Cara transfer Maybank2u

CARA TRANSFER DUIT MENGGUNAKAN MAYBANK2U

Kaedah perbankan secara dalam talian ataupun online begitu popular pada hari ini. Hampir keseluruhan bank telah pun memperkenalkan sistem perbankan online. Maybank, antara bank utama di Malaysia yang sangat terkenal dengan sistem online yang dikenali sebagai maybank2u.

Sistem online sangat popular kerana ia begitu menjimatkan masa pelanggan untuk melakukan pelbagai transaksi tanpa perlu datang ke kaunter bayaran. Antara transaksi yang boleh dilakukan menggunakan maybank2u adalah seperti pembayaran bil, pinjaman sewa beli kereta, kad kredit, perumahan, bil elektrik, bil air dan sebagainya.

Bagi melakukan sebarang transaksi, anda hanya perlu menggunakan computer peribadi atau computer peribadi yang lengkap dengan jaringan internet. Malah, penggunaan telefon pintar juga lebih memudahkan. Sebelum melakukan sebarang transaksi, pastikan anda telah mendaftar terlebih dahulu dan mempunyai username serta kata laluan yang sah sahaja. Jika belum, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu di maybank2u.

Sekiranya anda belum mahir untuk membuat pindahan wang secara online di maybank2u, anda boleh mengikuti langkah – langkah berikut sebelum membuat pindahan wang. 

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN MAYBANK LAIN

 

  • Masukkan kata laluan dan klik Login.
  • Klik butang Pay & Transfer
  • Klik butang Transfer

 

  • Di ruangan Transfer From, pastikan ianya dibuat dari akaun simpanan anda
  • Di ruangan Transfer To, klik dan pilih Other Accounts (Maybank and other banks)
  • Setelah klik pada Other Accounts, klik pada ruangan New Transfer dan pilih nama Maybank
  • Satu pop up akan dipaparkan dan masukkan maklumat yang diperlukan seperti:

1) Account Number 

2) Transfer Amount

3) Effective Date 

4) Recipient’s Reference 

 

Anda boleh juga masukkan maklumat tambahan di Additional Info (Optional)

1) Other Transfer Details

2) Notify via Email

  • Setelah semua maklumat dimasukkan, klik butang TRANSFER
  • Permohonan anda akan diproses. Sebelum permohonan diteruskan, anda diminta membuat permintaan SMS TAC terlebih dahulu bagi menjamin keselamatan wang yang akan dipindahkan. Ia bagi mengelakkan penggodam menggodam akaun bank anda dan membuat transaksi yang tidak dibenarkan. Klik butang REQUEST 
  • Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan
  • Masukkan nombor TAC ke ruangan yang dikehendaki dan tekan butang CONFIRM
  • Satu butiran maklumat pemindahan wang ke akaun penerima akan dipaparkan
  • Anda boleh memuat turun Salinan resit bagi tujuan penyimpanan

 

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN SELAIN MAYBANK

 

  • Masukkan kata laluan dan klik Login
  • Klik butang Pay & Transfer
  • Klik butang Transfer

 

  • Di ruangan Transfer From, pastikan ianya dibuat dari akaun simpanan anda
  • Di ruangan Transfer To, klik dan pilih Other Accounts (Maybank and other banks)
  • Setelah klik pada Other Accounts, klik pada ruangan New Transfer dan pilih nama bank
  • Satu pop up akan dipaparkan dan masukkan maklumat yang diperlukan seperti :

1) Account Number 

2) Recipient’s Name

3) Transaction Type;  a) Fund Transfer 

  1. b) Credit Card 
  2. c) Loan Payment 
  3. d) Hire Purchase 

(*Anda boleh memilih jenis transaksi yang ingin dilakukan*)

 

4) Transfer Mode; a) Instant Transfer

  1. b) Interbank GIRO

(*Pilih salah satu mod pemindahan wang. Bagi mod transaksi Instant Transfer, perpindahan wang akan segera dilakukan serta merta jika tiada gangguan sistem. Bagi mod transaksi Interbank GIRO, waktu penerimaan wang yang akan diterima oleh pemegang akaun adalah berbeza – beza mengikut masa yang telah ditetapkan. Klik butang ? untuk mendapatkan maklumat berkenaan masa pemindahan wang*)

 

5) Transfer Amount

6) Recipient’s Reference 

 

Anda boleh juga masukkan maklumat tambahan di Additional Info (Optional)

1) Other Transfer Details

2) Notify via Email

 

 

  • Setelah semua maklumat dimasukkan, klik butang TRANSFER
  • Permohonan anda akan diproses. Sebelum permohonan diteruskan, anda diminta membuat permintaan SMS TAC terlebih dahulu bagi menjamin keselamatan wang yang akan dipindahkan. Ia bagi mengelakkan penggodam menggodam akaun bank anda dan membuat transaksi yang tidak dibenarkan. Klik butang REQUEST

 

  • Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan
  • Masukkan nombor TAC ke ruangan yang dikehendaki dan tekan butang CONFIRM
  • Satu butiran maklumat pemindahan wang ke akaun penerima akan dipaparkan
  • Anda boleh memuat turun salinan resit bagi tujuan penyimpanan

Anda juga boleh mendaftar nombor akaun bank penerima dalam Favourite List supaya memudahkan lagi pemindahan wang pada masa hadapan. Sekiranya nombor akaun telah didaftarkan, tiada lagi SMS TAC diperlukan semasa proses pemindahan wang

Dengan adanya kaedah perbankan online ini, anda boleh membuat pemindahan wang ke akaun penerima pada bila – bila masa dan di mana sahaja