cara main jewel rush maybank

Jewel Rush suatu tika dahulu merupakan permainan arked klasik di mana setiap pemain perlu mengumpulkan batu permata sebanyak mungkin. Namun, kini permainan jewel rush telah dipopularkan semula oleh Maybank. Permainan yang dianjurkan oleh pihak Maybank ini terbuka kepada semua pemegang akaun Maybank yang merupakan pelanggan ewallet MAE. Ia adalah berdasarkan syarat – syarat yang ditetapkan dan bermula pada 27 julai 2019 dan berakhir pada 31 disember 2019. Jewel Rush diadakan sebagai tanda penghargaan terima kasih pihak Maybank kepada para pelanggannya kerana Maybank telah mendapat pengiktirafan tertinggi dalam kategori pelabura, perbankan dan juga insurans bagi tempoh 10 tahun berturut – turut. Malah, Maybank juga berada dalam kategori hall of fame di Putra Brand Awards 2019. Oleh sebab itu, Maybank meraikan kejayaan ini bersama para pelanggan setia dengan menawarkan wang tunai sebanyak RM 2 juta menerusi virtual game jewel rush.

 

Bagi membolehkan anda memenangi wang tunai dengan bermain jewel rush, anda perlu melakukan sekurang – kurangnya satu transaksi dengan jumlah RM 30.00 melalui aplikasi M2U atau RM 10.00 dengan Maybank QR Pay. Setiap transaksi yang anda lakukan memberi peluang kepada anda untuk bermain. Sebelum anda dibenarkan bermain jewel rush, anda perlu memuat turun aplikasi Maybank di telefon pintar anda samada menggunakan OS Android atau iOS dan daftar MAE e-wallet anda. Setelah pendaftaran dibuat, anda boleh mula bermain jewel rush dan menangi wang tunai dengan mudah.

 

Cara untuk bermain jewel rush adalah seperti berikut:

  1. Tekan pada ikon jewel rush game di aplikasi Maybank dan mulakan permainan anda
  2. Tekan sebanyak mungkin jewel rush yang kelihatan kerana setiap jewel akan dikira
  3. Elakkan dari terkena bom berduri kerana ia akan mengurangkan wang anda
  4. Perhatikan dan carilah bonus jewel kerana ia akan memberi wang tambahan kepada anda
  5. Sebaik sahaja tempoh masa bermain tamat, anda akan mengetahui jumlah wang yang 

    anda berjaya perolehi selepas tamat permainan

  1. Tunaikan wang anda melalui MAE
  2. Peluang untuk bermain semakin bertambah sekiranya anda banyak melakukan transaksi,  

    semakin banyak anda bermain, semakin banyak akan anda menang

 

Jumlah minima wang yang boleh anda menangi adalah bermula dari RM 0.20 dan wang anda akan lebih banyak sekiranya berjaya mendapatkan bonus jewel dengan jumlah wang yang lebih besar.