Cara Top Up Celcom
September 22, 2023
Celcom merupakan salah satu rangkaian telekomunikasi yang begitu popular di Malaysia. Ia mempunyai begitu ramai pengguna kerana kemudahan perkhidmatannya yang cukup meluas. Malah, para pelajar juga ramai yang memiliki telefon bimbit dan memilih Celcom sebagai telco pilihan. Sebab itulah Celcom sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggannya.
Bagi yang tidak tahu cara untuk membuat tambah nilai Celcom, anda boleh memilih salah satu cara berikut yang cukup mudah.
Cara Top Up Menggunakan Softpin
- Anda boleh mendapatkan softpin di kedai – kedai terpilih seperti kedai serbaneka seperti 7 Eleven dan sebagainya
- Softpin ini mempunyai kod pin 16 digit dengan nilai yang anda beli
- Dail *122*masukkan kod pin 16 digit dan tekan # menggunakan telefon bimbit anda
- Contoh *122*1234567891011123#
- Pastikan nilai yang telah dimasukkan adalah sama dengan nilai yang dibeli
Cara Top Up Menggunakan Kad Top Up
- Kad top up mempunyai kod pin 16 digit sama seperti softpin
- Namun, kad top up ini tidak seperti softpin yang dicetak serta merta on-demand
- Kad top up ini boleh dibeli di mana – mana kedai berhampiran termasuklah kedai runcit
- Beli kad top up mengikut nilai yang anda inginkan
- Taip REC<jarak><masukkan kod pin 16 digit>dan hantar ke 2888
- Pastikan nilai yang telah dimasukkan adalah sama dengan nilai yang dibeli
Cara Top Up Menggunakan Celcom Life App
-
- Muat turun Celcom Life App menggunakan Google Play Store atau Apple Store
- Sekiranya belum mendaftar, buat pendaftaran menggunakan Prepaid Self-Registration
- Setelah mendaftar, klik Log In with Mobile Connect
-
- Masukkan nombor telefon bimbit di bahagian Enter Your Mobile Number
- Klik Send One Time PIN (OTP)
- Masukkan nombor PIN yang telah anda terima melalui SMS dan anda telah berjaya log masuk ke akaun
- Kemudian, klik Buy More dan pilih Reload
- Masukkan jumlah amaun untuk tambah nilai kredit dan ikuti tatacara selanjutnya sehingga selesai
Cara Top Up Celcom Menggunakan Maybank2u
-
- Log masuk ke akaun Maybank2u anda menggunakan ID dan kata laluan yang betul
- Klik butang Reload
-
- Pilih Mobile Prepaid dan pilih jenis telco iaitu Celcom XPax
- Masukkan nombor telefon bimbit yang ingin ditambah nilai
- Pilih jumlah tambah nilai kredit yang diperlukan
- Tekan butang Reload
- Tambah nilai kredit anda akan dimasukkan secara automatik
Cara Top Up Celcom Menggunakan CIMB
- Log masuk ke akaun CIMB menggunakan username dan kata laluan yang betul
- Pilih menu Top Up
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti
- From (pilih salah satu akaun anda)
- Product Type (pilih Mobile Prepaid)
- Buy (pilih Celcom)
- Reload To (pilih nombor telefon bimbit sekiranya telah ada dalam simpanan, jika tidak klik butang Others dan masukkan nombor telefon bimbit)
- Amount (Masukkan jumlah kredit tambah nilai yang diperlukan)
- Tekan butang Submit dan kemudian klik Confirm setelah mengesahkan maklumat yang telah dimasukkan adalah betul
Cara Top Up Celcom Menggunakan E-Reload
-
- Dapatkan penjual topup e-reload di kedai – kedai terpilih
- Berikan nombor telefon kepada penjual topup
- Tambah nilai kredit akan dimasukkan secara automatik mengikut jumlah permintaan anda
Tempoh sah kredit Celcom bergantung kepada jumlah tambah nilai yang telah anda masukkan. Sekiranya anda menambah nilai sebanyak RM 5, maka tempoh sah kredit adalah selama 5 hari.