Cara setup Akuarium Air Masin
Cara setup Aquarium Air Masin mungkin nampak susah, tetapi ia mungkin tidak susah seperti yang digambarkan. Hobi akuarium memberi kepuasan setelah anda berjaya dalam setup untuk sistem tersebut. Di sini saya akan berkongsi cara asas untuk setup akuarium air masin untuk pemular. Terdapat banyak cara untuk setup aquarium air masin, tetapi artikel ini mengulaskan salah satu cara untuk membantu beginner dalam hobi ini.
Konsep asas Aquarium Air laut/Masin
Akuarium air laut memerlukan konsep asas kimia dan biologi. Tetapi pemahaman kita tidak perlu sampai tahap professor. Kita cuma perlu memahami hanya asas yang cukup dan yang diperlukan untuk setup akuarium air laut , dan haiwan air laut masin. Aquarium Air Laut secara amnya dibahagikan kepada dua jenis. Fish only ( Hanya ikan laut) ataupun Fish and Coral tank. Setup untuk jenis hanya ikan marin adalah jauh lebih mudah. Manakala untuk setup corals, terumbu karang adalah lebih sukar berbanding dengan ikan laut sahaja. Konsep asas air laut adalah salinity, proses tank cycle. Nutrient dan sebagainya
Salinity Gravity (Kandungan Garam dalam Air)
Jumlah kandungan garam di dalam air. Boleh diukur dengan refractormeter. Sasaran terbaik untuk salinity garam adalah 1.025 . Ada juga orang yang tetapkan antara 1.020 ke 1.030 bergantung kepada pilihan sendiri. Jika anda hanya memelihara ikan sahaja, pemahaman sehingga tank cycling adalah cukup
Pengukur Salinity , Refractometer
Jangan beli jenis Hydrometer , ukuran langsung tidak tepat. Bazir Duit
Ammonia/NO2 (tidak perlu tester)
Segala hidupan air akan membuang najis ataupun air. Ini adalah termasuk ikan. Najis yang dihasilkan adalah mengandungi Ammonia dan NO2. Ammonia dan NO2 adalah beracun dah akan membunuh semua hidupan. Untuk akuarium yang baru, pemula perlulah membuat tank cycle. Dimana , kita perlu membela anerobik bakteria yang akan memecahkan Ammonia dan NO2 kepada PO4 dan N03. P04 dan N03 adalah tidak beracun untuk ikan , tetapi tidak sihat untuk Batu Karang. NO3 dan PO4 yang terlampau tinggi adalah juga tidak sihat untuk ikan. Sasaran untuk Ammonia dan NO2 adalah sifar ataupun 0. Untuk mendapat Ammonia dan NO2 sifar, kita akan meletakan LIVE ROCK ke dalam akuarium air laut. Live Rock adalah batu karang dari Coral yang telah mati , tetapi ia mengandungi bakteria yang akan memecahkan Ammonia dan NO2 ke PO4 /NO3. Kita tidak perlu membeli tester untuk Ammnonia ataupun No2 kerana tester ini tidak akan digunakan lagi selepas tank sudah complete cycle.
No3
Anerobik bakteria akan memecahan NO2 ke NO3. NO2 adalah racun untuk ikan , dah NO3 adalah selamat untuk ikan.
Po4
Anerobik bakteria akan memecahan NO2, Ammonia ke PO4. Po4 yang terlalu tinggi adalah beracun. Untuk menurunkan Po4, anda boleh membuat water change
Test Kit untuk NO3, PO4
Berguna sehingga akhir hayat hobi akuarium
Akuarium yang sesuai
- 2 Kaki ke atas, 4 kaki paling sesuai jika main coral
- Lebih baik mempunyai SUMP ,nisbah air yang tinggi
Apakah itu SWING ?
Saiz akuarium paling sesuai untuk akuarium air laut adalah 2 kaki ke atas. Lebih besar adalah lebih senang untuk dijaga kerana akan kurang SWING. SWING berlaku – Apabila air adalah kurang (tank kecil), parameter seperti Salinity, KH , CA dan sebagainya akan senang berhayun jika ada apa-apa perubahan kecil dalam air. Apabila air adalah banyak (tank besar) risiko perubahan air SWING adalah lebih kecil. SWING akan memberikan STRESS kepada hidupan air laut terutamanya Batu Karang. Jika anda mempunyai bajet, akuarium 4 kaki adalah pilihan terbaik untuk Ikan air laut. Cuba elakan kabinet besi untuk air laut kerana ia mudah karat dalam jangka masa lama. Juga disyorkan untuk mengunakan kaca ketebalan 12mm untuk aquarium 3kaki ke atas kerana air laut adalah amat berat berbanding dengan air tawar.
Cara buat air laut sendiri
Garam Air Masin
Terdapat 2 jenis garam yang boleh dibeli dalam pasaran
- Untuk Fish only , kandungan elemen lain adalah 0. Namun , garam ini adalah lebih murah
- Untuk Coral dan Fish , kandungan elemen lain adalah tinggi. Harga garam adalah lebih mahal
Terdapat 2 jenis garam Sea Salt dan Reef Salt. Sea Salt adalah untuk jenis aquarium Ikan air laut sahaja, manakala Reef Salt mempunyai kandungan element KH,CA,Mg, Trace element yang tinggi dan sesuai untuk Hidupan air laut dan Corals. Untuk Garam AF ( AquaForest) 390gram garam dicamput dengan 10 liter air akan menghasilkan salinity 1.025 sg , angka ini adalah berbeza untuk setiap garam. Bacaan boleh dibuat dengan mengunakan refractometer. Pastikan anda membaca manual sebelum membuat pembancuhan. Pastikan air dicampur aduk dengan kuat selama sekurang-kurangnya 15 minit -1 jam sebelum dimasukkan ke dalam tank.
Tank Cycle (Proses pembiakan bakteria)
Setelah membancuh air masin aquarium, bermulalah proses untuk cycle tank. Proses ini adalah untuk membela koloni anerobik bakteria. Terdapat beberapa cara untuk memulakan proses ini. Anda boleh menambah ikan hardy (kuat) dan murah seperti seekor Damsel untuk menjana Ammonia dan No2 ke dalam tank. Damsel ini akan diberi makan 2 atau 3 kali sehari. Koloni Bakteria akan mula memproses hasil-hasil Ammonia dan No3 kepada elemen yang tidak beracun iaitu No3 dan Po4. Pada mulanya , koloni bakteria tidak banyak, dan akan membesar dengan pembuangan najis dari Damsel ini. Proses ini akan memakan masa lebih kurang 2 minggu hingga ke 1 bulan. Sehingga No2 dan Amnnonia menjadi sifar. Kebiasaannya, anda tidak perlu membeli tester untuk NO2, Ammnonia kerana , test kit ini hanyalah digunakan semasa cycle sahaja. Selepas 2 atau 3 minggu , anda boleh secara perlahan menambah seekor-dua ikan kecil dalam selang beberapa minggu. Ini adalah bagi untuk memastikan bakteria di dalam tank boleh memproses najis ke elemen yang lain dan tiada Ammonia dan NO2 spike yang akan membunuh ikan. Ulangi proses ini dan anda sudah berjaya setup aquarium ikan air laut
Alat-Alat asas aquarium air masin
Live Rock
Live rock adalah terumbu karang yang telah mati tetapi mengandungi bakteria yang berfaedah yang berfungsi untuk meleraikan NO2, Ammnoia kepada NO3 dan PO4. Live Rock boleh ditambah ke dalam akuarium sejurus selepas pembancuhan air masin. Bakteria di dalam live rock akan membiak dengan lepasan najis dari ikan dan hidupan air laut. Kandungan live rock adalah lebih kurang 10-20% air di dalam akuarium. Nisbah untuk 100liter adalah lebih kurang 10kg ke 20kg bergantung kepada pilihan. Live rock boleh dibeli dari kedai ikan air masin.
Bakteria berfaedah
Di samping live rock, anda juga boleh memperkenalkan bakteria bagus untuk mempercepatkan proses tank cycling. MicroBacter 7 adalah salah satu produk yang boleh digunakan. Disamping itu terdapat juga jenama dari Aquaforest dan Polylab
Block Bacteria
Berfungsi sebagai rumah bacteria. Mempunyai permukaan yang luas untuk pembiakan koloni bakteria yang lebih banyak
Wavemaker
Wavemaker berfungsi untuk penghasilan ombak dan arus. Wavemaker adalah optional untuk akuarium yang hanya mempunyai ikan sahaja. Wavemaker jenis lebih RM100 mempunyai ombak yang cantik dan penghasilannya serupai ombak dan arus di dalam laut. Ikan berenang di menentang arus adalah satu keindahan akuarium air laut.
Lampu Aquarium
Jika anda berminat untuk menyimpan batu karang, disyorkan mengunkan lampu yang lebih kuat,mahal. Anda boleh mengunakan lampu biasa jika untuk ikan laut sahaja.
Protein Skimmer
Bertujuan untuk mememecahkan dan mengurangkan kotoran (Nutrient) ,najis dan makanan lebihan di dalam tank. Pengunaan Protien skimmer juga akan mengurangkan NO3, PO4 di dalam tank. Kebiasaannya, peminat tegar akan membeli saiz skimmer 1 atau 2 saiz lebih besar bagi pengurangan nutrient yang lebih cekap
- Pembelian Sekali Sahaja
- Pam di dalam boleh ditukar jika rosak
Penjagaan Corals (Batu Karang)
Selepas tank sudah cycle, lebih kurang dalam 1 bulan , bulan 2 hingga setahun , batu karang boleh diperkenalkan secara perlahan ke dalam akuarium. Anda boleh mula dengan batu karang jenis yang lebih senang, kemudian beralih kepada batu karang medium dah susah
Jenis Batu Karang Senang
Soft Coral (Senang)
Jenis terumbu karang lembut. Kebiasaanya adalah senang. Yang paling senang mungkin Pulsing Xenia, Finger Colt, Mushroom, Zoa( Kadang-kadang tak senang) ,
LPS (Senang)
Jenis terumbu karang lang mempunyai tulang keras dan tisu lembut.
SPS (Ada Senang, ada susah )
Jenis batu karang keras dan mempunyai tisu polyp yang amat nipis/kecil.
Elemen Batu karang
Beberapa elemen yang paling penting kalau nak letak batu karang dalam akuarium. Anda tidak perlu menjaga elemen ini jika tidak mempunyai batu karang.
KH 7 ke 12
Kandungan ( Kalsium Karbonate) di dalam air. Paras selamat untuk Batu Karang adalah KH 7 ke 12. KH7 adalah terbaik untuk warna batu karang. KH boleh ditambah dengan KH buffer ataupun water change yang kerap
CA 390 – 450 ppm
Kandungan Kalsium di dalam air. Paras selamat untuk batu karang adalah CA 390 – 450 ppm. CA boleh ditambah dengan CA buffer ataupun water change yang kerap
MG 1350 -1500
Kandungan Magnesium di dalam air. Paras selamat untuk batu karang adalah Mg adalah 1350 -1500. Mg boleh ditambah dengan Mg buffer ataupun water change yang kerap
Test Kit untuk KH, CA, MG
Trace Element
Bab advance , akan masuk penjagaan terumbu karang. Penting untuk coloration coral. Iron , Pottasium, Iodine dan trace trace yang sebagainya. Element ini adalah penting untuk pengwarnaan batu karang. Biasa akan dijual dalam bentuk pek
Iron
Penting untuk warna hijau dalam batu karang
Pottasium
Penting untuk warna merah dalam batu karang
Iodine
Penting untuk pentumban batu karang lembut.
Trace Minor
Trace, Florine , Boron dan Sebagainya. Penting untuk tujuan tertentu.
Anda boleh mengunakan Red Sea ABCD untuk tujuan pengwarnaan batu karang.
Suhu (Temperature) 26c-29c
Suhu amat penting dalam penjagaan batu karang. Suhu yang disyorkan adalah bawah 28c , bergantung kepada jenis batu karang. Ada jenis yang perlu lebih sejuk, ada jenis yang tahan lasak 30c. Terdapat 2 kaedah untuk menurunkan suhu akuarium. Kipas dan Chiller. Kipas hanya sesuai untuk tank di bawah 2 kaki ,tetapi kondensasi air adalah tinggi. Maksima suhu untuk kipas adalah lebih kurang 28-29c. Untuk chiller pula, kos chiller dan kos elektrik adalah agak tinggi bergatung kepada saiz dan suhu yang hendak diturunkan.
Kipas
- Murah
- Tidak berfungsi untuk tank lebih 2 kaki
- Kena top up air selalu
- Maksima 28c -29c sahaja
- Suhu mungkin naik jika cuaca panas
Chiller
- Mahal
- Bill elektrik naik
- Boleh mencecah suhu 25c