CARA ORDER MCDONALDS MENGGUNAKAN KIOSK

McDonalds kini telah memulakan sistem pesanan makanan menggunakan kiosk layan diri tanpa perlu lagi ke kaunter untuk membuat pesanan. McDonalds mula memperkenalkan sistem ini di Malaysia setelah ia dilihat berjaya dilaksanakan di luar negara. Dengan cara ini, pelanggan tidak perlu berbaris panjang di hadapan kaunter bagi membuat pesanan makanan. 

Hampir kesemua cawangan McDonalds telah menggunakan sistem pesanan secara elektronik. Mesin – mesin pesanan ini berada di dalam restoran dan pelanggan boleh membuat pesanan di mesin serta membuat bayaran terus menggunakan kad debit atau kad kredit. Alternatif cara pembayaran boleh dipilih samada menggunakan kad atau bayar secara tunai di kaunter. 

Sekiranya pelanggan memilih untuk membayar secara tunai di kaunter, anda akan menerima satu resit selepas membuat tempahan pesanan di kiosk. Resit tersebut perlu ditunjukkan kepada juruwang semasa membuat pembayaran. Setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima satu resit bayaran dari juruwang dengan maklumat serta nombor pesanan anda.

 

Pelanggan yang ingin membuat pesanan hanya perlu menyentuh skrin layar yang dipaparkan untuk membuat pesanan. Bagi mereka yang belum mahir, menggunakan sistem layan diri ini, anda boleh  menyemak cara – cara membuat pesanan di kiosk McDonalds seperti di bawah.

 

Langkah membuat order dengan mesin Mekdi

 

Langkah 1: Pergi ke mesin kiosk, perhatikan samada mesin berfungsi atau tidak.

Langkah 2: Sekiranya mesin berfungsi, sentuh layar skrin untuk membuat pesanan. Tekan butang samada Eat In atau Take Away. Pilih juga bahasa pengantar samada Bahasa Melayu  atau Bahasa Inggeris sebelum meneruskan pesanan.

Langkah 3: Pilih menu yang diinginkan. Di sebelah kiri anda akan dapat melihat ikon  pilihan menu yang terdiri dari Mix & Match, Promotion Menu, Regular Menu, Mc Cafe, Drinks dan Dessert. Sekiranya terdapat notifikasi “Not Available” bermakna anda tidak boleh memilih menu tersebut. 

Langkah 4: Setelah membuat pesanan, masukkan nombor meja bagi tujuan penghantaran, sekiranya tidak memasukkan nombor meja, pelayan tidak akan menghantar makanan tersebut kepada anda. Sebaliknya anda perlu mendapatkannya sendiri di kaunter perkhidmatan makanan setelah nombor 

anda tertera.

Langkah 5: Membuat pembayaran menggunakan kad debit, kad kredit atau Pay Wave atau kod QR yang lebih mudah digunakan.

Langkah 6: Anda akan menerima sekeping resit dengan nombor pesanan. Sekiranya nombor anda telah dipanggil, cepat – cepat datang ke kaunter untuk mengambil pesanan anda.

 

Sekiranya anda ingin mengubahsuai pesanan seperti tidak mahu ais dalam air, klik pada butang customize, tekan pada gambar minuman dan akan keluar satu notis “No Ice”. Klik pada ikon tersebut. Setiap perubahan atau pengubahsuaian pesanan perlu dibuat sebelum klik butang check-out. Pesanan anda akan disediakan mengikut pesanan yang ditetap dalam sistem.

 

Sistem layan diri menggunakan kiosk ini membolehkan anda membuat pesanan kurang lima minit. Pihak pengurusan McDonalds mencipta sistem ini bagi menjadikan pekerja mereka lebih produktiviti dalam pekerjaan. Walau bagaimanapun, sistem ini hanya didatangkan dalam dua pilihan bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  

 

Langkah order MCD mengunakan App