Cara share topup Umobile

U Mobile antara rangkaian telekomunikasi yang begitu digemari terutama di kalangan anak muda masa kini. Ia menyediakan pakej mampu milik serta lengkap dengan harga pakej yang begitu memuaskan. Banyak ciri – ciri istimewa yang disediakan oleh U Mobile untuk para pelanggan mereka. Sebagai pengguna rangkaian telefon pra bayar U Mobile, mungkin masih ada pengguna  yang tidak mengetahui cara – cara untuk berkongsi kredit panggilan dengan yang tersayang. Pindahan atau perkongsian kredit ini sangat berguna dan sangat diperlukan terutamanya ketika seseorang itu sedang berada di dalam kecemasan.  

Sebelum membuat sebarang pindahan kredit, pengguna perlu tahu terlebih dahulu terma dan syarat yang ditetapkan. Oleh itu, berikut merupakan terma dan syarat pindahan kredit U Mobile sebagai rujukan.

Terma dan Syarat Pindahan Kredit U Mobile

  • Pindahan kredit hanya boleh dibuat untuk pelanggan pra bayar U Mobile sahaja
  • Penerima boleh menerima kredit sehingga maksimum RM 100 sebulan bagi setiap nombor. Setiap kredit yang diterima hasil dari pindahan tidak boleh dipindahkan semula kepada nombor lain
  • Tiada sebarang caj dikenakan untuk meminta kredit. Walau bagaimana pun, penghantar akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50 dan penerima dikenakan caj RM 0.20 bagi setiap transaksi yang berjaya
  • Jumlah pindahan minima kredit adalah sebanyak RM 1 dan maksimum RM 100 sebulan. Jumlah maksima kredit harian yang boleh dipindahkan adalah RM 10 bagi setiap nombor untuk setiap transaksi atau pindahan kredit maksimum 10 transaksi 
  • Sekiranya anda membuat permintaan kredit ketika berada di luar Malaysia, anda akan dikenakan caj semasa roaming dan ianya bergantung kepada negara serta pengendali roaming yang anda pilih ketika itu

Cara Share Topup Melalui UMB

 

Berikut merupakan langkah mudah untuk berkongsi kredit Umobile melalui UMB:

  • Dial nombor dan simbol seperti *118*3*7# untuk melakukan pindahan kredit
  • Masukkan nombor telefon penerima kredit
  • Masukan jumlah yang akan dipindahkan
  • Satu notifikasi melalui SMS akan dihantar sekiranya pindahan kredit berjaya dilakukan 

 

Cara Share Topup Melalui MyUmobile App

 

Berikut merupakan langkah mudah untuk berkongsi kredit Umobile melalui MyUmobile App:

  • Buka aplikasi MyUmobile dan klik pada balance
  • Pilih CreditShare
  • Tekan butang Credit Transfer dan masukkan jumlah kredit dan nombor telefon penerima, kemudian tekan butang Transfer Credit
  • Sebelum pindahan kredit diteruskan, anda perlu menekan butang Proceed sebagai pengesahan terakhir
  • Satu notifikasi melalui SMS akan dihantar sekiranya pindahan kredit berjaya dilakukan 

 

Jumlah kredit yang boleh dipindahkan serta tempoh sah kredit adalah seperti berikut :

  • RM 1   : tempoh sah 1 hari
  • RM 3   : tempoh sah 3 hari
  • RM 5   : tempoh sah 5 hari
  • RM 10 : tempoh sah 7 hari

Cara Share Topup Melalui Melalui Website

 

Berikut merupakan langkah mudah untuk berkongsi kredit Umobile melalui website :

 

  • Log in di https://www.u.com.my/selfcare/login, masukkan jenis akaun, nombor telefon serta no PIN. Tekan butang LOGIN
  • Pilih Transfer Credit yang berada di dalam Credit Share 
  • Masukan jumlah kredit serta nombor penerima dan tekan butang Transfer Credit
  • Satu notifikasi melalui SMS akan dihantar sekiranya pindahan kredit berjaya dilakukan 

 

Cara Share Topup Melalui SMS

 

Berikut merupakan langkah mudah untuk berkongsi kredit Umobile melalui SMS :

 

  • Taip SMS TR <space> jumlah kredit <space> nombor penerima dan hantar ke 28166
  • Pastikan jumlah kredit dan nombor penerima adalah betul
  • Satu notifikasi melalui SMS akan dihantar sekiranya pindahan kredit berjaya dilakukan