Cara Topup Njoi

Astro NJOI merupakan salah satu perkhidmatan tv satelit rangkaian Astro. Ia merupakan saluran tv satelit percuma dan tiada yuran perkhidmatan bulanan dikenakan. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan perkhidmatan tv satelit percuma ini, pelanggan perlu membuat pemasangan dekoder NJOI dan piring satelit terlebih dahulu dengan bayaran perkhidmatan sekitar RM 380 (bergantung kepada promosi terkini). Astro NJOI ini telah diperkenalkan sejak 18 Februari 2012 lagi bersama usahasama pihak kerajaan Malaysia dan juga Astro. Rangkaian tv yang disediakan oleh Astro NJOI ini adalah rangkaian TV1, TV2, TV3, TV9, TV8, NTV7, Prima, Maya dan Awani sahaja. Saluran tv yang terhad ini mungkin membosankan, namun anda tidak perlu khuatir kerana sebagai pelanggan Astro NJOI, anda juga boleh melanggan saluran tv Astro yang lain seperti Astro Best / Astro First dan sebagainya dengan hanya membuat tambah nilai NJOI dan boleh mula melanggan saluran tv kegemaran anda.

 

Bagi yang pertama kali menggunakan Astro NJOI dan ingin membuat tambah nilai kredit NJOI, anda boleh memilih salah satu cara berikut mengikut kesesuaian anda. Kesemua cara ini begitu mudah tanpa memerlukan masa yang lama.

 

Tambah Nilai Melalui SMS dan Menggunakan No PIN 16 Digit

  1. Anda perlu membeli terlebih dahulu no PIN 16 digit ini di kedai – kedai terpilih seperti 7Eleven, KK Mart dan sebagainya
  2. Taip 111<jarak>no kad pengenalan<jarak>no PIN 16 digit dan hantar ke 33310
  3. Sebaiknya sebelum membuat tambah nilai, pastikan tarikh tamat tempoh nombor PIN anda masih laku dan belum tamat tempoh

 

Tambah Nilai Menggunakan CIMB Clicks

  1. Log masuk ke akaun CIMB clicks
  2. Pilih Top Up
  3. Masukan nombor telefon bimbit anda
  4. No PIN 16 digit akan dihantar ke telefon bimbit anda 
  5. Pastikan anda memilih tambah nilai Astro NJOI dan masukan jumlah tambah nilai yang diperlukan
  6. Ikuti arahan seterusnya sehingga selesai
  7. Setelah berjaya membuat pembelian tambah nilai NJOI, anda akan menerima satu SMS yang tertera no PIN NJOI
  8. Anda boleh mula menggunakan tambah nilai tersebut untuk melanggan saluran tv yang digemari

 

Tambah Nilai Menggunakan Maybank2u

Sebelum top up NJOI, silahkan cek baki dahulu melalui sms, caranya SMS 000<no IC> hantar ke 33310. Jika balance Anda tinggal sedikit, silahkan lakukan top up je. Ikuti panduan berikut ini.

    1. Login masuk ke akauan Maybank2u
    2. Klik Buy Online

 

  • Klik Internet Prepaid

 

    1. Pilih Astro NJOI
    2. Masukan jumlah yang ingin ditambah

 

  • Klik butang Request TAC dan masukkan nombor TAC di ruangan yang berkenaan

 

  1. Anda akan menerima nombor PIN tambah nilai melalui SMS di telefon bimbit anda 
  2. Seterusnya SMS 111<no kad pengenalan><no PIN 16 digit> dan hantar ke 33310

Tambah Nilai Secara Online

    1. Layari laman web https://login.astro.com.my dan klik butang login
    2. Masukkan alamat emel atau mobile number serta kata laluan dan klik butang login

 

  • Setelah  berjaya log masuk, klik butang MY ACCOUNT dan pilih Manage My Account

 

  1. Klik pada Account No dan klik Top Up
  2. Sekiranya anda mempunyai nombor baucar, masukkan nombor baucar tersebut
  3. Sekiranya tiada, pilih tambah nilai melalui Credit Card / Debit Card
  4. Pilih jumlah tambah nilai yang dikehendaki dan masukkan maklumat kad kredit / kad debit bagi meneruskan pembelian
  5. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai
  6. Tambah nilai akaun Astro NJOI anda telah berjaya 

Setiap kali anda berjaya membuat tambah nilai, pastikan anda membuat semakan baki bagi memastikan kredit yang ditambah nilai telah benar – benar dikreditkan ke dalam akaun NJOI anda. Untuk membuat semakan, hanya perlu menghantar SMS 000 <nombor kad pengenalan> dan hantar ke 33310. Anda akan dapat mengetahui baki terkini akaun Astro NJOI anda.