CARA MENGGUNAKAN MYSEJAHTERA
Kerajaan Malaysia telah membangunkan sebuah aplikasi iaitu MySejahtera yang digunakan untuk mengawal penyebaran virus Covid-19 di negara ini. Dengan adanya aplikasi ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat membuat pengesanan awal kontak rapat Covid-19 sekiranya berlaku jangkitan. Malah, MySejahtera membolehkan orang ramai membuat penilaian kesihatan kendiri sekiranya mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19. Aplikasi ini juga membolehkan ia menyimpan sijil vaksinasi pengguna. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR sebelum memasuki sesuatu lokasi sebelum dibenarkan masuk.
Kegunaan MySejahtera
- Membantu kerajaan menangani wabak Covid-19 serta memutuskan rantaian virus di kalangan masyarakat
- Membantu orang ramai mengenal pasti tahap kesihatan masing – masing semasa penularan virus Covid-19
- Memudahkan orang ramai mendapatkan khidmat bantuan kesihatan serta tindakan yang perlu dilakukan sekiranya dijangkiti Covid-19
- Membolehkan pesakit mengenal pasti klinik serta hospital yang berhampiran bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan serta rawatan Covid-19
MySejahtera Check-In
- MySejahtera Check-In adalah salah satu fungsi tambahan yang terdapat di dalam aplikasi MySejahtera
- Setiap premis, pejabat, pengangkutan awam, pusat membeli belah dan sebagainya perlu memaparkan kod QR bagi membolehkan pengguna mengimbas kod tersebut sebelum memasuki premis
- MySejahtera Check-In akan menyimpan maklumat pengguna seperti lokasi, masa dan tarikh pengguna mengimbas kod, serta status kesihatan terkini pengguna
- Pengguna perlu mengimbas kod QR dengan mudah iaitu seperti berikut :
- Buka aplikasi
- Tekan butang Check – In
- Imbas kod QR
- Imbas suhu badan
- Anda boleh memasuki premis sekiranya suhu badan berada di tahap normal
Status Covid-19
Pengguna perlu membuat pengemaskinian status / tahap kesihatan sekiranya terdapat salah satu ciri – ciri berikut :
- Mempunyai simptom atau bergejala, atau;
- Sejarah perjalanan ke luar negara, atau;
- Mempunyai kontak rapat kepada kes, atau;
- Terlibat dalam perhimpunan ramai
- Cara membuat pengemaskinian status Covid-19 adalah seperti berikut :
- Buka aplikasi MySejahtera
- Tekan butang Status Covid-19
- Tekan butang Mula dan jawab 6 soalan yang dipaparkan
- Tekan butang Hantar
- Tekan butang Muat Semula dan status terkini Covid-19 pengguna akan dipaparkan
Vaksinasi Covid-19
- Pengguna boleh membuat pendaftaran vaksinasi melalui fungsi tambahan yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera
- Bagi membuat pendaftaran, pengguna hanya perlu klik butang Covid-19 Vaccination
- Tekan butang Vaccine for ************ (nama pengguna)
- Pengguna perlu membuat pengesahan nama penuh, no kad pengenalan dan juga nombor telefon
- Tekan butang Next
- Pada skrin berikutnya tekan link Click Here
- Jawab 3 soalan mudah yang dipaparkan dan masukkan lokasi anda (boleh juga menggunakan Location Finder)
- Sila tandakan sejarah penyakit anda sekiranya ada
- Kemudian, tekan butang Done (pengguna telah selesai membuat pendaftaran)
Covid-19 Self Test
Individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 perlu membuat penilaian
kendiri Covid-19 menggunakan kit yang berdaftar. Hasil keputusan yang diperolehi perlu
dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera sama ada hasil negatif, positif atau invalid. Berikut
merupakan cara untuk memasukkan hasil keputusan ujian ke dalam aplikasi MySejahtera :
- Buka aplikasi MysSejahtera
- Pilih ikon Ujian Kendiri Covid-19
- Kemudian, pilih Kemaskini Keputusan Ujian Kendiri
- Masukkan maklumat anda seperti nama, nombor telefon, emel dan alamat
- Pilih tempat kit ujian kendiri yang diperolehi
- Pilih jenis sampel anda dan pilih keputusan ujian anda
- Tekan butang Hantar
Risk Status
- Melalui penilaian kesihatan ini membolehkan seseorang individu mengetahui sama berkemungkinan dijangkiti atau tidak
- Penilaian kesihatan perlu dilakukan setiap 14 hari
- Setiap penilaian perlu dijawab dengan jujur bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19
Hotspot
- Anda boleh memeriksa jumlah kes yang berada di dalam lingkungan 1 kilometer berhampiran rumah bagi tempoh 14 hari yang lalu
- Pastikan anda mengaktifkan butang Location sebelum memeriksa jumlah kes
Helpdesk
Hantar sebarang pertanyaan mengenai MySejahtera secara dalam talian di sini
Digital Health
- Sukarelawan profesional menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuklah penyebaran maklumat dan janji temu
Health Facilities
- Anda boleh membuat semakan senarai hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki (PUI) dan sahih Covid-19 serta senarai klinik kesihatan yang membuat penyaringan persampelan Covid-19
MyTrace App
- MySJ Trace membolehkan pengesanan keberadaan individu yang berhampiran dengan pesakit Covid-19
- Data tersebut boleh disimpan sehingga 21 hari di dalam telefon bimbit pengguna
- Pastikan anda sentiasa mengaktifkan butang bluetooth bagi menggunakan aplikasi ini
Manage Dependent
- Anda boleh menambah maklumat keluarga, serta mendaftar masuk ahli keluarga hanya menggunakan satu telefon bimbit semasa memasuki sebarang lokasi
Statistik
Anda boleh menyemak status terkini kes dengan nilai R yang disahkan di setiap negeri