Cara share data XOX
Teknologi komunikasi pada masa kini semakin maju dan terus menuju ke hadapan. Jika sebelum ini pemindahan kredit antara rangkaian yang sama boleh dilakukan, kini perkongsian data juga boleh dikongsi bersama. Mungkin bukan semua rangkaian menyediakan perkhidmatan ini namun, OneXOX menyediakan perkhidmatan perkongsian data ini.
Terdapat tiga cara yang boleh digunakan untuk membuat perkongsian data ini iaitu menggunakan SMS, USSD atau menggunakan Apps Black.
Cara Share Data OneXOX Menggunakan SMS
Perkongsian data OneXOX boleh dilakukan dengan menggunakan SMS. Cara – caranya adalah seperti berikut :
- Taip SHARE <jarak> nombor penerima <jarak> jumlah data <jarak> no PIN dan hantar ke 22111
- Contoh : SHARE 0123456789 D1 1234
- D1 = 1GB, D2 = 2GB, data maksimum yang boleh dikongsikan adalah sehingga 10GB
- No PIN adalah 1234 dan ia adalah no PIN standard untuk semua pengguna OneXOX
- Data yang dikongsikan akan diambil dari data season pass pengguna dan akan dimasukkan ke season pass penerima
- Perkongsian data ini hanya boleh dikongsikan oleh pengguna akaun prepaid sahaja
Cara Share Data OneXOX Menggunakan USSD
Perkongsian data OneXOX boleh dilakukan dengan menggunakan USSD. Cara – caranya adalah seperti berikut :
- Dail nombor dan simbol *150#
- Pilih nombor 6 iaitu season pass
- Kemudian, pilih nombor 6 sekali lagi iaitu share data
- Masukkan nombor penerima data
- Masukkan jumlah data yang hendak dikongsi. Contoh jika 1GB, masukkan 1 sahaja
- Masukkan nombor 88 dan tekan butang Submit
- Penerima akan terus menerima data yang dihantar ke dalam season pass
Cara Share Data OneXOX Menggunakan Aplikasi Black
Perkongsian data OneXOX boleh dilakukan dengan menggunakan SMS. Cara – caranya adalah seperti berikut :
- Menggunakan apps rasmi yang disediakan oleh OneXOX iaitu Aplikasi Black dan dimuat turun ke telefon bimbit penggun
- Ia boleh digunakan oleh pengguna OneXOX Black dan OneXOX Prepaid
- Selain membuat perkongsian data, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk membayar bil, serta topup kredit
- Boleh membuat perkongsian data, minit panggilan dan SMS sekaligus dengan hanya 1 caj sahaja dikenakan iaitu RM 0.50 sahaja
Terma dan Syarat Perkongsian Data OneXOX
Terdapat beberapa terma dan syarat bagi melakukan perkongsian data OneXOX ini seperti :
- Perkongsian hanya dibenarkan untuk pengguna OneXOX sahaja dan tidak boleh dibuat keatas rangkaian komunikasi yang berbeza
- OneXOX Black boleh kongsi minit panggilan, data serta SMS kepada pengguna OneXOX Black dan juga OneXOX prabayar
- Pengguna OneXOX prabayar hanya boleh kongsi minit panggilan, data dan SMS yang terdapat dalam season pass sahaja kepada sesama pengguna OneXOX prabayar atau OneXOX Black
- Caj perkhidmatan akan dikenakan dengan kadar RM 0.50 untuk setiap transaksi yang berjaya dilakukan dan caj ini akan dikenakan ke atas penghantar