Cara Mengakses Laman Dark Web
Tidak ramai mengetahui tentang kewujudan Dark Web yang popular di luar negara. Dark Web merupakan laman web yang hanya wujud pada rangkaian rahsia. Ia tidak dapat dijumpai melalui enjin pencarian konvensional atau dilayari menggunakan pelayar laman web biasa. Hampir kesemua laman web di Dark Web melindungi identiti menggunakan perisian TOR. Perisian ini bertindak melindungi identiti serta aktiviti pengguna. Malah, TOR juga boleh memalsukan lokasi pengguna dari diketahui umum. Laman web yang diakses melalui TOR turut memiliki ciri yang sama supaya ia dapat menambahkan lagi tahap kerahsiaannya.
TOR telah dibangunkan oleh Office of Naval Research and Defense Advanced Projects Agency yang merupakan agensi di bawah kerajaan Amerika Syarikat. Melalui TOR ini juga membolehkan penggunanya beridentiti anonymous melalui onion routing. Setiap data akan melalui rangkaian ini dan akan melalui pelbagai jenis router yang agak banyak sehingga menyukarkan penjejakan asal usul request tersebut. Pengguna perlu menggunakan pelayar Tor sekiranya ingin melayari laman web di Dark Web. Setiap alamat IP pengguna dan penyedia laman web akan melalui pelbagai peringkat enkripsi bagi membolehkan ia muncul di rangkaian TOR.
Pengguna perlu menggunakan pelayar TOR sekiranya ingin melayari laman web pada Dark Web menggunakan enkripsi TOR. Alamat IP kedua-dua belah pihak sama ada pengguna serta penyedia laman web telah melalui pelbagai peringkat enkripsi untuk ianya dapat dipertemukan pada rangkaian TOR. Walau bagaimana pun, tidak semua laman web di Dark Web menggunakan TOR. Terdapat juga laman web yang menggunakan perkhidmatan I2P seperti yang digunakan oleh Silk Road Reloaded. Namun, penggunaannya adalah tetap sama iaitu bagi mengenkripsi penghantaran data antara kedua belah pihak.
Langkah keselamatan semasa menggunakan Dark Web
Pastikan anda mengambil langkah berjaga – jaga sewaktu menggunakan Dark Web, antaranya adalah :
- Menggunakan VPN
- Gunakan identiti palsu dan tidak menggunakan identiti sebenar seperti nama penuh, alamat emel dan sebagainya
- Pastikan JavaScript dimatikan pada pelayar TOR
- Jangan membuat sebarang transaksi
- Jangan memuat turun sebarang kandungan dari laman web Dark Web termasuk gambar, audio, video atau sebagainya kerana berkemungkinan laman web tersebut mengandungi penjejak atau virus
- Jangan menggunakan mod Full Screen pada TOR
Cara Akses Laman Dark Web
- Muat Turun Dan Pasang Pelayar TOR
Pengguna boleh memuat turun dan memasang perisian TOR di http://www.torproject.org dan ianya tersedia untuk sistem pengoperasian Windows, Mac, Linux dan juga Android. Ia mengandungi kesemua fungsi yang diperlukan. TOR atau singkatan kepada The Onion Router merupakan aplikasi yang digunakan untuk mengakses laman web Dark Web yang mengandungi fungsi keselamatan yang lebih banyak. Ia bertindak menyembunyikan identiti serta pelayar pengguna tetapi membenarkan pengguna melayari laman web Dark Web secara tersembunyi dan rahsia dengan pengakhiran domain pengguna kepada “.onion”. Fungsi TOR hampir sama dengan pelayar lain, malah sistem keselamatannya lebih baik serta privasi pengguna lebih terjaga dan tidak mudah diserang oleh Dark Web.
- Menggunakan Virtual Private Netwok Service (VPN)
Virtual Private Network (VPN) merupakan server yang membolehkan pengguna mengakses web. Server ini membantu menyembunyikan lokasi serta identiti sebenar pengguna, malah ia juga boleh memanipulasi lokasi pengguna dari tempat lain di seluruh dunia.Walaupun TOR menyembunyikan identiti, namun ia tidak menyembunyikan lokasi pengguna. VPN disarankan semasa melayari Dark Web. Penggunaannya dapat meningkatkan tahap keselamatan pada data anda dan turut menyembunyikan lokasi pengguna. Bagi yang belum menggunakan VPN, anda boleh mendaftar dengan salah satu VPN yang terbaik iaitu ExpressVPN. Jangan bimbang kerana ianya memberi jaminan bebas risiko selama 30 hari di mana pengguna boleh menilai perkhidmatan yang diberikan.
- Menggunakan DuckDuckGo
DuckDuckGo fokus kepada privasi pengguna dan merupakan enjin carian yang tidak menjejaki aktiviti yang dilakukan oleh pengguna – atau laman web yang dilawati. Layari http://duckduckgo.com untuk melayari laman web Dark Web.
- Menggunakan Alamat Emel Yang Selamat
Sebelum melayari laman web Dark Web, pengguna boleh mendaftar alamat emel yang tidak boleh dijejaki oleh sistem. Penggunaan akaun Gmail adalah tidak dibenarkan dan pengguna perlu mendaftar alamat emel “.onion”. Pengguna boleh mendapatkan alamat emel melalui salah satu penyedia, antaranya adalah ProtonMail, TORbox, Bitmessage, RiseUp, Mail2Tor dan Lelantos (perkhidmatan berbayar)
* Kesemua di atas juga dilengkapi dengan domain .onion, di mana ianya perlu diakses menggunakan pelayar TOR sahaja kerana ianya tidak berfungsi sekiranya menggunakan pelayar biasa seperti Chrome dan Firefox.
- Mesin Carian Dark Web
.onion adalah domain yang digunakan secara eksklusif di Dark Web. Ini serupa dengan domain biasa, tetapi tidak dapat diakses tanpa pelayar khusus seperti TOR.
Berikut adalah beberapa alamat .onion yang tidak berbahaya yang boleh dicuba iaitu DuckDuckGo Search Engine dan eBooks.
Kesimpulan
Pada hari ini ramai yang telah menyalahgunakan perkhidmatan Tor menyebabkan Dark Web menjadi lubuk jenayah siber. Antara kandungan laman webnya mengandungi unsur tidak bermoral dengan menawarkan perkhidmatan pembelian senjata api, ubatan palsu, urusniaga dadah terlarang, pornografi serta beberapa aktiviti jenayah lain yang menyalahi undang – undang. Penyalahgunaan ini menyebabkan pengguna lain yang mahukan privasi sewaktu melayari laman web atau ingin berkomunikasi secara rahsia di luar pengetahuan pihak kerajaan negara masing – masing telah berhenti menggunakannya. Malah, ia menyebabkan hanya 4,400 laman web sahaja beroperasi sedangkan terdapat lebih 30,000 laman web di dalam pangkalan data Tor. Ini berikutan aktiviti lain yang tidak bermoral serta cara untuk menggunakannya lebih kompleks berbanding menggunakan internet konvensional yang lain.