Cara Transfer Kredit Xox
Kadang kala tanpa disedari kredit telefon seseorang telah pun tamat tempoh atau telah kehabisan kredit. Keadaan ini agak menyukarkan sekiranya ia melibatkan saat – saat kecemasan dan kritikal sehinggakan seseorang itu tidak mampu untuk membuat tambah nilai kredit kerana faktor kiosk tambah nilai agak jauh. Oleh itu, perkhidmatan pindahan kredit dari rangkaian telekomunikasi yang sama adalah sangat penting dan dapat memudahkan pelbagai urusan,
Sebelum membuat pindahan kredit, pengguna telefon seharusnya menyemak dahulu baki kredit dengan mendail *150*1#. Pihak penghantar perlu memiliki kredit minimum sekurang – kurangnya RM 10. Setiap pindahan kredit yang berjaya akan dikenakan caj sebanyak RM 0.25 terhadap kedua – dua belah pihak iaitu penghantar dan penerima, malah caj tersebut akan dipotong terus dari akaun, Penerima kredit akan mendapat tempoh aktif tambahan melalui pindahan kredit ini.
Cara Membuat Pindahan Kredit Melalui Kaedah Dial
Pindahan kredit melalui kaedah dail boleh dilakukan seperti berikut :
- Dail nombor dan simbol *150# dan skrin akan memaparkan pelbagai pilihan menu
- Pilih menu nombor 5 iaitu Transfer Kredit.
- Masukkan nombor 5 sebagai pilihan dan tekan butang Send
- Kemudian, pilih menu nombor 2 iaitu Share MA dan tekan butang Send
- Masukkan nombor OneXOX yang akan menerima kredit dari anda dan tekan butang Send
- Pilih jumlah kredit yang hendak dipindahkan. Jumlah minima adalah RM 3 hingga RM 30. Setelah membuat pilihan, klik butang Send
- Satu paparan yang menunjukkan nombor telefon penerima dan jumlah yang akan dipindahkan akan dapat dipaparkan sebelum pengesahan dibuat. Sekiranya maklumat yang tertera adalah betul dan tepat, masukkan nombor 88 untuk Submit dan tekan butang Send untuk meneruskan pindahan kredit
- Anda akan menerima satu notifikasi dari OneXOX melalui SMS untuk memberitahu bahawa pindahan kredit telah berjaya dilakukan
Cara Transfer Kredit XOX Melalui SMS
- Buka aplikasi SMS pada telefon bimbit
- Taip mesej dengan format: TRNS <space> MA <space> Nombor Penerima <space> MA <space> Amount <space> PIN hantar ke 22111
Contoh : TRNS MA 011112345678 MA 30 1234 hantar ke 22111
Tempoh sah bagi setiap pindahan kredit adalah sebagai berikut :
- RM 3 : tempoh sah 1 hari
- RM 7 : tempoh sah 3 hari
- RM 15 : tempoh sah 7 hari
- RM 30 : tempoh sah 25 hari
Walau bagaimana pun, OneXOX Prepaid hanya boleh pindahkan kredit ke nombor Onexox Prepaid sahaja dan OneXOX Black tidak boleh menerima sebarang pindahan kredit dari OneXOX Prepaid kerana ia merupakan dua jenis pakej pra bayar yang berbeza.