CARA MENGGUNAKAN TEST KIT COVID NEWGENE

Orang ramai boleh membuat ujian pengesanan virus sendiri di rumah dengan hanya menggunakan test kit Covid-19 jenama NEWGENE. Ia dapat mengesan kehadiran virus ini melalui sampel yang diambil dalam masa lima belas minit sahaja. Sampel air liur atau kahak boleh diambil melalui tekak atau pun hidung seorang individu. Sebelum menggunakan test kit ini, anda disarankan menyemak tarikh luput kit tersebut sebelum menggunakannya. NEWGENE merupakan porduk yang telah mendapat kelulusan bersyarat dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) KKM. Ia juga berkesan mengesan virus dengan mutasi protein-S, khususnya varian Brazil, Inggeris dan Afrika Selatan. 

Setiap kit dilengkapi dengan peralatan berikut : 

test card

extraction tube

1 penutup extraction tube

1 manual product

1 sample untuk mengumpul air liur atau kahak

1 sputum dropper

1 nasal swab

 

Ciri-Ciri Kit Pengesanan Antigen NEWGENE Covid-19

 

Terdapat beberapa ciri – ciri kit pengesanan antigen NEWGENE Covid-19 iaitu seperti berikut :

  • Sangat mudah digunakan kerana semua reagen telah siap digunakan
  • Kepekaan klinikal sebanyak 97.1%
  • Kekhususan klinikal sebanyak 99.2%
  • Keputusan adalah cepat dalam tempoh 15 minit
  • Jangka hayat kit sehingga 12 bulan
  • Suhu penyimpanan kit antara 2 ° C dan 30 ° C

 

Cara Menggunakan Test Kit Covid

Anda boleh memilih salah satu cara untuk membuat ujian pengesanan virus iaitu samada melalui tekak atau pun hidung. Cara menggunakan kit adalah seperti berikut:

 

Kaedah 1

  • Membuat swab test melalui hidung
  • Dongakkan kepala dan masukkan swab test ke dalam hidung
  • Pusingkan swab test sebanyak lima kali
  • Kemudian, keluarkan swab test tersebut sambil membuat pusingan perlahan
  • Buka sampel tiub yang dibekalkan
  • Masukkan swab ke dalam tiub sample dan pusingkan sebanyak lima kali
  • Kemudian, tekan tiub sampel tersebut, tarik ke atas dan ke bawah sebanyak tiga kali
  • Tutup tiub menggunakan penutup yang disediakan
  • Biarkan tiub tersebut selama satu minit 
  • Sekiranya anda tidak selesa dengan kaedah ini, anda boleh menggunakan kaedah pengambilan air liur atau kahak melalui tekak

 

Kaedah 2

  • Anda perlu mengeluarkan air liur atau kahak dari tekak 
  • Sampel yang terbaik adalah selepas bangun dari tidur pagi, sebelum menggosok gigi dan sebelum bersarapan
  • Buat pernafasan secara mendalam dan batukkan air liur atau kahak yang berada di tekak
  • Masukkan sampel ke dalam beg yang dibekalkan 
  • Ambil tiga titik air liur atau kahak menggunakan dropper yang disediakan
  • Sedut sedikit air liur atau kahak, masukkan tiga titik air liur ke dalam tiub sampel 
  • Sedut sampel tersebut menggunakan dropper sebanyak lima kali
  • Tutup botol tersebut dan biarkan selama 1 minit

 

Kaedah Pengujian

  • Setelah mendapatkan sampel melalui tekak atau hidung, keluarkan kad ujian anda
  • Ketuk perlahan botol sampel di bahagian bawah untuk beberapa kali
  • Masukkan sebanyak tiga titik sampel ke dalam kad ujian
  • Proses pengujian hanya boleh dilakukan sekali sahaja
  • Keputusan ujian akan diperolehi dalam tempoh lima belas minit
  • Keputusan yang melebihi 30 minit adalah tidak sah

Test kit Covid-19 NEWGENE ini boleh dibeli di farmasi yang berhampiran dengan harga runcit RM 19.90 setiap set. Harga siling ini telah ditetapkan oleh kerajaan mulai 5 September 2021.