Cara Mendaftar SSM Online

Hari ini semakin ramai rakyat Malaysia yang menceburi bidang perniagaan, tidak kira samada secara konvensional mahupun berniaga secara dalam talian. Setiap perniagaan yang dijalankan perlu didaftarkan secara sah dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan. 

Perniagaan yang dijalankan di Malaysia perlu didaftarkan di bawah SSM termasuklah perniagaan secara dalam talian. Perniagaan yang perlu didaftarkan terdiri dari Perniagaan Milikan Tunggal dan juga Perniagaan Perkongisan. Pendaftaran perniagaan baharu boleh dibuat secara dalam talian yang lebih memudahkan ahli perniagaan untuk mendaftar.

 

Cara Mendaftar  

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nama penuh
  • Bagi yang telah mendaftar dan mempunyai akaun, log masuk menggunakan Username, kata laluan dan kod verifikasi, kemudian klik butang Sign In
  • Bagi yang baru mendaftar, pemohon perlu hadir ke kaunter SSM yang berhampiran bersama myKad serta notis pemberitahuan yang diterima melalui emel yang telah didaftarkan
  • Pengaktifan ID perlu dilakukan dengan membuat pengesahan biometric cap jari bagi tujuan keselamatan dan ianya dilakukan sekali seumur hidup (bertujuan mengelakkan sebarang penipuan dalam pendaftaran pemilik perniagaan)
  • Setelah selesai  kesemua langkah di atas, pemohon sudah boleh menggunakan ebiz online bagi membuat pendaftaran serta pembaharuan perniagaan secara online
  • Semasa membuat pendaftaran SSM, anda perlu memasukkan maklumat berikut dengan lengkap :
  1. Nama perniagaan
  2. Tarikh memulakan perniagaan
  3. Alamat utama perniagaan
  4. Alamat cawangan perniagaan (sekiranya berkenaan)
  5. Maklumat pemilik dan rakan kongsi
  6. Jenis perniagaan yang akan dijalankan
  7. Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (sekiranya ada)

 

Syarat Mendaftar Perniagaan

  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pemilik dan rakan kongsi sahaja dibenarkan membuat permohonan pendaftaran

 

Fungsi EzBiz Online SSM

  • Membuat pendaftaran perniagaan  serta pembaharuan pendaftaran perniagaan secara dalam talian
  • Membuat pembelian maklumat perniagaan
  • Membuat pembayaran kompaun akibat lewat memperbaharui pendaftaran perniagaan

 

Bayaran Pendaftaran Perniagaan

  • Perniagaan Pemilikan Tunggal (yang menggunakan nama sendiri seperti dalam myKad) – RM 30.00
  • Perniagaan Pemilikan Tunggal atau Perkongsian yang menggunakan nama tred – RM 60.00
  • Pendaftaran untuk setiap cawangan – RM 5.00
  • Cetakan Maklumat Perniagaan (termasuk GST) – RM 10.60

 

Setiap perniagaan yang dijalankan perlu didaftarkan tidak lewat dari 30 hari tarikh memulakan perniagaan. Ianya boleh didaftarkan untuk tempoh satu tahun dan tidak melebihi lima tahun bagi setiap pendaftaran. Sebarang bentuk aktiviti perniagaan mestilah yang tidak menyalahi undang – undang, tidak mengganggu ketenteraman awam atau prinsip moral serta tidak menyalahi keselamatan persekutuan. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya terdapat perniagaan yang dijalankan tanpa mendaftar dengan SSM dan jika disabit kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956), ianya boleh dikenakan denda tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua – duanya sekali. 

 

Pemilik peniagaan juga perlu mendaftar dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan lesen / surat kebenaran atau permit bagi menjalankan aktiviti / jenis perniagaan yang telah didaftarkan dengan SSM. Selain menjalankan perniagaan dengan sah, pendaftaran SSM juga membolehkan pemohon membuka akaun semasa di bank bagi memudahkan urusan perniagaan. Malah, penyata akaun yang dimiliki membolehkan pemohon membuat pinjaman dengan pihak bank.

 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan pendaftaran perniagaan secara online ini boleh didapati dengan menghubungi pihak SSM melalui medium berikut :

 

Telefon : 03 – 7721 400

Emel : enquiry@ssm.com.my

Laman web : www.ssm.com.my

Facebook : Suruhanjaya Syarikat Malaysia