Cara Trade Forex
Forex merupakan singkatan Forex Exchange, manakala forex trading bermaksud aktiviti / urusniaga jual beli matawang untuk mendapat keuntungan. Ia telah dibuka kepada dunia sejak tahun 1996 dan menjadi pasaran kewangan yang terbesar masa kini dengan jumlah dagangan mencecah $5 trilion sehari. Ia adalah 200 kali lebih besar berbanding pasaran saham lain di dunia. Cara urusniaga forex sama seperti perniagaan lain iaitu membeli mata wang pada kadar yang lebih rendah dan menjualnya semula apabila kadar harga semakin meningkat bagi mendapat keuntungan.
Urusniaga forex dilakukan secara online sahaja. Sebagai trader, anda memerlukan komputer dan talian internet untuk melakukan trade forex. Selain itu, modal juga diperlukan untuk trade forex. Pasaran forex dibuka selama 5 hari seminggu dan 24 jam sehari. Ia bermula dari jam 5.00 pagi hari Isnin dan akan berakhir pada jam 5.00 pagi hari Sabtu. Dalam tempoh ini, anda mempunyai kebebasan untuk trade pada bila – bila masa sahaja mengikut kesesuaian anda. Beberapa faktor perlu anda tahu sebelum membuat sebarang trading forex supaya hasil yang diperolehi lebih menguntungkan. Faktor yang perlu ditekankan adalah seperti berikut :
- Struktur Pasaran Forex
Sebelum memulakan trade saham, anda perlu mengetahui pusat saham yang ada seperti Bursa Malaysia. Namun, bagi trade forex, tiada sebarang pusat saham kerana ia melibatkan dagangan mata wang yang berbeza bagi setiap negara. Pasaran forex melibatkan ramai pihak yang bermula dari retail trader hingga Central Bank di negara masing – masing. Oleh sebab itu pasaran forex lebih besar berbanding pasaran saham lain.
- Waktu Sesuai Trade Forex
Pasaran forex tidak akfif sepanjang hari kerana ada masa pasarannya agak rancak, dan juga kadang – kadang agak perlahan. Perubahan waktu siang dan malam turut mempengaruhi waktu rancak ekonomi di negara – negara lain. Hari paling aktif adalah pada pertengahan minggu iaitu Selasa, Rabu dan Khamis, manakala yang paling perlahan adalah hari Isnin. Hari Jumaat pula adalah hari yang sukar dijangka, memandangkan ia adalah hari terakhir dan ramai trader cenderung menutup posisi masing – masing pada Jumaat.
- Leverage
Seorang trader seakan memiliki modal yang besar dengan adanya leverage dan ia bergantung kepada tawaran yang diberikan oleh broker. Terdapat broker yang menawarkan leverage sehingga 1:50 dan 1:2000. Leverage yang tinggi memberi risiko yang tinggi sekiranya ia digunakan secara maksimum.
- Jenis Akaun, Unit dan Lot
Nilai untung rugi untuk satu pips bergantung kepada :
- Jenis akaun
- Saiz lot
- Pair yang didagangkan
- Trading Platform
Trading platform merupakan perisian yang digunakan untuk melakukan trading seperti membuat analisa, membuka atau menutup posisi. Perisian yang paling popular adalah MetaTrader 4 yang boleh dimuat turun ke komputer peribadi. Namun, kini anda juga boleh menggunakan platform berasaskan web tanpa perlu memuat turun ke dalam komputer dan boleh didapati secara percuma di internet.
- Long / Short (Buy / Sell)
Butang “BUY” dan “SELL” yang digunakan untuk masuk dan keluar dari pasaran berdasarkan analisa keuntungan yang bakal dijana.
- Bid / Ask & Spread
Bid adalah harga anda Sell, manakala Ask pula harga anda Buy dan nilai Ask mestilah lebih tinggi dari harga Bid.
- Pips dan Pipettes
Pips adalah nilai perubahan pada harga satu pair manakala 1 pips bersama 10 pipettes.
- Rollover (Swap)
Sekiranya terdapat position yang belum ditutup dan dibawa ke hari berikutnya, maka caj akan dikenakan oleh broker. Ia bergantung kepada jumlah lot, jenis pair dan posisi yang dibuka. Swap positif bermaksud anda menerima bayaran dari broker manakala negatif swap pula ada sebaliknya. Kadar yang dikenakan akan berubah dari masa ke semasa dan bagi mengelakkan anda dikenakan caj rollover, sebaiknya anda membuka akaun Islamic (swap free).
- Cara Membuat Keuntungan
Anda perlu membuat jangkaan yang tepat supaya memperoleh keuntungan. Contoh : Anda menjangkakan kadar AUD/USD akan menaik di mana nilai AUD lebih tinggi berbanding USD dan anda membuka posisi Long pada 1:3200 dan Close pada 1:3300. Ini bermakna anda telah mendapat keuntungan sebanyak 100 pips. Sekiranya posisi anda adalah Short, maka anda telah kerugian 100 pips. Nilai keuntungan 1 pips adalah bergantung kepada saiz lot anda. Jika nilai 1 pips adalah RM 10, maka 100 pipx x RM 10 = RM 1000 (untung)
- Jenis Pasaran
Memandangkan pasaran Forex adalah pasaran dua hala, maka trader boleh mendapat keuntungan dari kedua – dua pasaran.
- Bullish Market adalah harga pair yang sedang menaik secara keseluruhan
- Bearish Market adalah harga pair yang sedang menurun secara keseluruhan
- Jenis Order
Beberapa jenis Order yang digunakan ketika trading Forex adalah terdiri dari :
- Market Order (Instant Execution) – Buy atau Sell adalah pada harga semasa dan ia akan execute sendiri secara manual
- Pending Order – Ia akan execute secara automatik di server apabila harga berada di paras yang telah trader tetapkan. Pending Order terbahagi kepada dua iaitu Limit Orders dan Stop Orders
- Limit Orders pula terdiri dari Buy Limit, Sell Limit dan Take Profit.
- Buy Limit – Buy di bawah harga semasa
- Sell Limit – Sell atas dari harga semasa
- Take Profit – Untuk letak target
- Stop Orders
- Buy Stop – Buy atas dari harga semasa
- Sell Stop – Sell bawah dari harga semasa
- Stop Loss – Digunakan bagi menghadkan kerugian
- Trailing Stop – Untuk melindungi keuntungan
Cara Mudah BUY dan SELL
- Klik butang “BUY” atau “SELL” di platform.
- Jika anda meramalkan pasaran menaik, klik BUY
- Jika anda meramalkan bahawa pasaran akan turun, klik “SELL”.
- Klik butang New Order pada menu
- Masukkan maklumat harga untuk BUY dan SELL
- Selepas pesanan dihantar dan dibenarkan, senarai transaksi pesanan akan muncul dalam sejarah pembelian
- Anda hanya perlu menunggu sehingga harga bergerak naik atau menurun berikutan ramalan, sebelum menutup posisi dengan mengklik pada sejarah pelaburan yang berkaitan.