CARA TRANSFER KREDIT DIGI
Digi merupakan salah sebuah syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan talian mudah alih yang popular di Malaysia. Ia bukan sahaja menawarkan perkhidmatan pakej panggilan ekonomi malah unik buat para pelanggannya. Selain menawarkan perkhidmatan panggilan serta internet, Digi juga menawarkan perkhidmatan seperti Talktime Request, Talktime Advance dan Talktime Transfer International untuk kemudahan para pengguna Digi.
Cara Transfer
Talktime Request merupakan perkhidmatan yang membolehkan anda mendapatkan kredit dari rakan anda dengan membuat permintaan kepada mereka supaya memindahkan sejumlah kredit ke dalam akaun anda. Ia membolehkan anda mendapat sejumlah kredit dari Digi semasa kecemasan dengan mudah.
Talktime Transfer International pula membolehkan anda memindahkan kredit kepada pengguna Digi di 8 buah negara yang berbeza sekiranya rakan anda sedang menggunakan perkhidmatan Digi Roaming dan berada di salah sebuah negara yang tersenarai. Ia juga dapat membantu rakan anda di saat kecemasan.
Talktime Transfer pula membolehkan anda memindahkan kredit kepada pengguna prabayar Digi atau memindahkan kredit dari prabayar Digi ke prabayar Digi yang lain. Ia juga membenarkan pemindahan kredit dari Digi pascabayar ke Digi prabayar atau pascabayar. Walaubagaimanpun, pemindahan kredit tidak boleh dilakukan dari akaun Digi prabayar ke akaun Digi pascabayar.
Perkhidmatan Talktime Transfer ini memudahkan pengguna Digi mendapat manfaat dari pengguna Digi yang lain terutamanya ketika berhadapan situasi kecemasan. Ia membolehkan pengguna Digi menerima kredit tanpa sebarang masalah.
Cara membuat pindahan kredit Digi ke pengguna Digi lain infoaccess yang berada di dalam negara adalah seperti berikut :
- Dail *128# dan tekan butang Call
- Kemudian, pilih My Account
- Daripada menu tersebut, pilih Talktime Services
- Tekan 1 untuk Talktime Transfer
- Pilih Transfer Option
- Masukkan nombor penerima kredit Digi dan tekan butang Send
Permintaan kredit dari pengguna Digi adalah percuma sahaja. Namun, setiap kali transaksi berjaya dilaksanakan, kedua – dua pihak samada pengirim atau penerima kredit akan dikenakan caj perkhidmatan iaitu sebanyak RM 0.50 bagi pengirim dan RM 0.25 bagi penerima kredit.
Cara membuat pindahan kredit Digi menggunakan aplikasi Digi Share adalah seperti berikut:
- Login ke aplikasi MyDigi
- Klik menu dan klik Digi Share
- Pilih nombor penerima atau sekiranya nombor penerima tiada dalam senarai, klik butang + untuk menambah nombor penerima kredit
- Masukkan nama serta nombor telefon penerima kredit dan klik simpan
- Pilih jumlah kredit yang ingin dipindahkan kepada penerima kredit Digi, masukkan alamat emel dan klik butang isi semula
Pemindahan kredit ini tidak boleh dilakukan sekiranya pengguna menggunakan plan
prabayar seperti Prepaid Easy, Prepaid LiVE, Prepaid Smart Plan atau Smart Prepaid
kerana ia tidak membenarkan perkhidmatan Talktime Transfer.
Cara membuat pindahan kredit Digi ke pengguna Digi lain yang berada di luar negara adalah seperti berikut :
- Taip TN <space><country code><mobile number> to 2000 atau;
- Dail *128*1*7# select Talktime Transfer International dan ikuti arahan selanjutnya
Pindahan kredit Digi ke luar negara juga tidak boleh dilakukan bagi plan Digi Easy Prepaid v3, Smart Prepaid dan Prepaid Live.
Untuk menyemak jenis plan yang sedang digunakan, anda boleh menyemaknya dengan cara berikut :
- Dail *128# dan tekan butang Call
- Kemudian, pilih My Account
- Pilih Call Plan untuk mengetahui jenis plan yang dilanggan
Jumlah maksima yang boleh dipindahkan adalah sebanyak RM 15 atau 3 kali transaksi dalam sehari. Ia juga boleh dipindahkan sebanyak RM 100 dalam tempoh sebulan.
Berikut merupakan jumlah pindahan kredit yang dibenarkan serta tempoh sah kredit mengikut jumlah yang dipindahkan kepada pengguna Digi:
- Pindahan kredit sebanyak RM 3 mempunyai tempoh sah selama 2 hari
- Pindahan kredit sebanyak RM 5 mempunyai tempoh sah selama 2 hari
- Pindahan kredit sebanyak RM 15 mempunyai tempoh sah selama 5 hari
- Pindahan kredit sebanyak RM 25 mempunyai tempoh sah selama 7 hari
Perkhidmatan Talktime Transfer ini sememangnya sangat penting kerana kehabisan kredit panggilan boleh berlaku pada bila – bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Sekiranya, pengguna kehabisan kredit, adalah agak sukar untuk memperolehi kad isian semula sekiranya berada dalam situasi yang sukar dijangka.
Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, pengguna tidak perlu khuatir lagi. Pengguna perkhidmatan Digi boleh berkongsi kredit dengan pengguna Digi yang lain. Ia dilihat dapat memberi manfaat kepada para pelanggan Digi yang memerlukan kredit di waktu kecemasan. Pengguna Digi boleh melakukan pemindahan kredit pada bila – bila masa sahaja. Ini dapat membantu pengguna Digi yang lain mendapatkan kredit dengan lebih mudah tanpa memerlukan kemudahan internet kerana pemindahan kredit boleh juga dilakukan dengan menggunakan SMS sahaja.