Cara order Subway

CARA MEMESAN SANDWICH DI SUBWAY

Subway merupakan jaringan restoran makanan segera yang berasal dari Amerika. Ia telah diasaskan oleh Fred DeLuca dengan kos permulaan sebanyak USD 1,000 yang diperolehi secara pinjaman melalui rakannya yang bernama Peter Buck dan tercetuslah idea pembukaan ‘Pete’s Super Submarines’, iaitu kedai yang menjual sandwich. Biasanya rakyat Malaysia yang agak bosan dengan makanan segera lain akan beralih kepada makanan yang segar dan menyihatkan. Maka, tidak hairanlah ramai yang mengunjungi restoran Subway yang berhampiran. Subway juga menjadi pilihan utama di kalangan mereka yang sedang berdiet kerana turut menyediakan salad sebagai pengganti kepada roti sandwich.

  1. Langkah pertama sebaik sahaja anda berada di kaunter Subway, anda perlu membuat pilihan roti Subway. Ia mempunyai empat kategori yang berbeza iaitu :
  2.   Sandwich Footlong
  3.   Sandwich 6 inci

iii.  Salad

  1. Wrap

 

  1. Langkah kedua adalah anda perlu membuat pilihan jenis roti yang diinginkan. Terdapat 5 jenis pilihan roti di Subway. Pilihan roti yang terdapat di Subway adalah seperti berikut:
  2.   Italian – Ia merupakan roti tanpa topping yang ringkas dan gebu.
  3.   Wheat – Ia merupakan roti wholemeal tanpa sebarang topping. Ia     baik untuk pencernaan seseorang

iii.  Honey Oat –  Ia juga merupakan roti wholemeal dan memiliki topping oat     di bahagian atas roti

  1. Parmesan Oregano – Roti ini merupakan roti putih yang memiliki topping Parmesan

 

  1. Hearty Italian – Roti ini merupakan roti Italian tapi memiliki topping yang 

    sedikit berbeza. Ia memiliki rasa crunchy serta sedikit keras     berbanding roti Subway yang lain

 

  1. Pilih jenis menu sandwich yang menjadi pilihan anda. Terdapat menu Classic, Hot Toast, Basic dan Signature. Ianya terdiri dari pilihan seperti Steak and Cheese, Spicy Italian, Meatball Marinara, Tuna, Italian B.M.T, Subway Club, Subway Melt, Chicken Teriyaki, Veggie Delite, Roast Beef, Turkey Breast dan Turkey Breast & Turkey Ham. Anda juga boleh memesan lebih kepingan keju dengan mudah.

  2. Pilih jenis sayur yang ingin diletakkan di dalam roti. Antara sayur yang terdapat di Subway adalah seperti salad, tomato, timun, pickles, buah zaitun, bawang besar, green peppers dan hirisan jalapeno.

 

  1. Pilih sos yang menepati citarasa anda. Sos yang boleh anda pilih adalah seperti sos cili, sos BBQ, mayonis, thousand island, honey mustard, ketchup, sweet onion dan olive oil blend.
  2. Semasa di kaunter bayaran, juruwang biasanya akan bertanya samada hendak makan di restoran atau dibawa pulang. Malah, ia akan bertanyakan samada ingin membeli secara set atau pun ala carte sahaja. Anda juga boleh menambah menu tambahan seperti cookies atau chips yang sememangnya enak. Cookies yang boleh anda cuba adalah seperti Oatmeal Raisin, Double Chocolate, Chocolate dan White Chocolate Macadamia.

 

  1. Setiap minuman yang dibeli secara set boleh diisi sendiri oleh pelanggan di mesin air yang disediakan. Pelanggan juga boleh membuat isian semula minuman tersebut dengan bayaran serendah RM 1.00 sahaja.

 

Subway sering membuat promosi beli 1 percuma 1 tanpa menggunakan sebarang kupon. Penawaran promosi seperti ini sangat berbaloi dengan harganya dan rasanya yang segar. Subway juga memiliki sijil Halal yang diperakui oleh JAKIM. Pengiktirafan halal ini adalah sangat penting kepada pelanggan yang beragama Islam agar tidak memakan sesuatu yang dilarang oleh agama. Harga menu di Subway mungkin sedikit mahal, namun memiliki keenakan yang tersendiri tanpa ragu.