Cara order Starbucks
CARA MEMESAN MINUMAN DI STARBUCKS
Starbucks merupakan satu jenama yang begitu dikenali di luar negara dan kini ia juga turut mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Ia merupakan rangkaian kafe yang menghidangkan kopi serta minuman lain yang begitu terkenal dan sering dijadikan port lepak pelbagai lapisan umur.
Bagi anda yang hendak mencuba minuman di Starbucks, berikut merupakan langkah – langkah mudah untuk membuat pesanan.
- Kebiasaannya barista terlebih dahulu akan bertanya kepada pelanggan samada hendak dine in atau take away sebaik sahaja pelanggan berada di kaunter pesanan.
- Lihat pilihan menu yang tertera di papan menu sebelum membuat pesanan. Terdapat 5 kategori minuman yang boleh dipilih iaitu :
-
Coffee (Hot/Cold)
-
Frappe (Ice Blended)
-
Tea (Hot/Cold)
-
Chocolate
-
Juices
Anda boleh memilih mana – mana pilihan menu tersebut. Bagi yang sudah biasa membuat pesanan di Starbucks, sudah pasti anda boleh customized pilihan sendiri ketika membuat pesanan.
- Pilih Saiz Cup
Starbucks mempunyai 3 jenis cawan yang berbeza yang terdiri dari Tall (kecil, 12 oz), Grande (sederhana, 16 oz) dan Venti (besar, 20 oz).
4. Barista atau juruwang akan bertanya nama yang hendak dicatit di bahagian
luar cawan dan berikan nama ringkas anda.
5. Buat pembayaran kepada barista untuk harga minuman setelah selesai membuat pesanan.
6. Minuman yang dipesan oleh pelanggan akan disiapkan dengan segera. Sebaik sahaja minuman anda tersedia, nama anda akan dipanggil oleh barista yang bertugas dan anda boleh mengambil pesanan minuman di ruangan yang dikhaskan. Pastikan anda mengambil cawan yang tertera nama anda sahaja dan boleh duduk di mana – mana tempat duduk yang kosong.
Bagi pelanggan yang ingin customized minuman, mereka boleh membuat pelbagai pilihan bahan yang dicampurkan ke dalam minuman. Starbucks mempunyai tiga jenis susu yang berbeza untuk para pelanggannya. Anda boleh memilih samada susu penuh krim, susu rendah lemak atau juga susu soya. Ketiga – tiga susu ini memiliki rasa yang berbeza.
Minuman yang dihidangkan di Starbucks bukan hanya air kopi, malah ia juga menghidangkan minuman hot chocolate, iced mocha atau pelbagai pilihan teh. Bagi peminat minuman coklat, biasanya barista yang bertugas akan menyarakan supaya memesan samada iced chocolate atau hot chocolate yang kurang kandungan coklat kerana rasanya lebih enak. Bagi minuman greentea frappucino pula, anda boleh cuba menggantikan classic syrup kepada caramel syrup kerana rasanya yang lebih istimewa, dan tukarkan juga susu jenis rendah lemak. Bagi penggemar kopi yang paling asas dan ringkas pula, Black Coffee adalah paling sesuai untuk dinikmati kerana ia tiada sebarang perisa tambahan.
Anda juga boleh menambah perisa tambahan dengan tambahan harga bermula dari RM 0.50 dan keatas. Ia sangat sesuai bagi penggemar minuman manis serta dapat menambahkan lagi kelazatan minuman yang dipesan. Antara perisa tambahan yang boleh anda pilih adalah seperti :
- i) Vanilla
- ii) Hazelnut
iii) Caramel
- iv) Toffee
Harga minuman di Starbucks tidaklah semurah di kedai – kedai kopi biasa kerana ia menggunakan bahan – bahan yang berkualiti dan mempunyai rasa yang begitu enak. Malah, rasa minumannya juga turut berbeza dan turut memiliki rasa yang penuh ‘mewah’. Mungkin sebab itulah ramai penggemar kopi lebih suka berkunjung ke Starbucks biarpun harganya agak mahal kerana rasanya yang begitu berbaloi untuk dinikmati.