Cara Reset Password MySejahtera

Cara Reset Password MySejahtera

MySejahtera merupakan salah satu aplikasi yang digunakan pada hari ini untuk membantu mengawal dari merebaknya virus Covid-19. Melalui aplikasi ini, rakyat Malaysia boleh membuat penilaian tahap kesihatan kendiri dan mengemaskini maklumat kesihatan di dalam aplikasi MySejahtera. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengambil tindakan segera berdasarkan maklumat yang telah dikemaskini oleh pengguna. Semasa menggunakan aplikasi MySejahtera, berkemungkinan terdapat pengguna yang telah terlupa kata laluan untuk memasuk akaun MySejahtera. Ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk log masuk akaun MySejahtera. Oleh yang demikian, terdapat dua kaedah untuk reset semula kata laluan akaun MySejahtera.

 

Reset Kata Laluan Menggunakan Nombor Telefon

  • Buka aplikasi MySejahtera dan klik butang Forgot Password
  • Terdapat dua kaedah untuk reset kata laluan anda samada menggunakan nombor telefon bimbit atau menggunakan emel
  • Sekiranya menggunakan nombor telefon bimbit semasa membuat pendaftaran akaun MySejahtera, masukkan nombor telefon tersebut dan klik butang Submit
  • Anda akan menerima SMS pada nombor telefon yang didaftarkan untuk reset kata laluan
  • Klik link yang anda terima melalui SMS dan buka link tersebut menggunakan internet browser
  • Anda akan dapat melihat paparan skrin yang membolehkan anda reset kata laluan
  • Masukkan kata laluan yang baru di kedua – dua ruangan yang tertera
  • Kemudian klik butang Reset Password dan proses reset kata laluan MySejahtera anda telah selesai

 

Reset Kata Laluan Menggunakan Alamat Emel

  • Buka aplikasi MySejahtera dan klik butang Forgot Password
  • Klik butang My user ID is an email
  • Masukkan alamat emel yang telah didaftarkan dengan MySejahtera dan tekan butang Submit
  • Anda akan menerima link pengesahan di alamat emel yang telah didaftarkan
  • Jika tiada sebarang emel diterima di ruangan INBOX, pastikan anda menyemak emel di ruangan SPAM
  • Klik link pengesahan yang diterima untuk reset semula kata laluan akaun MySejahtera anda
  • Tunggu seketika dan anda akan menerima notifikasi untuk reset semula kata laluan
  • Masukkan kata laluan yang baru di ruangan yang tertera 
  • Klik butang reset password dan proses reset kata laluan MySejahtera anda telah selesai