15 minit. Malah, bonus sebanyak 5% akan diberikan secara automatik pada setiap baki akaun terkumpul untuk 72 jam dan ianya akan dikreditkan terus ke akaun coinpot anda.
- Moon Bitcoin
Moon Bitcoin juga membolehkan anda mendapatkan bitcoin secara percuma. Ianya antara aplikasi yang begitu popular sejak tahun 2014. Anda hanya perlu menyelesaikan tugasan yang dipaparkan dan sebagai ganjaran, Moon Bitcoin akan memberikan satoshi setiap 5 minit.
- Cointiply
Anda hanya perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Cointiply dan bayaran bitcoin akan dikreditkan ke akaun anda setelah berjaya mengumpul sebanyak 35,000 satoshi. Antara tugasan yang diberikan adalah seperti review iklan, jawab soalan survey, menonton video yang dipaparkan dan lain – lain.
- Firefaucet.win
Firefaucet.win juga membolehkan anda mengumpul satoshi dengan hanya melakukan beberapa tugasan yang diberikan seperti menonto video, menjawab survey, bonus harian, ganjaran dan sebagainya.
- Freebitco.in
FreeBitco.in telah diwujudkan sejak tahun 2013 yang membolehkan pengguna memperolehi sehingga $ 200 setiap jam melalui peraduan dan hadiah – hadiah yang lain. Dengan hanya melakukan tugasan seperti menyelesaikan kod captcha setiap jam, anda akan dapat memperolehi bitcoin tanpa perlu mengeluarkan modal.
- Coinfaucet.net
Coinfaucet.net menyokong sehingga 850 mata wang kripto yang berbeza. Ia membolehkan anda memperolehi mata wang kripto tanpa limit dan boleh memenangi sehingga $300 setiap jam dengan hanya bermain game. Sebanyak 50% komisen referral akan diberikan kepada pengguna baru.
- Freebitcoin.io
Anda akan memperolehi satoshi dengan hanya melawat laman web yang diiklankan. Lebih banyak anda meluangkan masa melawat laman web yang diiklankan, lebih banyaklah satoshi yang akan anda perolehi. Freebitcoin.io akan membayar ke akaun anda sebaik sahaja telah mencapai kadar minima pengeluaran. Anda juga akan memperolehi sebanyak 50% komisen referral dari rakan anda.coin Eveely free every hour by playing a
- FaucetCrypto.com
Terdapat 3 kaedah untuk memperolehi satoshi melalui FaucetCrypto.com ini, antaranya :
- PTC Advertisement – hanya perlu menonton iklan yang dipaparkan
- Offerwalss & Surveys – jawab beberapa soalan survei, mendaftar di laman web yang dipaparkan serta bermain online games
- Faucet Claim – hanya perlu klik butang untuk mendapatkan reward (boleh klik setiap 25 minit)
- Referral commission adalah sebanyak 20% akan diberikan
Cara Membeli Bitcoin Malaysia
- Daftar akaun Luno melalui laman web Luno atau aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Google PlayStore atau Apple Store
- Masukkan wang deposit serendah RM 10 ke akaun Luno dengan hanya cara berikut : Klik Wallets > Local Currency > Deposit >Masukkan jumlah amaun > Continue to FPX
-
- Luno menyokong FPX melalui akaun bank tempatan seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, Public Bank dan lain-lain bank bagi memudahkan pengguna membuat deposit
- Setelah berjaya membuat deposit, anda sudah boleh membeli bitcoin mengikut amaun yang diinginkan
- Selain Bitcoin, anda juga boleh membeli matawang kripto lain seperti Ripple, Ethereum dan Litecoin
- Anda boleh menjual semula bitcoin sekiranya harganya telah meningkat dan memberi keuntungan kepada anda dengan hanya membuat permohonan pengeluaran ke akaun bank anda
Kesimpulan
Cara paling mudah mengumpul matawang bitcoin tanpa modal adalah melalui ads viewing dan juga faucet. Kedua – dua kaedah ini boleh dilakukan secara percuma, namun mestilah mempunyai rangkaian internet. Walau bagaimana pun, dua kaedah ini mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan bitcoin. Namun, ianya boleh mengisi masa lapang anda dengan melakukan perkara yang boleh memberi keuntungan walaupun sedikit. Sekiranya anda mempunyai modal, anda juga boleh membeli matawang bitcoin dan mengumpulnya kerana kadar matawang bitcoin dijangka akan terus meningkat.