Cara Membuat Akaun Gmail Baru

Google menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuklah perkhidmatan emel yang dikenali sebagai Gmail yang begitu popular di serata dunia. Jika dahulu akaun Gmail hanya boleh dimiliki melalui jemputan sahaja, namun kini anda boleh memilikinya dengan mudah tanpa memerlukan sebarang jemputan, malah ia boleh dicipta pada bila – bila masa sahaja. Pemilikan akaun Gmail secara jemputan sahaja suatu tika dahulu kerana pihak Google ingin menjaga reputasi syarikat elitnya. Namun, pada tanggal 14 Februari 2007, Google telah membatalkan kaedah jemputan bagi memiliki akaun Gmail dan akhirnya ramai pengguna memiliki akaun Gmail tanpa sebarang jemputan. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan akaun Gmail ini iaitu seperti berikut :

 

  1. Saringan SPAM

Kebanyakan penyedia perkhidmatan emel menawarkan kemudahan saringan emel SPAM termasuklah Gmail. Namun, saringan SPAM Gmail begitu efektif dan sentiasa menyaring kehadiran SPAM, virus serta iklan phising.

 

  1. Merge dengan Google Hangouts

Gmail yang digabungkan dengan Google Houngouts begitu memudahkan komunikasi antara satu sama lain melalui panggilan video. Sebagai pengguna Gmail, anda boleh melihat senarai contact yang menggunakan Hangouts di paparan kiri Gmail.

 

  1. Akses Offline

Pengguna Gmail boleh mengakses emel secara offline dengan memuat turun Gmail offline chrome yang terdapat pada web browser anda.

 

Cara Membuat Akaun Gmail Baru

  1. Layari laman web https://accounts.google.com/signup
  2. Masukkan First Name, Last Name, Username dan kata laluan anda
  3. Klik butang Next dan masukkan nombor telefon bimbit anda sebagai tujuan pengesahan akaun
  4. Klik butang Next dan anda akan menerima kod verifikasi yang dihantar melalui SMS
  5. Masukkan kod verifikasi tersebut dan klik butang Verify
  6. Masukkan Recovery email address (optional), masukkan tarikh lahir serta jantina anda dan klik butang Next
  7. Terma dan Syarat akan dipaparkan, pastikan anda klik I Agree dan selesai

 

  • First Name dan Last Name yang dimasukkan akan dipaparkan sebagai pengenalan diri emel anda. 
  • Pastikan anda memilih kata laluan yang unik supaya tidak mudah digodam oleh penggodam internet demi keselamatan data peribadi anda.
  • Alamat emel yang dicipta tidak semestinya mempunyai nama anda, namun pastikan ianya belum pernah digunakan oleh pihak lain.
  • Dengan adanya akaun Gmail, ia memudahkan anda untuk terus berhubung dengan rakan – rakan, malah ia memudahkan anda untuk mengendalikan aplikasi Youtube, Google serta PlayStore.
  • Anda boleh mengakses Gmail melalui web browser, malah boleh menetapkan ia di dalam emel desktop.