Cara membeli Cardano (ADA)
Penafian: Ini bukannya nasihat kewangan. Pembelian matawang adalah pelaburan risiko tinggi. Sila membuat penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli apa apa bentuk matawang Crypto.
Matawang crypto CARDANO dicipta oleh Charles Hoskinson yang juga pencipta matawang Ethereum, dan juga Bitshares, Ethereum Classic. Cardano mula digunakan dipasaran Crypto pada tahun 2017. Cardano adalah krypto matawang generasi ketiga berbanding dengan Bitcoin yang kuat mengunakan bekalan elektrik disebabkan pengiraan matawang yang menjadi amat ketara. Berbeza dengan Crypto lama, Cardano dicipta dengan konsep seni bina 2-layer architecture yang membuatkan matawang ini tidak kuat mengunakan bekalan elektrik dah ia adalah mesra alam berbading matawang seperti Bitcoin ataupun Ethereum. Menurut penyelidikan University of Cambridge, matawang Cardano mengunakan bekalan 6 Gwh setahun, 0.01% tenaga elektrik berbanding crypto generasi pertama seperti Bitcoin yang mengunakan 110.53 TWh. Matawang ini dicipta dengan fungsi terbaru supaya ia mudah dikembangkan. Matawang ini juga mempunyai GAS (Transaction Fees) yang rendah dan penghantaran adalah amat cepat berbanding dengan matawang generasi lama. ADA adalah coin yang dicipta Cardano yang kini mempunyai 31.9 billion di pasaran matawang.
Harga untuk Cardano adalah amat murah berbanding Crypto generasi pertama seperti Bitcoin ataupun Ethereum kerana ia adalah masih baru dan bekalan adalah masih banyak di pasaran crypto.
Daftar Binance
Cardano juga boleh dilombong dengan mengunakan konsep “Proof of Stake” berbanding dengan “Proof of Work”. Konsep PoS akan mengurangkan beban pengiraan untuk melombong coin ini.