Cara Menggunakan Google Classroom
Google Classroom adalah platform yang membolehkan komunikasi dua hala antara guru / pendidik dan pelajar. Ia adalah platform yang sangat popular hari ini. Tambahan pula, pada masa ini negara telah diarahkan agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di mana orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah sewenang – wenangnya. Perintah ini dilaksanakan bagi membendung wabak Covid 19 yang sedang menyerang seluruh negara, malah seluruh dunia.
Bukan sahaja premis – premis tidak dibenarkan beroperasi, malah sekolah serta institut pengajian tinggi juga terpaksa ditutup. Adalah sangat rugi jika para pelajar membuang masa tanpa membuat sebarang tugasan atau pembelajaran. Oleh itu, para guru adalah disarankan mengadakan kelas secara online bagi meneruskan pembelaran. Penggunaan aplikasi Google Classroom adalah sangat sesuai untuk komunikasi serta pembelajaran dua hala antara guru dan pelajar. Google Classroom dilihat mampu untuk menguruskan tugasan dan latihan, kuiz serta pemarkahan secara atas talian. Perkongsian bahan rujukan, video pembelajaran serta fail dan lain – lain boleh disimpan di dalam media storan.
Kelebihan Menggunakan Google Classroom
- Guru / pensyarah boleh meneruskan pembelajaran dengan mudah
- Sukatan pelajaran dapat diteruskan
- Mudah untuk mengagihkan tugasan secara atas talian
- Rekod pelajar boleh disimpan
- Ujian / kuiz dilakukan dalam talian dan boleh dijawab terus
- Perbincangan boleh dilakukan dengan mudah
- Maklum balas langsung secara langsung dan gred diberikan dalam talian
- Menjimatkan masa dan kertas
- Tetap teratur dengan adanya kalendar, para pelajar boleh menyemak tarikh penting untuk menghantar tugasan dan sebagainya
Cara Membuat Google Classroom
- Layari portal Google Classroom di classroom.google.com menggunakan komputer peribadi anda atau menggunakan telefon pintar
- Klik Get Started dan masukkan alamat e-mel Google yang ingin anda gunakan untuk Google Classroom
- Tekan butang tambah (+) di sebelah kanan
- Terdapat dua pilihan: Join Class dan Create Class, pilih Create Class untuk membuat Google Classroom
- Terdapat dua pilihan peranan samada guru atau pelajar, pilih salah satunya
- Masukkan nama kelas, bahagian, subjek, dan bilik
- Setelah kelas dicipta, Google Classroom akan menghasilkan kod kelas secara automatik
- Kod kelas ini mesti dikongsi dengan pelajar supaya mereka dapat mengikuti kelas yang ada
Cara Mendaftar Pelajar di Google Classroom
- Layari portal Google Classroom di classroom.google.com menggunakan komputer peribadi anda atau menggunakan telefon pintar
- Klik Get Started dan masukkan alamat e-mel Google yang ingin anda gunakan untuk Google Classroom
- Klik butang tambah (+) di sebelah kanan
- Terdapat dua pilihan samada Join Class atau Create Class, jika anda ingin menyertai salah satu kelas yang tersedia, pilih Join Class
- Masukkan Kod Kelas 7 digit yang telah diterima oleh guru / pendidik anda
- Sekiranya anda sudah mengikuti kelas, anda sudah dapat melihat tugasan atau yang dikongsi di Stream atau Classwork
- Guru juga dapat menyemak nama pelajar di bahagian People
- Guru juga boleh mendaftarkan nama pelajar dengan hanya klik pada Add Student dan memasukkan alamat e-mel pelajar
Cara Mengagihkan Tugasan
- Klik pada tab Classwork
- Pilih Assigment
- Namakan tugasan, taip arahan, masukkan pautan atau bahan tambahan. Kemudian pilih tugasan ini untuk siapa dan tetapkan tarikh akhir hantar tugasan
- Klik Assign
- Lihat tugasan
- Lihat kalendar dan senarai tugasan pelajar di folder Google Drive anda
Cara Berkongsi Tugasan Dalam Satu Templat
- Klik pada tab Classwork
- Klik pada Create dan pilih Assignment
- Taipkan nama tugas dan maklumat lain
- Buka tab baru di internet browser anda
- Taipkan docs.google.com. Log masuk menggunakan akaun Gmail yang sama
- Buat dokumen baru dengan soalan
- Kembali ke pop up tugasan sebelumnya
- Tetapkan Make a copy for each student
- Klik Assign
Cara Pemarkahan Tugasan
- Buka tugasan
- Lihat senarai Assigned, Turned In dan Graded
- Pilih pelajar, klik dan lihat kertas jawapan
- Guru boleh memberikan komen dan markah
- Return
- Skrol ke bawah untuk melihat skrip jawapan pelajar lain dan berikan markah serta komen sekiranya perlu
- Kembali ke halaman depan tugasan, periksa nombor dan kumpulan Assigned, Turned In dan Graded
Cara Melihat Rekod Pelajar
- Klik pada tab People
- Pilih mana-mana pelajar
- Lihat rekod tugasan yang diberikan kepada pelajar
- Gunakan filter untuk memudahkan catatan tugasan pelajar
Cara Berkongsi Bahan Rujukan
- Klik pada tab Classwork
- Klik pada butang Create
- Pilih Material
- Berikan tajuk, maklumat dan kemudian klik Post
Cara Membuat Penilaian / Pentaksiran Bilik Darjah
- Klik pada tab Grades
- Skrol ke bawah dan lihat rekod gred murid secara mendatar
Cara Membuat Pengajaran Bersama
- Klik pada tab People
- Di bahagian Teachers, klik pada ikon orang
- Masukkan e-mel guru tambahan dan guru tambahan akan menerima e-mel jemputan dan pengajaran dapat dilakukan dengan segera
Cara Membuat Posting Semula (Reuse Post)
- Pada tab Stream, cari ikon recycle
- Klik dan pilih mana-mana catatan dari kelas yang berbeza
- Klik Post
Cara Pembelajaran Pada Tahap Berbeza
- Klik pada tab Classwork
- Klik pada butang Create dan pilih Assignment
- Taipkan tajuk dan keterangan tugasan. Pilih pelajar berdasarkan tahap kemampuan belajar yang berbeza
- Klik Post
Cara Menggunakan Diari Guru
- Klik pada bar menu (Menu Bar)
- Klik pada Teaching, To-Do
- Lihat bahagian To-review (untuk semakan) dan Reviewed (ditandakan sepenuhnya)
Cara Menggunakan Diari Pelajar
- Klik pada bar menu
- Klik pada bahagian Enrolled dan To-Do
- Lihat bahagian To-Do dan Done
Cara Membuat Pilihan Pelajar (Android & Chromebook Sahaja)
- Buka aplikasi Google Classroom pada telefon pintar, tablet atau chromebook anda
- Pilih kelas yang sesuai
- Klik tab People
- Cari ikon Student Selector dan klik ikon tersebut
- Klik butang Next
- Klik pada butang yang berkaitan
Ciri – ciri yang terdapat pada Google Classroom adalah sangat sesuai dengan keperluan pembelajaran di abad ini. Komunikasi yang dilakukan melalui Google Classroom adalah sangat mudah serta berkesan antara guru dan pelajar. Dengan hanya menggunakan akaun Gmail, anda boleh mula berinteraksi dengan para pelajar dan penyampaian ilmu pengetahuan dapat disalurkan kepada para pelajar tanpa halangan biarpun tidak bertentangan mata secara nyata. Pembelajaran juga menjadi lebih seronok dengan adanya bahan interaktif yang boleh dimuat naik ke dalam fail.