Cara Menggunakan Microsoft Teams

Sejak awal tahun 2020, kita telah dikejutkan dengan wabak Covid19 yang semakin menular di seluruh dunia sehingga menyebabkan kematian dalam jumlah yang ramai. Virus ini adalah sangat serius dan membimbangkan kerana boleh meragut nyawa penghidapnya tanpa mengenal usia dan jantina. Bagi mengekang penularan wabak ini, seluruh dunia telah memerintahkan agar negara masing – masing menjalani fasa lockdown buat sementara waktu.

 

Begitu juga dengan Malaysia, pihak kerajaan telah mengarahkan agar rakyat akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeru, sepanjang tempoh PKP ini rakyat tidak dibenarkan keluar tanpa sebarang sebab yang munasabah melainkan terpaksa bekerja dan bergantung kepada sektor yang dibenarkan. Bagi yang tidak dibenarkan datang ke pejabat, mereka disarankan untuk bekerja dari rumah sahaja. 

 

Era digital yang semakin berkembang pada hari membolehkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih mudah. Malah, terdapat pelbagai pilihan yang boleh digunakan mengikut kesesuaian dan keselesaan. Biarpun terpaksa bekerja dari rumah, namun ia bukan suatu masalah kerana telah terdapat pelbagai cara yang boleh menghubungkan antara pekerja dan majikan secara atas talian. Penggunaan Microsoft Teams membolehkan majikan dan pekerja berbincang serta berhubung melalui persidangan video. Aplikasi ini membolehkan komunikasi dua hala dapat dilaksanakan tanpa perlu peralatan khusus melainkan rangkaian internet serta telefon pintar atau komputer. Ia membolehkan anda berhubung biarpun jarak beribu batu. Microsoft Teams memiliki ciri – ciri Skype For Business begitu mudah digunakan.

 

Kelebihan Microsoft Teams 

  • Ia menawarkan perkongsian yang lebih kolaboratif di mana setiap ahli dapat menulis di papan putih yang sama 
  • Perkongsian idea yang mudah
  • Anda oleh berkongsi desktop / papan putih / power point dengan ahli lain 
  • Anda boleh melayari fail yang ingin anda kongsi dengan ahli lain 
  • Boleh memuat naik fail di Team dan dapat disimpan sebagai rujukan ahli pada masa akan datang 
  • Ruang storan bersaiz 155 MB 
  • Sesi persidangan video boleh dirakam, disimpan dan dapat dilihat semula oleh ahli lain 
  • Microsoft Teams merupakan pusat sehenti bagi semua pasukan kolaborasi yang ada
  • Bagi pelajar dan guru, guru boleh menyemak hasil kerja pelajar secara dalam talian 
  • Mesyuarat dapat diatur dengan lebih baik pada masa yang ditetapkan 
  • Terdapat sebanyak 24 bot dengan pelbagai fungsi yang boleh meningkatkan produktiviti 
  • Integrasi dengan Microsoft Office 365 
  • Tiada sebarang kos tambahan untuk pengguna Office 365


Cara Memuat Turun Microsoft Teams

    • Muat turun Microsoft Teams di komputer anda melalui laman web https://www.microsoft.com/en-my/microsoft-365/microsoft-teams/group-chat-software atau menggunakan telefon bimbit anda dengan memuat turun aplikasi melalui Google Play Store atau Apple Store 
    • Buka aplikasi Microsoft Teams 
    • Masukkan nama pengguna dan nama akaun Office 365 anda 
    • Klik menu Teams 
    • Klik Create New Team atau Join A Team jika anda sudah memiliki Team sendiri

 

Cara Membuat Kelas Menggunakan Microsoft Teams 

    • Klik menu Team di sebelah kanan 
    • Pilih Join atau Create Team dan klik Click Create A New Team 
    • Pilih Kelas sebagai jenis Team

 

  • Masukkan nama dan keterangan kelas anda dan kemudian tekan Next 

 

 

Cara Membuat Teams

  • Klik Select untuk melihat pilihan lain di sebelah nama Teams 

 

  • Klik Create New Team 

 

  • Masukkan nama dan keterangan Teams anda 
  • Pilih Private jika anda memerlukan persetujuan sebelum orang lain dapat menyertai pasukan anda, jika anda tidak memerlukan persetujuan untuk penyertaan, pilih Public 
  • Daftar untuk membuat Teams
  • Kemudian, tambah bilangan ahli 
  • Setelah selesai, klik √ dan kemudian tutup tetingkap 
  • Seterusnya, anda perlu membuat Channel untuk Team anda 

 

Cara Mengurus Channel

    • Setiap Teams akan mempunyai Public Channel yang digunakan untuk membuat pengumuman dan penyampaian maklumat kepada seluruh Team
    • Sekiranya anda ingin menambah saluran lain, klik Select dan klik Manage Channel 
    • Klik tanda + di bawah 
    • Masukkan nama dan keterangan channel anda 
    • Klik √ apabila selesai 

 

Cara Mengurus Ahli 

    • Klik select untuk melihat pilihan lain di samping nama Team yang baru anda buat 
    • Klik Manage Members untuk melihat senarai ahli, saluran, tetapan dan aplikasi untuk Team anda


Cara Membuat Kalendar Mesyuarat 

Setelah selesai membuat Teams dan Channel, anda boleh mula membuat jadual mesyuarat / perbincangan

 

  • Klik ikon kalendar 

 

  • Anda dapat melihat jadual mesyuarat dan anda juga boleh memasukkan tarikh mesyuarat seterusnya dalam jadual 
  • Klik Create Meeting Calendar 
  • Masukkan Tajuk / Nama Mesyuarat / Tarikh dan Masa 
  • Untuk mengundang ahli lain menyertai mesyuarat, masukkan alamat e-mel di ruang Add Participants dan kongsikan ke ruang channel yang telah anda buat 
  • Klik tanda √ dan jemputan anda telah dihantar kepada semua penerima   

 

Microsoft Teams merupakan platform yang menawarkan perkhidmatan yang berintegrasi baru. Aplikasi ini sentiasa berkembang dari segi ciri, penggunaan dan perkhidmatan yang disediakan. Microsoft Team kini menjadi salah satu alat komunikasi paling popular yang di kalangan orang ramai.