Cara Set APN Umobile
Cara Set APN Umobile
Access Point Name (APN) bertindak sebagai perantara yang menghubungkan peranti dengan server telco bagi membolehkan capaian jalur lebar internet serta akses pelayan MMS. APN ini akan berubah secara automatik bergantung kepada jenis telco yang digunakan. Terdapat sesetengah peranti yang mempunyai firmware terkini serta menyimpan database tetapan bagi telco di seluruh dunia. Walau bagaimana pun, terdapat juga peranti yang menggunakan firmware atau custom rom yang tidak mempunyai database APN dan menyebabkan peranti tersebut tidak dapat menentukan APN secara automatik sebaik sahaja memasukkan kad sim ke telefon pintar. Punca seperti ini yang menyebabkan kelajuan capaian internet menjadi perlahan.
Sekiranya ini berlaku, pengguna perlu memasukkan tetapan APN secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut jenis telco kad sim yang digunakan. Setelah membuat tetapan barulah pengguna boleh mengakses internet seperti biasa.
Bagi yang tidak tahu cara membuat tetapan APN Umobile, anda boleh membuat langkah – langkah berikut :
Cara Setting APN U Mobile di Telefon Android
- Klik pada Setting > Sim Card & Mobile Data > Sim U Mobile (sekiranya mempunyai dual sim card, pilih Sim U Mobile)
- Klik Access Point Name dan tekan tanda ‘+’
- Masukkan konfigurasi APN seperti berikut :
- Name: U Mobile
- APN: my3g
- Proxy: Not set
- Port: Not set
- Username: Not set
- Password: Not set
- Server: Not set
- MMSC: http://10.30.3.11/servltes/mms
- MMS proxy: 10.30.5.11
- MMS port: 8080
- MCC: 502
- MNC:18
- Authentication type: Not set
- APN type: default
- APN protocol: IPv4
- Setelah selesai masukkan data tersebut, klik butang Save
Cara Setting APN Umobile di Telefon iPhone
- Klik pada Setting > Cellular > Cellular Data Option
- Klik Cellular Data Network dan masukkan maklumat konfigurasi APN seperti di atas
- Klik butang Save
Pengguna perlu mengaktifkan kad sim U Mobile ke tetapan 4G terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan capaian internet dengan hanya menghantar SMS LTE<jarak>ON ke 28118. Contoh : LTE ON hantar ke 28118. Selain itu, pengguna juga boleh mengaktifkan tetapan 4G dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan di nombor 1318. Telefon perlu di restart bagi mengaktifkan 4G LTE pengguna.