Cara Topup Digi
Ada ketikanya anda tidak perasan pun kredit sudah habis atau telah tamat tempoh. Jika ini berlaku, anda tidak dapat membuat sebarang panggilan keluar atau menghantar SMS kepada rakan dan keluarga. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, biasakan diri anda untuk menyemak baki kredit telco anda secara rutin supaya tidak panik sekiranya anda berada di dalam situasi kecemasan. Bagi memudahkan para pelanggan membuat tambah nilai kredit, Digi telah memperkenalkan beberapa kaedah pembelian topup yang begitu mudah. Anda boleh menyemak cara membuat topup Digi seperti di bawah.
Cara Topup Menggunakan Kupon Reload
Kaedah topup menggunakan kupon reload sangat mudah dan begitu popular. Anda hanya perlu mendapatkannya di outlet Digi berhampiran, 7-11, kedai serbaneka atau kedai-kedai runcit di seluruh negara.
Kupon reload ini mengandungi 16 digit nombor PIN. Cara untuk topup adalah seperti berikut:
- Masukkan nombor *123* dan 16 digit nombor PIN. Masukkan butang # dan tekan butang CALL
- Contoh : *123*1234567890123456#
- Anda akan menerima satu SMS dengan baki terkini
Cara Topup Menggunakan Flexi Eload
- Flexi reload merupakan kaedah topup secara autoreload. Anda hanya perlu berjumpa dengan mana – mana individu yang menjual topup Digi, berikan sahaja nombor telefon serta jumlah topup yang diperlukan.
- Individu atau penjual topup tersebut akan memproses pesanan anda dan topup anda akan dilakukan secara automatik. Proses topup menggunakan flexi reload ini tidak memerlukan sebarang nombor PIN untuk dimasukkan bagi mendapatkan topup.
Cara Topup Melalui Digi Online Store
- Anda boleh juga membuat pembelian topup melalui Digi Online Store dengan hanya melayari laman web www.digi.com.my
- Klik butang Prepaid pada menu, scroll sehingga anda menjumpai tajuk Low on balance?
Reload now! Klik butang Reload - Klik pada butang Mobile dan pilih jumlah topup yang ingin dibeli samada RM 10, RM 15, RM 30, RM 50 atau RM 100
- Masukkan nombor telefon bimbit yang ingin ditopup serta alamat emel
- Tekan butang Reload
- Pilih kaedah pembayaran samada menggunakan kad kredit/debit atau pembayaran secara online
- Pastikan anda klik butang Terma dan Syarat terlebih dahulu sebelum menekan butang Pay
- Pembelian topup anda akan diproses sebaik sahaja pembayaran selesai dilakukan
- Anda akan menerima topup secara automatik dan email lengkap dengan nombor reload Digi juga akan dihantar kepada anda. Sekiranya topup anda tidak dimasukkan secara automatik, anda boleh menggunakan maklumat nombor PIN 16 digit yang dihantar melalui emel
Cara Topup Melalui Maybank Online Banking
- Login ke akaun Maybank anda dan klik butang Pay & Transfer
- Kemudian tekan butang Reload
- Masukkan jenis telco yang ingin anda topup
- Masukkan nombor telefon yang akan anda topup serta jumlah yang ingin dibeli. Nilai minima yang boleh anda beli adalah bermula dari RM 5, RM 10, RM 30, RM 50 dan RM 100
- Klik butang Reload, dan pada butang SMS TAC, klik Request
- Anda akan menerima SMS TAC dan masukkan nombor TAC tersebut dan tekan butang CONFIRM
- Pembelian topup anda akan diproses dan topup akan dimasukkan secara automatik
Cara Topup Menggunakan Mesin ATM Maybank
- Masukkan kad ATM dan nombor PIN
- Pilih Other Transaction dan pilih Prepaid Paymen
- Pilih butang Mobile Prepaid Reload
- Pilih samada Instant Prepaid Reload atau Prepaid Reload With PIN
- Pilih Account To Be Debited
- Masukkan Prepaid Telco Code yang diberikan kemudian tekan butang YES untuk pengesahan
- Masukkan jumlah topup yang diperlukan (Contoh : Topup RM 10, masukkan kod 010 dan tekan butang YES untuk pengesahan)
- Masukkan nombor telefon bimbit yang ingin ditopup dan klik butang YES setelah pasti dengan pilihan anda. Nombor telefon tersebut akan ditopup secara automatik sekiranya anda memilih kaedah Instant Prepaid Reload. Sekiranya anda memilih Prepaid Reload With PIN, nombor PIN tersebut akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang telah dimasukkan.
- Setelah berjaya membuat pembelian topup, anda akan menerima satu slip ATM untuk rujukan anda
Cara Top up Guna Ewallet Boost
Tempoh Masa Aktif Top Up Credit Digi
Tempoh aktif kredit adalah bergantung pada jumlah kredit yang ditambahkan seperti berikut :
- RM 5 – temp0h 5 hari
- RM 10 – tempoh 10 hari
- RM 30 – tempoh 30 hari
- RM 50 – tempoh 50 hari
- RM 100 – tempoh 120 hari
Kemudahan pembelian topup yang disediakan oleh Digi ini begitu memudahkan para pelanggan mendapatkan kredit tambah nilai. Pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kredit Digi dan juga tidak perlu keluar dari rumah pun untuk membuat tambah nilai.