Cara Transfer Duit Ke ASB
Suatu tika dahulu, urusniaga ASB hanya boleh dilakukan di kaunter – kaunter berdaftar sahaja, samada di pejabat POS, bank atau cawangan pejabat ASB berhampiran. Segala urusan penambahan atau penjualan semula saham perlu dilakukan melalui kaunter dan perlu menggunakan buku akaun simpanan milik individu. Setiap pelanggan ASB perlu menunggu lama sekiranya ingin membuat urusan ASB di kaunter terutamanya selepas dividen diumumkan pada awal tahun. Para pelanggan akan mula membanjiri cawangan – cawangan kaunter ASB dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan.
Namun, dunia yang semakin maju menuju ke hadapan dengan segala teknologi yang canggih dan terkini telah membawa begitu banyak perubahan. Kemajuan teknologi ini juga turut memberi impak kepada urusniaga ASB. Pelanggan ASB tidak perlu lagi bersesak di kaunter hanya untuk membuat penambahan saham. Dengan hanya klik dalam sistem perbankan, nilai pelaburan boleh ditambah dengan mudah. Walau bagaimana pun, sistem ini tidak membenarkan pelanggan membuat penjualan saham secara online.
Antara Cara untuk nenambah pelaburan ASB
Terdapat beberapa cara untuk pelanggan menambah pelaburan ASB dan ia boleh dilakukan secara online. Penambahan unit amanah ASB boleh dilakukan melalui salah satu cara berikut :
- myASNB
- Maybank2u
- CIMB Clicks
- RHBNow
Cara Membuat Pelaburan Tambahan Melalui MyASNB
- Layari laman web rasmi MyASNB dan log masuk ke akaun menggunakan username dan kata laluan yang sah
- Klik menu Portfolio
- Pilih menu Unit Amanah dan klik butang Pelaburan Tambahan
- Pilih tidak untuk Pengisytiharan PEP dan klik butang Seterusnnya
- Klik dan klik butang Seterusnya
- Masukkan jumlah pelaburan tambahan dan klik butang Seterusnya
- Tulis semula karakter dan klik butang seterusnya
- Pilih akaun bank untuk meneruskan urusniaga perbankan dan meneruskan urusniaha pelaburan tambahan
- Transaksi anda telah selesai. Anda boleh melihat rekod urusniaga dan boleh memuat turun resit sebagai rekod
- Setiap pelaburan tambahan akan dikreditkan terus ke akaun ASNB anda
- Tiada sebarang caj tambahan dikenakan
Cara Membuat Pelaburan Tambahan Menggunakan Maybank2u
Pastikan anda telah pun “linked” kan akaun ASB dengan Maybank2u. Sekiranya belum pernah “linked” kan, anda perlu “linked” terlebih dahulu dengan klik pada menu Linked ASB.
Berikut merupakan langkah mudah untuk membuat pelaburan tambahan:
- Log masuk ke akaun Maybank2u menggunakan username dan password
- Klik pada butang Saving Account
- Klik menu Pay & Transfer dan klik menu Transfer
- Log masuk ke akaun Maybank2u menggunakan username dan password
- Klik pada butang Saving Account
- Klik menu Pay & Transfer dan klik menu Transfer
- Pada pilihan menu Transfer To, pilih ASNB Account
- Klik menu New Transfer dan anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti :
- Product
- Membership No.
- ID Type
- Member’s ID Number
- Transfer Amount
- Relationship
- Purpose Of Transfer
- Effective Date
- Klik butang T&C sebelum meneruskan urusniaga dan klik butang TRANSFER setelah semua maklumat lengkap
Cara Membuat Pelaburan Tambahan Menggunakan CimbClicks
- Layari laman web rasmi CIMBClicks
- Log masuk menggunakan username dan kata laluan yang dibenarkan
- Klik butang Apply & Invest
- Klik butang Subscribe (ASNB)
- Sekiranya anda belum linked akaun ASNB dengan akaun bank, ia boleh di linked terlebih dahulu
- Masukkan nilai tambahan dan teruskan urusniaga sehingga selesai
- Setiap penambahan unit saham menggunakan CIMBClicks ini akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 1
Cara Membuat Pelaburan Tambahan Menggunakan RHBNow
- Layari laman web rasmi RHBNow
- Log masuk menggunakan username dan kata laluan yang dibenarkan
- Klik butang ASNB Unit Trust
- Sekiranya anda belum linked akaun ASNB dengan akaun bank, ia boleh di linked terlebih dahulu
- Masukkan nilai tambahan dan teruskan urusniaga sehingga selesai
- Setiap penambahan unit saham menggunakan RHBNow ini akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 1
Kelebihan Menggunakan Sistem Perbankan Internet Untuk Membuat Pelaburan Tambahan
- Sangat mudah dan dapat menjimatkan masa
- Hanya menggunakan telefon pintar dan boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja
- Penambahan boleh dibuat secara konsisten setiap bulan dengan menggunakan kaedah auto debit
- Tidak perlu ke mana – mana kaunter ASNB
Setiap pelaburan tambahan yang dilakukan secara online akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk dikemaskini oleh sistem ASB. Oleh itu, anda tidak perlu khuatir sekiranya anda menyemak akaun ASB, wang pelaburan tambahan belum dikemaskini. Akaun ASNB boleh disemak pada hari berikutnya dan jika setelah 24 jam wang tambahan belum dikemaskini, maka anda boleh menghubungi pihak ASB.
Waktu melabur yang paling baik adalah pada atau sebelum 1 haribulan setiap bulan supaya tempoh matang pelaburan diambilkira bagi mengira dividen yang akan diterima. Dengan cara ini membolehkan pelanggan mendapat pulangan dividen yang lebih tinggi.