Cara Mendaftar Grabbike
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook telah membenarkan perkhidmatan motosikal e-hailing memulakan operasinya di Malaysia. Seiring dengan pelaksanaan perkhidmatan ini, tempoh percubaan perlu dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan mulai Januari 2020. Perkhidmatan e-hailing ini di bawah kelolaan syarikat Grab dan telah memperkenalkan GrabBike sebagai perkhidmatan tambahan yang disediakan buat para pelanggan di Malaysia. Program rintis ini akan dilaksanakan di sekitar Lembah Klang untuk permulaan dan akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat sekiranya ada keperluan. GrabBike merupakan perkhidmatan menghantar pelanggan ke destinasi yang ingin dituju menggunakan motosikal.
Mulai 2 Disember 2019, individu yang ingin menjadi rakan penghantar GrabBike boleh membuat pendaftaran secara online di https://grabcarmalaysia.formstack.com/forms/rakan_penghantar_grabbike . Calon – calon yang layak akan dimaklumkan dalam tempoh lima hari bekerja. Setiap penghantar GrabBike yang layak dipilih perlu menjalani latihan khas terlebih dahulu sebelum menjadi penghantar GrabBike sebenar. Selain menghantar penumpang ke destinasi, penghantar GrabBike juga boleh menerima pesanan makanan dan menjadi penghantar GrabFood
Syarat – syarat GrabBike
- Lokasi perkhidmatan sekitar Lembah Klang sahaja
- Perkhidmatan bermula Januari 2020 dan tempoh program rintis adalah selama 6 bulan
- Penunggang GrabBike mestilah memiliki lesen penuh samada B ataupun B2 (bukan lesen L atau P)
- Penunggang mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
- Hanya seorang penumpang sahaja dibenarkan pada satu-satu masa dan mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
- Penunggang GrabBike tidak disenaraihitam oleh JPJ ataupun PDRM
- Motosikal berusia tidak lebih 5 tahun dari tarikh pendaftaran JPJ
- Motosikal berdaftar secara sah dengan JPJ
- Motosikal tidak diubahsuai dan melepasi piawaian JPJ
- Penunggang perlu memakai tanda pakaian yang jelas termasuk motosikal
- Penunggang mestilah mematuhi undang-undang jalan raya
Walau bagaimana pun, syarat – syarat ini mungkin berubah tertakluk kepada sebarang pindaan dari Kementerian Pengangkutan.
Cara Mendaftar GrabBike
- Layari laman web https://grabcarmalaysia.formstack.com/forms/rakan_penghantar_grabbike
- Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti :
- Nama rakan Penunggang
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Telefon
- Emel
- Nombor Plat Motosikal
- Buatan Motosikal
- Model Motosikal
- Tahun Buatan Motosikal
- Jawap samada motosikal mempunyai bakul atau tidak
- Muat Naik Geran Motosikal
- Pastikan anda tanda / pada kotak Ya (Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberi adalah benar dari segi pengetahuan saya yang terbaik)
- Tekan butang Next untuk meneruskan permohonan
- Masukkan maklumat akaun penunggang GrabBike yang terdiri dari :
- Nama Akaun
- Nombor Akaun
- Nama Bank
- Salinan Buku Akaun
- Tekan butang Submit untuk melengkapkan permohonan
- Penunggang GrabBike yang layak menyertai perkhidmatan ini akan dimaklumkan melalui SMS atau panggilan dari pihak Grab dan ianya tertakluk kepada Terma dan Syarat yang telah ditetapkan
- Selain mendaftar melalui website, anda juga boleh mendaftar di pejabat Grab yang berhampiran dengan membuat semua dokumen yang diperlukan
Kelebihan Penunggang GrabBike
- Pendapatan Tambahan (Boleh menerima tempahan GrabBike dan GrabFood)
- Insentif istimewa bagi bulan pertama
- Jaket keselamatan GrabBike dan topi keledar untuk pembonceng diberi percuma
- Menggunakan aplikasi yang dapat membantu penunggang mendapatkan pembonceng yang berhampiran
Menjadi salah seorang penunggang GrabBike adalah langkah terbaik bagi anda menambah pendapatan sampingan. Ini kerana perkhidmatan ini boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja tanpa terikat dengan waktu dan boleh dilakukan di waktu yang terluang. Anda menjadi bos kepada diri sendiri dan waktu bekerja adalah di tangan anda.
Penunggang GrabBike kini terdiri lelaki dan perempuan berjumlah kira – kira 300 orang yang telah melepasi syarat yang ditetapkan. Setiap penunggang akan hanya boleh menerima tempahan dari pelanggan yang sama jantina sahaja.