Cara Mendaftar Sebagai Grab Food
Setelah Grab berjaya mengambil alih perkhidmatan e-hailing Uber, Grab mula melangkah jauh dengan menyediakan perkhidmatan Grab Food pula bagi menggantikan perkhidmatan Uber Eats di seluruh Asia Tenggara.Grab Food merupakan perkhidmatan yang membolehkan hidangan kegemaran anda dihantar hingga muka pintu rumah atau pejabat anda hanya melalui pesanan secara online sahaja.
Sebagai pelanggan, anda boleh membuat tempahan melalui apps Grab Food dengan hanya memilih restoran serta hidangan yang diinginkan. Penghantaran akan dibuat oleh penghantar makanan Grab Food. Kemudahan ini sangat menyenangkan ramai orang terutamanya bagi mereka yang terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk menyediakan hidangan.
Kewujudan Grab Food ini telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada para penganggur terutamanya di kalangan anak muda. Tugas seorang penghantar makanan Grab Food adalah sangat mudah dan tidak memerlukan keringat yang begitu membebankan.
Bagi anda yang sedang bekerja sepenuh masa dan ingin menambah pendapatan, anda juga boleh bersama – sama menyertai kumpulan Grab Food dengan bekerja secara separuh masa bergantung kepada kesesuaian masa. Namun, bagi yang masih tiada pekerjaan, boleh juga melakukan pekerjaan ini secara sepenuh masa. Pelbagai insentif boleh anda perolehi sebaik sahaja menyertai rangkaian penghantaran makanan Grab Food.
Sebelum anda menjadi salah seorang penghantar makanan Grab Food, anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk memulakan pekerjaan. Cara memohon sebagai penghantar makanan adalah seperti berikut :
- Layari laman web Grab Food
- Masukkan maklumat peribadi anda seperti nama penuh, nombor telefon, emel, bandar serta
jenis kenderaan. Klik “saya setuju dengan terma dan syarat” dan klik butang Daftar
Sekarang
- Pihak Grab akan memproses permohonan anda dan akan menghubungi anda untuk
melengkapkan permohonan
- Anda akan diberi latihan serta kit penghantaran di Grab Driver Centre, Jaya One
- Sila login ke dalam apps GrabFood Driver serta mula menerima tempahan dari pelanggan
Syarat – syarat Sebagai Rakan Penghantar Grab Food
- Mestilah memiliki telefon pintar dengan OS iOS atau Android serta mempunyai pelan data
- Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
- Merupakan warganegara Malaysia
- Mempunyai motosikal sendiri serta lesen memandu yang sah. Sekiranya bukan pemilik motosikal, pastikan covernote merupakan cover All Rider
- Sekiranya anda pernah membuat GrabCar, pastikan anda menggunakan emel serta nombor telefon yang berbeza
- Cukai jalan motosikal mestilah masih sah
Keistimewaan Menjadi Rakan Penghantar Grab Food
- Sebagai seorang rakan penghantar makanan, anda boleh menambah pendapatan bagi setiap penghantaran yang sempurna dilaksanakan
- Anda boleh menentukan jumlah jam bekerja untuk sehari. Malah, anda juga boleh bekerja selama sejam sehari sahaja dan semuanya bergantung kepada kemampuan anda
- Mendapat bayaran setiap hari dan bonus harian juga turut disediakan
Insentif Bonus Harian
Setiap penghantar makanan akan diberikan insentif bonus harian yang akan dimasukkan ke dalam dompet Grab Driver pada hari Isnin minggu berikutnya. Anda boleh membuat transaksi pengeluaran setelah bonus harian tersebut dimasukkan ke dalam dompet Grab Driver dan akan diproses dalam tempoh 1 hingga 5 hari bergantung kepada jenis bank anda. Pengeluaran minima adalah sebanyak RM 10.00 sahaja.
Sebagai seorang penghantar Grab Food, anda boleh menentukan sendiri jumlah jam bekerja sehari dan waktu bila anda ingin bekerja. Ia bergantung kepada kesesuaian masa anda tanpa menggangu pekerjaan hakiki anda sekiranya anda mempunyai pekerjaan sepenuh masa di tempat lain. Malah, anda juga boleh memilih lokasi penghantaran di mana sahaja lokasi di Malaysia selagi ia meliputi kawasan perkhidmatan Grab Food. Dengan semudah log masuk ke aplikasi Grab Food, anda boleh mula menjana pendapatan sampingan dengan mudah kerana bayaran akan anda terima setiap hari.