Cara Topup XOX

Cara Topup XOX

Pengguna prepaid talian XOX tidak perlu gusar sekiranya kredit panggilan telah habis kerana terdapat pelbagai cara untuk membuat isian semula kredit dengan mudah. Anda hanya perlu memilih salah satu kaedah pengisian semula yang tertera di bawah ini mengikut kesesuaian situasi anda.

 

Menggunakan Portal SelfCare

  1. Log masuk ke akaun Selfcare XOX
  2. Pilih menu Prepaid Top Up
  3. Masukkan nilai tambah yang diperlukan dan kadar minima adalah sebanyak RM 10
  4. Pilih cara bayaran samada menggunakan kad kredit, online banking atau e-wallet dan klik butang Confirm
  5. Pilih jenis bank bagi membuat pembayaran sekiranya menggunakan online banking dan log masuk ke akaun bank yang berkenaan
  6. Buat bayaran berdasarkan nilai kredit yang tertera dan setelah selesai kredit tambah  nilai anda dimasukkan secara automatik

 

Menggunakan Apps Boost

Anda boleh menambah kredit talian XOX melalui aplikasi Boost seperti berikut : 

  1. Pastikan anda telah memuat turun aplikasi Boost terlebih dahulu
  2. Buka aplikasi Boost dan pergi ke halaman Prepaid
  3. Skrol ke bawah dan klik butang Credit
  4. Anda akan dibawa ke halaman Top Up Mobile Credit
  5. Masukkan jumlah tambah nilai yang diperlukan
  6. Masukkan PIN transaksi 6-digit anda
  7. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya setelah transaksi selesai
  8. Anda boleh mula menggoncangkan telefon bimbit anda untuk mendapatkan cashback dari Boost setiap kali anda top up 

 

Menggunakan Aplikasi Black

  1. Muat turun aplikasi Black menggunakan Google Play Store atau Apple Store
  2. Daftar ID menggunakan akaun XOX anda, sekiranya belum pernah mendaftar sila klik butang Sign Up terlebih dahulu untuk membuat akaun
  3. Anda akan menerima link pengesahan melalui emel dan klik pada link tersebut untuk mengaktifkan akaun ID XOX
  4. Log masuk ke akaun anda menggunakan ID tersebut
  5. Setelah berjaya masuk ke aplikasi Black, klik pada icon Top Up dan pilih Me sekiranya ingin topup untuk talian sendiri atau pilih Other sekiranya ingin topup untuk talian lain 
  6. Masukkan jumlah isian semula yang diperlukan
  7. Pilih Payment Method samada ingin menggunakan kad kredit atau perbankan internet dan klik butang Top Up
  8. Selain membuat pembelian top up, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran bil XOX, membuat perkongsian data, minit panggilan dan sms, membeli Season Pass, membeli Validity dan bermacam lagi

 

Menggunakan Sistem XOX Fast

  1. Layari laman web XOX Fast di https://xox.com.my/onlinestore/fast
  2. Masukkan nombor telefon XOX yang ingin ditambah nilai
  3. Masukkan alamat emel
  4. Pilih jumlah tambah nilai yang diperlukan dan klik butang Send
  5. Buat bayaran secara online banking dan setelah selesai kredit anda akan dimasukkan secara automatik

 

Top Up Melalui Dealer Onexox  

    1. Pengguna hanya perlu membayar kepada dealer dengan nilai tambah yang diperlukan

 

  • Dealer akan mengkreditkan terus top up ke telefon bimbit anda melalui sistem top up

 

 

Menggunakan Nombor PIN dari terminal E-PAY, MOL dan 7Eleven

  1. Anda boleh mendapatkan nombor PIN 16 digit menggunakan terminal E-PAY, MOL dan 7Eleven
  2. Cara menambah nilai menggunakan nombor PIN 16 digit adalah seperti berikut :
  • Via USSD : Taip *132*1*16 digit no PIN# dan tekan butang Call
  • Via VOOPEE-XOX : Pergi ke My Balance dan masukkan 16 digit no Pin
  • Via SMS : Taip rec<jarak>PR<jarak><16 digit no PIN> dan hantar ke 28899
  • Via IVR : Call 13322 dan ikuti arahan selanjutnya
  1. Anda juga boleh menambah nilai kredit XOX rakan dengan menggunakan USSD Code seperti berikut :
  • Taip *132*1*16 digit no PIN*nombor telefon rakan# dan tekan butang dail/call
  1. Anda boleh menyemak baki kredit terkini dengan cara berikut :
  • Dail *132# atau *150# atau hubungi pusat khidmat pelanggan di talian 12273
  • Maklumat kredit terkini akan tertera di skrin telefon bimbit anda