Cara order GrabFood

CARA MEMESAN GRABFOOD

Tutorial Video untuk pengunaan Grab Food

Kini dengan hanya menggunakan telefon pintar, anda boleh membuat pesanan makanan dari restoran kegemaran anda tanpa perlu keluar dari rumah. Malah, anda tidak perlu berhadapan dengan kesesakan jalanraya dan boleh berehat di rumah sementara menanti makanan yang dipesan tiba. Bagi anda yang sibuk bekerja di pejabat, aplikasi GrabFood ini cukup memudahkan tanpa perlu skip makan tengahari kerana sibuk menyiapkan tugasan di pejabat. Malah, anda boleh menikmati snek ringan menjelang tea time dengan mudah. Harga perkhidmatan yang dikenakan adalah sangat berbaloi, malah kualiti makanan juga tetap terjaga.

Aplikasi Grab yang begitu popular di kalangan penumpang Malaysia, kini mengorak langkah dengan menawarkan perkhidmatan dalam sektor penghantaran makanan pula. Berita baik ini membolehkan anda memenuhi selera dengan pilihan restoran kegemaran yang begitu mudah. Anda boleh memesan makanan menggunakan aplikasi Grab yang dikenali sebagai Grabfood. Bagi anda yang belum memiliki aplikasi Grab, anda boleh memuat turun aplikasi Grab di telefon pintar terlebih dahulu. Kemudian, daftar akaun menggunakan akaun Facebook, akaun Google atau menggunakan nombor telefon anda.

Download aplikasi Grab

Aplikasi Grab boleh digunakan untuk menempah semua perkhidmatan Grab , termasuk GrabCar, GrabExpress, GrabFood dan sebagainya

 

Langkah – langkah Membuat Tempahan Grabfood Dengan Mudah

 

  1. Log in ke akaun Grab anda. Pastikan anda menggunakan Grab Pay bagi memudahkan pembayaran servis penghantaran makanan. Cara untuk memasukkan kredit ke akaun Grab anda adalah dengan klik butang Top Up yang terletak di bahagian atas. Banyak cara untuk Top Up akaun anda dan salah satunya adalah menggunakan Online Banking. Jumlah minima yang dibenarkan adalah RM 20.00 sahaja. 
  2. Setelah mempunyai kredit di dalam akaun Grab Pay, klik pada butang Food yang terdapat di aplikasi Grab. Masukkan carian menu makanan atau restoran kegemaran anda. Anda akan dapat melihat senarai restoran serta makanan yang tersenarai. Sekiranya menu pilihan tiada dipaparkan, anda boleh membuat pencarian sekali lagi.
  3. Di bawah ikon Food, masukkan destinasi atau alamat penghantaran makanan tersebut dan aplikasi akan secara automatik memaparkan lokasi yang paling hampir dan tepat dengan anda. Pastikan butang location services telah diaktifkan terlebih dahulu. Sekiranya alamat lokasi anda tidak tersenarai, masukkan alamat lokasi di kotak pencarian yang disediakan dan klik butang Search. Pilih lokasi terkini anda.
  4. Kemudian, klik salah satu restoran berdasarkan pencarian tadi. Menu yang lengkap dengan gambar dan harga akan dipaparkan. Biasanya menu akan dikategorikan dalam kategori pakej atau promo.
  5. Untuk memesan makanan, klik simbol (+) pada menu yang diinginkan. Sekiranya ingin menambah menu lain, klik simbol (+) pada makanan tersebut. Setelah pasti dengan tempahan anda, klik View Basket.
  6. Periksa kembali tempahan yang telah dibuat serta pilih jenis pembayaran samada pembayaran secara tunai atau menggunakan Grab Pay. Kemudian klik butang Place Order untuk penghantaran makanan. Setelah selesai membuat tempahan, aplikasi ini akan memproses tempahan anda dan menghantar tempahan tersebut ke restoran yang berkenaan serta kepada pemandu yang akan membuat penghantaran tempahan dari restoran ke lokasi anda.
  7. Aplikasi Grab akan membuat pencarian pemandu GrabFood secara automatik. Pastikan anda mengaktifkan GPS telefon bimbit anda untuk memudahkan pencarian pemandu yang berhampiran. Setelah mendapatkan pemandu, pihak Grab akan memaklumkan kepada pemandu yang akan menguruskan tempahan serta penghantaran makanan tersebut.
  8. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu setelah membuat tempahan makanan seperti :
  1. Pemandu Grabfood akan menghubungi anda melalui telefon untuk memastikan bahawa tempahan yang dibuat adalah benar dan alamat penghantaran adalah tepat.
  2. Anda boleh membatalkan pesanan namun ianya tidak digalakkan kerana akan menyusahkan pemandu Grabfood.
  3. Pemandu Grabfood juga boleh membatalkan pesanan jika dirasakan perlu dan atas sebab – sebab yang munasabah.
  4. Tempoh masa penghantaran adalah bergantung kepada jarak restoran yang anda pilih dengan lokasi anda. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama sekiranya restoran yang dipilih agak jauh.
  5. Pembayaran menggunakan Grab Pay adalah lebih mudah untuk kedua – dua belah pihak.
  6. Adalah sangat penting untuk anda memberikan  rating kepada pemandu GrabFood anda kerana penilaian yang positif akan memberi manfaat kepada mereka pada masa akan datang.
  1. Anda boleh memantau pergerakan serta kedudukan terkini pemandu GrabFood. Terdapat perkiraan masa bermula dari tempahan dibuat sehinggalah ia tiba ke lokasi yang ditetapkan. Anggaran masa penyediaan turut dipaparkan dan kesemua notifikasi akan dimaklumkan secara terus kepada pelanggan.
  2. Pelanggan akan menerima notis penghantaran makanan sebaik sahaja pemandu GrabFood tiba di lokasi. Sekiranya anda membuat tempahan dari mana – mana hotel, penghantaran akan dibuat terus hingga ke bilik penginapan. Namun, ia bergantung kepada polisi hotel tersebut samada membenarkan pemandu GrabFood membuat penghantaran terus ke bilik pelanggan.