Cara Menggunakan Google Meet
Sejak terjadinya wabak Covid-19, pelbagai aplikasi secara atas talian semakin kerap digunakan oleh orang ramai. Ini berikutan pandemic Covid-19 di seluruh dunia menyebabkan orang ramai tidak dibenarkan keluar bekerja buat sementara waktu bagi mengekang virus ini dari terus merebak. Walau bagaimana pun, segala urusan pejabat, berkaitan pendidikan dan sebagainya perlu diteruskan agar segalanya tetap berjalan seperti biasa biarpun tidak dapat keluar dari kediaman masing – masing.
Aplikasi Google Meet antara aplikasi yang digunakan oleh orang ramai bagi mengadakan mesyuarat serta tujuan pembelajaran berterusan. Ia sangat mudah digunakan dan boleh dilayari melalui telefon pintar selain komputer peribadi. Walau bagaimana pun, setiap pengguna perlu mempunyai akaun Google terlebih dahulu bagi membolehkan penggunaan aplikasi ini.
Ciri – Ciri Google Meet
- Ia boleh digunakan samada melalui komputer atau telefon pintar mengikut kesesuaian masing – masing
- Ahli boleh meninggalkan sebarang mesej atau soalan di ruangan chat semasa mesyuarat / kelas berlangsung
- Pengguna boleh menukar layout paparan skrin samada spotlight, tile atau sidebar dengan hanya klik pada menu setting
- Boleh disertai sehingga 250 orang bagi satu sesi
- Boleh membuat live streaming kepada 100,000 penonton dalam domain
Cara Menggunakan Google Meet Menggunakan Komputer
- Layari laman web Google Meet di https://meet.google.com/
- Klik butang Start A Meeting atau masukkan kod jemputan dan klik butang Join
- Pastikan mikrofon dan kamera anda berfungsi dengan membenarkan penggunaan kedua – dua medium tersebut
- Masukkan tajuk mesyuarat / kelas / sesi
- Klik butang Join Meeting
- Setelah Join Meeting, Copy URL dan Paste link URL tersebut di CIDOS bagi membolehkan ahli lain sertai sesi tersebut
- Anda juga boleh kongsikan link URL tersebut dengan menghantarnya melalui emel atau telefon pintar kepada senarai jemputan
- Anda juga boleh menambah nama ahli dengan klik pada butang Add people
- Anda boleh berkongsi bahan maklumat dengan hanya klik butang Present Now dan pilih fail yang hendak dikongsikan
- Klik butang Share dan sekiranya ingin menghentikan perkongsian fail, klik butang Stop Sharing
- Anda perlu klik butang Ask To Join sekiranya ingin menyertai mana – mana mesyuarat yang sedang berlangsung dengan memasukkan nama pengguna terlebih dahulu
- Pentadbir mesyuarat berhak untuk membenarkan atau tidak penyertaan anda dengan menekan salah satu butang samada Admit atau Deny Entry
- Semasa mesyuarat sedang berlangsung, pastikan anda mute terlebih dahulu mikrofon melainkan anda perlu bersuara, maka tukarkan mode mute kepada on mic
- Setelah mesyuarat selesai, klik butang off camera dan butang left the meeting
Cara Menggunakan Google Meet Dengan Telefon Pintar
- Sebelum boleh menggunakan aplikasi Meet, anda perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi Google Meet samada menggunakan Apple Store atau Google Play
- Buat pendaftaran akaun menggunakan alamat e-mel Gmail anda
- Setelah berjaya mendaftar, anda boleh memulakan mesyuarat / perbincangan / kelas dengan hanya klik butang simbol + di sebelah kanan dan pilih New Video Call
- Tambah ahli lain dengan menggunakan nombor telefon bimbit atau e-mel
- Ahli akan menerima jemputan melalui SMS sekiranya jemputan dibuat melalui nombor telefon bimbit
- Sekiranya jemputan dibuat melalui emel, ahli akan menerima link jemputan melalui emel
- Mesyuarat boleh dimulakan setelah ahli mesyuarat bersedia
- Sekiranya tidak mendapat jemputan, tetapi ingin menyertai mesyuarat tersebut, ahli lain perlu memberi persetujuan terlebih dahulu sebelum boleh menyertainya
Google Meet ini boleh digunakan pada bila – bila masa sahaja mengikut kesesuaian dan keselesaan masing – masing. Biarpun ramai yang terpaksa bekerja dari rumah buat seketika, namun ia tidak menghalang sesebuah organisasi untuk bermesyuarat / bersidang. Dengan adanya aplikasi seperti Google Meet ini, banyak urusan dapat diselesaikan dengan mudah.