Cara order Foodpanda
Aplikasi Food Panda merupakan salah satu aplikasi tempahan makanan secara online. ia memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan makanan dari restoran – restoran terbaik di Malaysia. Terdapat pelbagai menu serta restoran yang boleh anda pilih di dalam aplikasi ini. Tempahan makanan anda akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda dan pastikan alamat penghantaran yang dimasukkan adalah tepat bagi mengelakkan kelewatan.
Video tutorial
Dengan adanya pilihan sehingga 500 restoran, Food Panda mampu memenuhi permintaan pelanggan. Pilihan makanan yang terdiri daripada makanan Melayu, Cina, India, Timur Tengah, makanan Barat serta pelbagai makanan segera pastinya memudahkan para pelanggan untuk membuat pesanan. Makanan boleh ditempah tanpa had dan tanpa syarat dari restoran – restoran yang terdapat di semua bandar utama berdekatan dengan kawasan kamu.
Cara Membuat Tempahan Makanan
- Layari laman web Food Panda Malaysia di https://www.foodpanda.my/. Aplikasi ini juga boleh dimuat turun ke telefon bimbit anda bagi memudahkan lagi membuat pesanan. Selain itu akaun sama juga boleh digunakan dari laman web foodpanda
- Klik butang Register sekiranya belum mempunyai akaun. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti First Name, Last Name, nombor telefon, alamat emel serta kata laluan anda. Klik butang Register.
- Sekiranya sudah membuka akaun Food Panda, Login menggunakan alamat emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Klik butang Login.
- Setelah berjaya Login ke akaun anda, pilih bandar serta kawasan anda berada dan klik Find Restaurants.
- Anda boleh memilih restoran yang dikehendaki. Untuk memudahkan anda membuat pilihan, penggunaan butang Filter Restaurants terdapat di sebelah kiri laman web. Anda juga boleh sahaja memilih restoran yang dipaparkan pada skrin.
- Bagi membuat pilihan menu, klik butang Go to menu.
- Pilih menu yang diinginkan dan klik butang Add. Menu yang dipilih akan masuk ke bahagian Your Order pada sebelah kanan. Kemudian, klik jumlah kuantiti yang ingin ditempah pada kotak di sebelah kanan. Sekiranya telah selesai membuat tempahan, klik butang Proceed to checkout.
- Anda akan melihat paparan Review Your Order. Pastikan anda setkan masa penghantaran tempahan anda samada perlu dihantar As soon as possible atau Later. Sekiranya anda memilih Later, masukkan masa penghantaran yang dikehendaki.
- Sekiranya anda mempunyai sebarang komen yang perlu dimaklumkan, tulis komen anda di ruangan komen yang disediakan.
- Bagi mendapatkan diskaun harga, masukkan kod baucar sekiranya ada di ruangan Enter Voucher Code. Sekiranya tiada, klik terus pada butang Checkout.
- Jika anda ingin membuat sebarang perubahan tempahan, klik pada butang Change Order yang terdapat di sebelah kanan. Ulangi langkah 5 hingga 10.
- Anda perlu mengisi segala maklumat yang diperlukan bagi tujuan penghantaran. Masukkan nama, alamat emel, nombor telefon dan alamat penghantaran.
- Pilih cara pembayaran tempahan samada menggunakan Online Payment ataupun Cash On Delivery.
- Sekiranya tiada sebarang perubahan lagi, klik butang Place Order Now. Satu notifikasi akan dihantar kepada anda melalui email dan SMS daripada Food Panda bagi mengesahkan pesanan yang dibuat. Anda perlu sahkan notifikasi tersebut dan penghantaran tempahan akan dibuat terus kepada anda.
Servis terbaru FoodPanda
Disamping itu, anda juga boleh mengunakan servis Pickup untuk Food Panda
Kini dengan adanya perkhidmatan Food Panda, anda tidak perlu lagi memikirkan masalah kesesakan lalu lintas serta parking. Makanan pilihan anda akan tiba di depan pintu rumah hanya dengan membuat tempahan secara atas talian sahaja. Anda juga boleh memuat turun Food Panda Apps di telefon serta tablet dengan percuma. Aplikasi ini boleh diakses di mana sahaja, malah anda juga boleh membaca komen serta review yang dibuat oleh para pelanggan Food Panda sebelumnya mengenai tempahan yang pernah dibuat serta pengalaman mereka secara keseluruhan.