CARA SEMAKAN KADS1M
Menurut YB Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi, pembayaran Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) akan disalurkan terus melalui Bank Rakyat mulai 15 Mac 2018. Sebanyak RM 300 juta disalurkan bagi pembayaran bantuan tersebut di mana seramai 1.2 juta penuntut IPT awam dan swasta yang layak akan menerima bantuan melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M). Pembayaran bantuan yang dikreditkan terus ke Kad Diskaun Siswa 1Malaysia adalah berdasarkan padanan data penuntut yang telah mempunyai akaun Bank Rakyat dengan maklumat penuntut yang layak mendapat bantuan BPPT daripada Kementerian Pendidikan Tinggi. Bagi penuntut yang layak dan telah menerima KADS1M pada tahun 2017 tidak perlu membuat permohonan baru kerana bantuan akan dikreditkan secara automatik ke akaun penuntut yang sedia ada. Bermula tahun 2018, KADS1M boleh dituntut di mana – mana cawangan Bank Rakyat yang terpilih sahaja. Bantuan sebanyak RM 250 yang dikreditkan secara terus ke dalam akaun pelajar boleh digunakan untuk membeli bahan – bahan rujukan ilmiah di kedai buku terpilih sahaja. Selain itu juga, ia boleh digunakan untuk membeli alat – alat tulis serta perisian komputer bagi tujuan pembelajaran. Pelajar boleh menuntut KADS1M di cawangan Bank Rakyat sebelum 31 Julai 2018.
Terdapat juga maklumat menyatakan bahawa pelajar yang telah menerima emel berhubung status permohonan KADS1M masih tidak menuntut KADS1M tersebut di cawangan Bank Rakyat. Bagi pemohon yang masih belum menerima sebarang emel dari pihak Bank Rakyat, pemohon perlu menyemak sendiri status permohonan melalui portal Bank Rakyat atau di cawangan bank yang berdekatan. Sekiranya permohonan sedang diproses, pemohon boleh bertanyakan pada Bank Rakyat tempoh masa yang diambil bagi memproses kad tersebut.
Pelajar yang telah memiliki KADS1M boleh menyemak terus status kelayakan permohonan bermula 15 Mac 2018 secara online di laman web http://www.bankrakyat.com.my/bppt, melalui ATM dan CDM Bank Rakyat atau iRakyat – www.irakyat.com.my.
Untuk pelajar yang masih belum memiliki KADS1M, status kelayakan boleh dibuat bermula 1 April 2018 melalui portal Bank Rakyat (untuk permohonan baru / telah menutup akaun) dengan cara : i) Mengisi no kad pengenalan baru
- ii) Mengesahkan Captcha
iii) Klik butang Semak
CARA SEMAKAN KADS1M MELALUI TALIAN HOTLINE
Para pelajar juga boleh membuat semakan melalui talian hotline Bank Rakyat dengan cara berikut :
1. Menghubungi talian Hotline Bank Rakyat Hotline di nombor berikut 1 300 80 5454.
2. Sila pilih bahasa
3. Tekan “1” untuk status permohonan KADS1M.
4. Masukkan No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan berjawab.
5. Maklumkan kepada operator bahawa anda ingin membuat semakan status permohon Kad Debit Pelajar anda.
6. Berikan maklumat anda seperti yang diperlukan.
7. Sekiranya permohonan anda tiada dalam sistem, mohonlah pandangan serta nasihat mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M.
8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem, maka anda berjaya dengan permohonan ini.