Cara Set MYTV
Bermula November 2019, orang ramai tidak lagi boleh menggunakan siaran TV analog. Siaran tv digital mula diperkenalkan di Malaysia secara percuma yang disediakan oleh MYTV Broadcasting. Rakyat Malaysia boleh menonton siaran tv digital ini tanpa sebarang bayaran bulanan, caj tersembunyi, tiada kontrak dan tidak memerlukan sambungan wifi atau internet.
Walau bagaimana pun, siaran tv digital ini memerlukan peranti khas yang membolehkan signal siaran dicapai. Beberapa peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Dekoder MYTV atau dekoder DVB – T2
- Sekiranya anda mempunyai tv biasa dan bukannya tv digital, anda memerlukan set dekoder MYTV atau dekoder DVB – T2 bagi mendapatkan siaran digital myFreeview
- Sekiranya tv anda merupakan tv digital atau jenid IDTV (Integrated Digital TV), maka ia tidak memerlukan set dekoder untuk mendapatkan siaran kerana tv jenis ini telah tersedia dengan Digital Tuner. Untuk mendapatkan siaran tv, hanya perlu sambungkan antenna UHD ke IDTV
- Kabel HDMI atau kabel RCA (3 warna – putih, merah, kuning)
- Kabel HDMI digunakan pada IDTV
- Manakala kabel RCA3 digunakan pada tv biasa yang digunakan untuk sambungan ke dekoder MYTV
- Antena digital UHF (Tulang ikan)
- Antena digital UHF 5 Element (5E) boleh mendapat signal sehingga 80km jarak dari rumah dengan pemancar MYTV
- Sekiranya jarak rumah anda dengan pemancar MYTV lebih dari 80km, maka anda memerlukan antenna UHF 14 Element (14E) yang boleh mendapatkan signal pada jarak 80 – 100km
- Bagi mengelakkan kesilapan membeli antena, anda disarankan untuk memeriksa terlebih dahulu jarak sebenar pemancar MYTV dengan rumah anda menggunakan Google Maps
- Kesilapan penggunaan antenna yang tidak tepat akan menyebabkan kesukaran mendapatkan siaran MYTV
Cara Mengukur Jarak Pemancar MYTV
Anda boleh menggunakan Google Maps versi web menggunakan komputer peribadi anda. Berikut merupakan langkah mudah untuk anda membuat semakan jarak pemancar MYTV :
-
- Buka laman web Google Maps dan buka peta kawasan liputan MYTV
- Klik pada simbol pencawang yang berhampiran dengan lokasi rumah anda
- Klik pada simbol anak panah (putih – merah) untuk buka di Google Maps
- Masukkan lokasi rumah anda di Google Maps
- Klik kanan tetikus pada titik lokasi rumah anda dan tekan butang Measure distance
- Klik kanan tetikus pada titik lokasi pemancar MYTV, kemudian tekan Distance to here
- Google Maps akan memaparkan jarak KM dari atas udara lokasi rumah anda ke lokasi pemancar MYTV
- Setelah mengetahui jarak pemancar MYTV dengan rumah anda, maka anda boleh memilih antena digital UHF yang bersesuaian sama ada jenis 5E atau 14E
Cara Pemasangan Dekoder MYTV
- Anda boleh mula membuat pemasangan dekoder MYTV setelah peralatan lengkap disediakan
- Sambungkan dekoder ke tv menggunakan kabel bersesuaian sama ada kabel HDMI atau kabel RCA
- Pasang antena UHF sebaiknya di luar rumah dan tempat yang tinggi serta tidak terlindung oleh dinding atau bumbung rumah sekiranya inginkan signal yang lebih baik
- Adalah sebaiknya tentukan dahulu kedudukan untuk antenna UHF diletakkan supaya kedudukan antena ini berada tepat ke arah stesen pemancar MYTV yang berdekatan
- Semak kedudukan pemancar MYTV menggunakan aplikasi Antenna Pointer
- Setelah kabel disambungkan pada tv, antena UHF pula sudah dipasangkan, hidupkan tv dan dekoder anda
- Tekan butang Scan untuk mencari siaran digital MYTV
- Anda boleh menggunakan fungsi Auto Scan atau membuat scan secara manual menggunakan frekuensi yang bersesuaian dengan kedudukan pemancar MYTV
- Semasa proses scan dilakukan, dekoder akan lock channel MYTV dan anda boleh melihat peratusan kekuatan signal dan kualiti yang diterima oleh antena UHF
- Sekiranya signal yang diterima kurang baik, ubah kedudukan antena sehingga mendapat signal yang lebih memuaskan
- Gunakan dahulu kabel RCA semasa proses mendapatkan siaran. Penggunaan kabel HDMI diawal pencarian siaran akan mengganggu signal MYTV dan menyebabkan ianya tidak stabil
- Signal siaran juga akan terganggu berdasarkan faktor persekitaran seperti, hutan, bukit, gunung serta bangunan tinggi yang menyukarkan frekuensi pemancar MYTV dipancarkan ke rumah anda
Setelah menggunakan dekoder MYTV ini, siaran tv digital anda lebih jelas tanpa sebarang caj tambahan. Penggunaan alat booster atau aerial dalaman sebagai pengganti antena UHF adalah tidak disarankan kerana ia boleh mengganggu penerimaan siaran digital myFreeview. Sekiranya anda menggunakan antena dalaman, isyarat pemancar MYTV masih boleh diterima namun signal menjadi kurang memuaskan sekiranya terdapat halangan seperti bangunan tinggi, bukit, hutan, gunung dan sebagainya. Antena dalaman ini hanya boleh menerima isyarat bagi jarak 25km dari stesen pemancar.
Dengan adanya siaran digital pada hari ini membolehkan masyarakat Malaysia menikmati sehingga 21 saluran tv serta radio FM secara percuma tanpa perlu mengeluarkan kos setiap bulan.