CARA MEMINDAHKAN MAKLUMAT SIJIL VAKSIN MY SEJAHTERA
September 22, 2023
Kebanyakan ibu bapa akan mendaftarkan nama anak sebagai tanggungan dalam akaun MySejahtera. Bukan sahaja anak, malah terdapat juga individu yang mendaftarkan nama anak, nama pasangan, ibu atau bapa sebagai tanggungan dalam MySejahtera. Pemilik akaun MySejahtera boleh memindahkan maklumat sijil vaksin tanggunan dalam MySejahtera hanya dengan beberapa langkah sahaja. Setelah membuat pindahan sijil vaksin, tanggungan tersebut boleh mempamerkan sijil vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera di telefon bimbit masing – masing.
Cara membuat pindahan sijil vaksin adalah seperti berikut :
- Terlebih dahulu padamkan senarai nama tanggungan yang terdapat di dalam akaun MySejahtera anda
- Klik ikon Covid-19 Vaccination
- Kemudian, klik nama tanggungan dan klik butang Remove Dependent
- Nama tanggungan telah berjaya dipadamkan
- Pada telefon bimbit tanggungan, pastikan aplikasi MySejahtera telah dimuat turun terlebih dahulu
- Setelah mendaftar di telefon bimbit, pastikan pihak tanggungan mengesahkan maklumat yang telah dimasukkan dengan klik butang Confirm
- Tanggungan diminta membuat pengesahan sekali dengan menekan butang Ok
- Jawab beberapa soalan yang dipaparkan dan tekan butang Submit
- Masukkan negeri dan poskod semasa tanggungan, kemudian tekan butang Submit
- Skrin akan memaparkan nota seperti berikut : “Thank you for registering. We will notify you on your vaccination appointment”
- Kemudian, tanggungan boleh mula menyemak sijil digital vaksin di ruangan Covid-19 Vaccination
- Butiran vaksin yang telah selesai akan dipaparkan dan tanggungan boleh klik pada link biru yang untuk mengeluarkan sijil vaksinasi