Cara Set APN Unifi
Sebaik sahaja anda menerima kad sim telco Unifi dan memasukkannya ke telefon pintar, anda akan menerima satu SMS yang meminta anda membuat tetapan APN dalam peranti. Setiap telefon pintar memerlukan APN bagi membolehkan ianya disambungkan kepada rangkaian internet. Sekiranya APN tidak ditetapkan, berkemungkinan kelajuan rangkaian internet anda berada pada tahap minima sahaja kerana APN sangat mempengaruhi kelajuan internet. Walau bagaimana pun, pengguna perlu menetapkan APN dengan sebetulnya kerana sekiranya berlaku kesilapan ketetapan APN, berkemungkinan telefon pintar anda tidak dapat disambungkan ke rangkaian internet.
Terdapat sesetengah telefon pintar yang membuat tetapan APN secara automatik. Namun, terdapat juga telefon pintar yang memerlukan pengguna membuat tetapan secara manual.
Cara Membuat Tetapan APN Unifi
Anda boleh membuat tetapan APN Unifi menggunakan salah satu cara berikut bergantung kepada sistem pengoperasian telefon pintar anda.
Membuat Tetapan APN di Telefon Android
- Pergi ke Settings > More > Cellular / Mobile Network > Access Point Name > Klik ‘+’ untuk menambah APN baru
- Masukkan konfigurasi APN seperti berikut :
- Name: Unifi 4G
- APN: unifi
- Proxy: Not set
- Port: Not set
- Username: Not set
- Password: Not set
- Server: Not set
- MMSC: Not set
- MMS proxy: Not set
- MMS port: Not set
- MCC: 502
- MNC:153
- Authentication type: Not set
- APN type: default
- APN protocol: IPv4
- APN roaming protocol: IPv4
- Enable/disable APN: APN Enabled
- Bearer: Unspecified
- MVNO type: None
- MVNO Value: Not set
- Kemudian tekan Save/ Ok
- Restart semula telefon pintar setelah selesai membuat tetapan
Membuat Tetapan APN di Telefon Apple Iphone
- Pergi ke Settings > Cellular > Cellular Data Network > Access Point Name
- Masukkan konfigurasi APN seperti berikut :
- Cellular Data :
- APN: unifi
- Usernam: Blank
- Password: Blank
- LTE Setup (Optional)
- APN: Blank
- Username: Blank
- Password: Blank
- MMS
- APN: blank
- Username: blank
- Password: blank
- MMSC: blank
- MMS proxy: blank
- MMS Message Size: 1048576
- MMS UA Prof URL: http://www.apple.com/mms/uaprof.rdf
- Kemudian tekan Save/ Ok
- Restart semula telefon pintar setelah selesai membuat tetapan
Setelah berjaya membuat tetapan APN di telefon pintar anda, pastinya kelajuan rangkaian internet Unifi anda bertambah baik. Tiada lagi masalah untuk melayari internet kerana kelajuannya telah mencapai tahap maksima.