Cara setup PC gaming
Konsep untuk Setup Gaming PC ( Personal Computer) adalah lebih kurang sama dari zaman dulu sampai sekarang dengan beberapa perkakasan yang tetap. Artikel ini akan membincangkan cara-setup gaming PC untuk alan marhean dan bangsawan.
Nasihat dan Konsep untuk setup PC Gaming sendiri
Barang-barang asas yang diperlukan untuk setup gaming PC. Hardware ini boleh dibeli secara second hand ataupun baru dari kedai komputer ataupun Shopee. Pembelian barangan di Shopee adalah jauh lebih murah ,tetapi ada risiko terbeli barangan yang salah dan yang tidak compatible. Jika anda mempunyai bajet nipis, anda boleh memilih membeli beberapa hardware terpakai ,semua terpakai, ataupun separa terpakai bercampur separa baru. Kadang-kadang jika anda bernasib baik , anda boleh mendapat barangan jackpot dengan harga jauh lebih murah. Tetapi ,terdapat juga banyak scammer yang beropersi di marketplace terpakai. So selalu deal COD , tanpa deposit. Tempat terbaik untuk membeli hardware terpakai adalah Facebook Marketplace, Carousell dan Mudah.
Feadah Setup PC Gaming Sendiri
- Dapat belajar benda baru
- Kos lebih rendah
- Tidak mudah kena tipu
Risiko Setup PC Gaming sendiri
- Terbeli barangan tidak compatible
- Lebih lama
Sanarai barang Setup Gaming PC
Konsep penting “Compatible”, keserasian hardware. Sebelum anda membeli hardware yang memerlukan keserasian tepat, pastikan anda menyemak compatible terlebih dahulu. Tempat terbaik untuk menyemak keserasian hardware adalah di website manufacturer ataunpun di Google.
- Casing Komputer (PC Casing) : Kotak untuk menyimpan semua perkakasan hardware ,motherboard, PSU dan sebagainya. Standard casing adalah berjenis ATX. Kebiasaan tiada masalah compatible. Casing ini biasa termasuk butang untuk on/off reset computer pilihan kipas untuk tujuan pengudaraan. Bila beli casing, cuba beli yang terbesar untuk penguadaraan
- Power Supply Unit (PSU) : Hardware untuk membekalkan elektrik kepada semua perkakasan di dalam casing. PSU dikira dalam bentuk WATT dan efficiency. Contoh WATT akan dipamerkan pada lebel PSU tersebut. 450W ,500W. Terdapat jenis yang Modular ataupun fixed. WATT adalah penting jika anda membeli GPU (Graphic Card , Graphic prossor unit) and memakan elektrik. GPU akan dibincangkan di bahagian bawah.
- Processor ( CPU ) : Simple dipanggil processor ataupun CPU. Ini merupakan otak computer dimana semua pemproses komputer dibuat. Terdapat hanya dua jenama proecessor yang dipakai. Jenama AMD dan Intel. Processor Intel and AMD mempunyai banyak jenis dan generasi. Bila anda membeli Processor, ia hanya boleh digunakan dengan Motherboard dan Memory(RAM) yang tertentu. Misalnya i9 12GEN Intel hanya boleh digunakan oleh compatible motherboard i9 12GEN. Oleh itu, anda perlu menyemak dahulu compatible CPU/Motherboard sebelum membelinya.
- CPU Fan dan heat sink : Kipas khas dan heat sink untuk processor. Bertujuan untuk mengurangkan haba yang dijanakan dari processor. Juga perlu compatible dengan Processor dan Motherboard. Ada fan yang terlalu besar untuk digunakan. So , anda kena check saiz CPU fan terlebih dahulu. Heat Sink dan Kipas perlu dipasang dengan thermal paste dengan processor. Ada juga mereka lebih suka mengunakan jenis penyejuk cecair untuk mengantikan jenis Kipas CPU. Penyejuk cecair adalah lebih mahal dan bergantung kepada selera masing-masing.
- Motherboard (Papan Komputer) : Tempat dimana semua hardware akan di sambungkan. Seperti CPU, pastikan anda membeli barangan yang compatible bersama dengan Memory(RAM)
- Memory (RAM) . DDR4 , DDR3. Compatible juga bergantung kepada motherboard dan kadang-kadang precessor.
Contoh Pencari Google processor intel 12Gen 12900. Processor ini mengunakan socket LGA1700 , oleh itu processor ini hanya berfungsi dengan motherboard jenis socket LGA 1700. Motherboard tersebut juga hanya mempunyai keserasian Memory (RAM) Yang boleh digunakan
TIPS: Yang paling senang anda hanya membeli Motherboard ,RAM dan Proecessor-nya sekali secara second-hand and ataupun baru untuk mengurangkan isu tidak serasi.
- GPU (Graphic Card , Graphic prossor unit) : Terlebih dahulu anda perlu menyemak samaada motherboard anda mempunyai GPU , ada motherboard yang mempunyai GPU jenis built in ,tetapi jenis ini biasanya beprestasi rendah. GPU bertujuan untuk pengiraan grafik 3D dan sebagainya. Penting untuk gamers terutamanya jenis game yang memerlukan GPU yang beprestasi tinggi. GPU adalah dari jenama AMD dan Nvidia. Sesetengah GPU beperestasi tinggi mempunyai keperluan PSU yang tinggi. GPU jenis RTX3080 memerlukan PSU jenis 850W. GPU untuk generasi RTX 4090 pula memerlukan PSU kable yang tinggi yang berlainan. Jenis GPU ini adalah untuk game ataupun aplikasi prestasi tinggi. Anda perlu menyemak terlebih dahulu sebelum membeli
- HardDisk SSD : Harddisk SSD jenis terus install dalam motherboard M.2 slot. Prestasi m.2 SSD adalah cepat dan tinggi. Kebiasaanya Operating System di install di dalam harddisk ini untuk prestasi komputer
- HadDisk SATA : Kebiasaanya harddisk ini dijadikan secondary harddisk , bertujuan untuk penyimpanan files. Prestasi adalah kurang berbanding SSD tetapi ia mempunyai saiz penyimpanan yang jauh lebih besar dan murah.
Monitor , keyboard, mouse , speaker
Lebih kurang standard. CPU memerlukan monitor , keyboard , mouse dan speaker. Jika anda membeli GPU beperestasi , anda juga boleh membeli Monitor yang lebih baik contoh 4k, untuk paparan yang lebih cantik.
OS (Operating system) :
Merupakan perisian utama. Jenis perisian yang biasa digunakan adalah Microsoft Windows.