Cara Mendaftar MySejahtera Untuk Premis Perniagaan
Pada tahun 2020 ini, seluruh negara dikejutkan dengan pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan orang ramai terpaksa akur dengan arahan pihak kerajaan bagi membendung masalah ini. Justeru, rakyat Malaysia perlu hidup dalam norma baharu di mana setiap orang perlu menjarakkan diri 1 meter antara satu sama lain dan dilarang bersentuhan. Setiap individu juga perlu sentiasa memakai face mask dan hand sanitizer sebagai perlindungan diri. Oleh yang demikian, sebagai langkah pencegahan, kerajaan telah mewajibkan setiap premis perniagaan, perindustrian dan sebagainya menggunakan MySejahtera Check-In bagi membolehkan setiap individu membuat pendaftaran kehadiran sebelum memasuki premis tersebut selaras dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang digariskan oleh kerajaan Malaysia.
Penggunaan aplikasi MySejahtera memudahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi individu yang dikhuatiri dijangkiti virus Covid-19 berdasarkan rekod lokasi yang terdapat dalam aplikasi ini. Terdapat dua kaedah untuk mendaftar MySejahtera samada menggunakan telefon pintar atau menggunakan emel.
Cara Mendaftar MySejahtera Menggunakan Telefon
Berikut merupakan kaedah dan cara untuk mendaftar MySejahtera menggunakan telefon pintar.
-
- Layari laman web rasmi MySejahtera di mysejahtera.malaysia.gov.my
- Klik pada ikon Perkhidmatan (bahagian atas) dan klik pada MySejahtera Check-In
- Klik butang Daftar MySejahtera Check-In
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
- Country code: Malaysia kod +60
- Masukkan nombor telefon
- Pastikan klik pada kotak I’m not a robot
- Lengkapkan Captcha yang terpapar berdasarkan arahan yang diberikan
- Klik butang VERIFY
- Klik butang Register
-
- Anda akan menerima One Time Password (OTP) melalui SMS untuk proses verifikasi nombor telefon
- Masukkan kod OTP yang diterima dan tekan butang Submit
- Masukkan maklumat berikut yang terdapat di bahagian Registration seperti berikut:
- User Name
- Business Name
- Contact Name
- Current Address
- Postcode
- State
- Klik butang Submit
- Pendaftaran MySejahtera telah berjaya
- Anda boleh membuat QR Code MySejahtera untuk MySejahtera Check-In secara automatik
Cara Mendaftar MySejahtera Menggunakan Emel
Pendaftaran menggunakan emel pula hampir sama dengan pendaftaran menggunakan nombor telefon, namun ianya tidak memerlukan kod 6-digit OTP. Cara mendaftar menggunakan emel adalah seperti berikut :
-
- Layari laman web rasmi MySejahtera di mysejahtera.malaysia.gov.my
- Klik pada ikon Perkhidmatan (bahagian atas) dan klik pada MySejahtera Check-In
- Klik butang Daftar MySejahtera Check-In
- Pada bahagian bawah butang Register, klik pada perkataan Email yang terdapat di frasa ini, “I would like to use Email to register
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
- Masukkan alamat emel di ruangan Email Address
- Klik kotak I’m not a robot
- Lengkapkan Captcha yang terpapar berdasarkan arahan yang diberikan
- Klik butang VERIFY
- Klik butang Register
-
- Anda akan menerima satu emel dari MySejahtera bagi melengkapkan proses verifikasi
- Klik pada pautan yang telah diterima melalui emel
- Masukkan maklumat berikut yang terdapat di bahagian Registration seperti berikut:
- User Name
- Business Name
- Contact Name
- Current Address
- Postcode
- State
- Klik butang Submit
- Pendaftaran MySejahtera telah berjaya
- Anda boleh membuat QR Code MySejahtera untuk MySejahtera Check-In secara automatik
Penggunaan aplikasi MySejahtera Check-In ternyata lebih memudahkan orang ramai memasuki sesebuah premis tanpa perlu mencatat sendiri maklumat diri di dalam buku rekod yang disediakan. Ia lebih praktikal dan dapat mengelakkan berlakunya sentuhan yang dikhuatiri mempunyai virus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.