Cara Transfer Kredit Celcom

Celcom merupakan salah satu rangkaian komunikasi yang terbesar di Malaysia. Ia memberi kemudahan kepada pengguna untuk berhubung antara satu sama lain dengan mudah. Oleh sebab itu, ramai yang memilih Celcom sebagai rangkaian komunikasi masa kini. Pengguna boleh melanggan talian Celcom secara pra bayar atau pasca bayar. Sekiranya pengguna melanggan talian pasca bayar, setiap bulan terdapat komitmen yang perlu dibayar oleh pengguna. Namun, bagi pengguna pra bayar, kemudahan kredit adalah sangat penting untuk terus menggunakan perkhidmatan Celcom secara atas talian.

 

Bagi pengguna pra bayar Celcom, anda tidak perlu khuatir kerana Celcom turut memperkenalkan kemudahan pemindahan kredit dari pengguna Celcom ke pengguna Celcom yang lain. Kemudahan pemindahan kredit Celcom adalah untuk pengguna Celcom Xpax.

Cara Transfer Kredit Celcom

Terdapat juga perkhidmatan yang disediakan untuk memudahkan pengguna Celcom menghantar kredit kepada orang lain. Pemindahan kredit Celcom ini sangat berguna, terutamanya semasa kecemasan di mana penerima sangat memerlukan kredit tetapi keadaan tidak membenarkannya membelinya segera.

Di samping itu, Anda juga boleh memindahkan kredit sebagai satu bentuk penghargaan atau perhatian kepada orang lain. Sebagai contoh, memberi kredit kepada kawan, ibu bapa, atau budak-budak.

Cara pindah kredit Celcom melalui panggilan *365*3# adalah seperti berikut :

  1. Buka menu call
  2. Taip *365*3#
  3. Tekan butang Dial
  4. Pilih 1 untuk pindah kredit dan pilih 2 untuk meminta kredit

 

Cara kongsi kredit Celcom melalui SMS adalah seperti berikut:

  1. Taip RM <jumlah
  2. Hantar SMS ke nombor penerima.
  3. Contoh : RM 10 kirim ke nombor penerima 0192134789
  4. Sekiranya mahu pindahkan kredit dengan jumlah RM11 hingga RM25, pendaftaran perlu dilakukan terlebih dahulu dengan cara berikut :
  5. Taip CAT <jarak>masukkan 6 karakter kata laluan<jarak>nama ibu dan hantar ke nombor 1019
  6. Kemudian, pindahan kredit boleh dilakukan dengan cara taip RM<jumlah>dan hantar ke nombor telefon yang memerlukan kredit

 

Cara Meminta Kredit Celcom

Sekiranya anda mahu meminta kredit Celcom daripada rakan, ibu bapa atau adik-beradik, taip RQ RM <jumlah> dan hantar ke <nombor telefon>.

Contoh : RQ RM10 hantar ke 0192134789

 

Terma dan Syarat Pindah Kredit Celcom

  1. Pindahan kredit sebanyak RM 1 dan RM 2 hanya sah untuk 1 hari sahaja
  2. Pindahan kredit sebanyak RM 3 dan ke atas adalah sah untuk 3 hari
  3. Tempoh sah kredit baru penerima adalah bergantung kepada tempoh sah kredit sedia ada
  4. Pelanggan Celcom mestilah sedang berada di Malaysia semasa meminta kredit atau membuat pemindahan kredit
  5. Pelanggan baru Celcom perlu menggunakan kredit sebanyak RM 10 dahulu sebelum membolehkan mereka menggunakan Celcom Credit Share.
  6. Mereka hanya perlu memastikan baki kredit minimum adalah sebanyak RM2 untuk menggunakan Celcom Credit Share atau tempoh kredit melebihi 30 hari
  7. Sekiranya pelanggan memilih jadual mingguan atau bulanan bagi pemindahan kredit, kredit akan dipindahkan secara automatik setiap minggu atau setiap bulan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  8. Caj RM 0.20 akan dikenakan bagi setiap permintaan yang berjaya dan caj RM 0.50 pula akan dikenakan bagi setiap pemindahan kredit yang berjaya
  9. Pelanggan yang mempunyai tempoh kredit selama 50 hari, dan atau tanpa baki kredit masih menerima pindahan kredit
  10. Setiap transaksi share kredit Celcom tidak akan mengubah status tempoh aktif kredit dan tempoh isian semula bagi penerima dan penghantar
  11. Bagi penerima yang berada dalam tempoh isian semula, pastikan terlebih dahulu mengaktifkan kad supaya boleh menggunakan kredit yang telah dipindahkan oleh penghantar

 

Pindahan kredit Celcom adalah sangat penting terutamanya bagi pengguna yang sedang berada dalam situasi yang mendesak.