Cara semak pelaburan secara MYASNB

Bertahun lamanya Amanah Saham Nasional Berhad melakukan urus niaga menggunakan buku pelaburan. Namun, kini selaras dengan perubahan waktu, ASNB tidak lagi menggunakannya bagi melakukan sebarang transaksi. Portal MyASNB yang direka khas untuk para pelabur ASNB merupakan sebuah platform dalam talian yang begitu mudah serta selamat digunakan oleh pelanggan ASNB. Ia membolehkan pelanggan melakukan urusniaga dalam talian dengan mudah serta boleh dilakukan di mana sahaja pada bila – bila masa sahaja.Biarpun tanpa buk u pelaburan, pelabur kini mempunyai alternatif yang lebih baik untuk membuat semakan baki serta dapat menambah pelaburan secara online.

 

Sebelum anda boleh membuat semakan pelaburan secara online menggunakan portal MyASNB, anda perlu mendaftar akaun MyASNB terlebih dahulu untuk mengaktifkan kemudahan online bagi urusniaga ASNB. Cara untuk mengaktifkan MyASNB adalah sangat mudah dan langkah – langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :

 

  1. Anda perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit terkini dan dikemaskini dalam rekod simpanan ASNB. Nombor telefon bimbit ini sangat penting bagi memastikan nombor sekuriti atau kod TAC dapat dihantar ke nombor yang tepat dan betul. Ia boleh didaftarkan di kiosk ASNB dengan memasukkan kad pengenalan serta verifikasi ibu jari anda sebelum memasukkan serta mengesahkan nombor telefon bimbit anda. Anda juga akan diberikan nombor akaun 12 digit ASNB yang terbaru 

 

  1. Setelah berjaya mendaftar nombor telefon bimbit, layari laman web myasnb.coom.my dan klik butang ‘Daftar Di Sini’. Sebelum meneruskan proses selanjutnya, pastikan anda telah membaca terma dan syarat serta tandakan ‘Setuju’.

 

  1. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.

 

  1. Setelah memasukkan segala maklumat, sila semak nombor telefon bimbit yang tertera di skrin samada betul atau tidak. Jika betul, anda perlu klik butang ‘Permintaan TAC’ dan kod TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan. Seterusnya, masukkan kod TAC tersebut untuk proses selanjutnya.

 

  1. Kemudian, isikan maklumat untuk mencipta akaun online anda seperti username, password serta soalan keselamatan.

 

  1. Anda akan diberikan password sementara untuk membuat login kali pertama. Masukkan password sementara ini dan setelah berjaya login, anda perlu menukarkan password pilihan anda dengan kombinasi huruf dan nombor serta diingati. 

 

  1. Setelah menukar password, anda boleh mula menyemak baki penyata terkini akaun ASNB anda. Malah, pelaburan tambahan juga boleh dilakukan melalui akaun bank secara online dengan hanya link kan akaun bank dengan akaun ASNB. Pemindahan dana ke akaun ASNB boleh dilakukan dengan mudah

Kemudahan MyASNB yang diperkenalkan ini membolehkan pelanggan menyemak baki simpanan terkini sehingga 24 jam tanpa perlu beratur panjang di kaunter. Semakan akaun ASNB serta penambahan pelaburan boleh dibuat secara online sahaja dan ia sangat memudahkan orang ramai. Namun begitu, proses pengeluaran masih memerlukan anda datang ke kaunter bersama kad pengenalan dan tidak boleh menggunakan kaedah pemindahan wang ke akaun bank anda. 

 

Setiap transaksi yang dilakukan menggunakan MyASNB tidak dikenakan sebarang caj tambahan. Walaubagaimanapun, caj perkhidmatan adalah terpakai bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak ASNB. Tabung unit amanah ASNB ini merupakan yang terbesar di negara dengan kini memiliki pelabur sehingga 9 juta dengan anggaran kira – kira 143 bilion unit ASB. Anda boleh menghubungi kaunter bantuan khidmat pelanggan di talian 03-8026 8101 atau secara emel di asnbcare@pnb.com.my