Cara share kredit Celcom

Telefon pintar adalah antara keperluan pada hari ini. Ia dimiliki hampir semua lapisan masyarakat tidak mengira mengukur, bangsa dan juga pangkat. Penggunaannya yang sangat meluas memberi kemudahan kepada hampir semua pengguna. Jika dahulu telefon bimbit hanya digunakan untuk membuat serta menerima panggilan dan juga SMS, kini telefon bimbit telah menjadi pelbagai fungsi. Selain digunakan untuk membuat dan menerima panggilan, pengguna juga sudah boleh  melayari internet hanya dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

Oleh kerana penggunaan telefon bimbit semakin meluas, maka penjualan kredit / topup juga semakin tinggi dan mendapat sambutan. Hampir di setiap pelosok kedai menjual kredit untuk pelbagai rangkaian telekomunikasi yang terdapat di Malaysia. Namun, kadang kala ketika pengguna kehabisan kredit tanpa diduga, adalah menjadi masalah jika ia diperlukan di saat – saat kecemasan. Malah, stok kredit pula sukar diperolehi dalam masa terdekat. 

Sebagai pengguna rangkaian Celcom, pengguna tidak perlua gusar dan khuatir jika telah kehabisan kredit kerada terdapat kemudahan share kredit diperkenalkan oleh Celcom. Terdapat dua cara yang diperkenalkan oleh Celcom untuk membolehkan pengguna share kredit iaitu menggunakan SMS dan juga kaedah USSD.

 

Terma dan Syarat Share Kredit Celcom

 

  • Setiap pelanggan Celcom mestilah berada di Malaysia semasa meminta kredit atau melakukan transfer kredit
  • Pelanggan mestilah berada dalam tempoh aktif 50 hari dan atau tanpa baki kredit masih boleh menerima pindahan kredit
  • Setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50 

 

 

Tempoh sah aktif kredit penerima adalah seperti berikut :

  • RM 1.00 hingga RM 2.00   : tempoh sah 1 hari
  • RM 3.00 hingga RM 25.00 : tempoh sah 3 hari

 

Cara Share Kredit Celcom Menggunakan USSD

Perkongsian kredit Celcom boleh dilakukan dengan menggunakan USSD iaitu seperti berikut:

  • Seperti hendak membuat panggilan, buka menu dan taip nombor dan simbol *365*3# dan tekan butang Call
  • Pilih nombor 1 untuk membuat pindahan kredit
  • Dan ikuti panduan yang dipaparkan sehingga selesai

 

Cara Share Kredit Celcom Menggunakan SMS

  • Taip mesej RM <jumlah> dan hantar ke nombor penerima
  • Contoh RM 10 hantar ke 0197839455

 

 Cara Share Kredit Celcom Antara RM 11 Hingga RM 25

  • Setiap pelanggan Celcom boleh membuat pindahan kredit lebih daripada RM 10 dan maksimum RM 25.
  • Setiap perkongsian kredit memerlukan pengguna untuk mendaftar terlebih dahulu.
  • Untuk mendaftar, pengguna perlu taip CAT <jarak> 6-character password <jarak> nama ibu dan hantar ke 1019. Contoh : CAT 123456 Zila dan hantar ke 1019
  • Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh mula kongsikan kredit anda kepada pengguna Celcom yang lain. Taip RM <jumlah><jarak><password>hantar ke nombor penerima. Contoh : RM 20 123456 dan hantar ke 0195678983

 

Dengan kemudahan perkongsian kredit yang dibenarkan, pengguna boleh sentiasa berhubung antara satu sama lain sepanjang masa tanpa sebarang masalah. Malah, dengan cara ini ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta memperkukuhkan ukhwah yang terjalin.