Day Cream Terbaik
Day cream merupakan krim yang dapat melembapkan kulit dan melindungi kulit dari sinaran matahari. Antara yang terkandung dalam day cream adalah bahan – bahan emollient seperti ceramide atau squalene yang menjadikan teksturnya lebih ringan tatkala menggunakan makeup. Day cream biasanya digunakan pada siang hari yang dapat memberi kelembapan kepada kulit dan penyerapannya adalah lebih cepat. Selain melembapkan kulit, ia turut membantu pelepasan kulit mati pada wajah si pemakai. Berikut antara day cream terbaik di pasaran Malaysia yang boleh dicuba mengikut kesesuaian kulit dan bahan yang terkandung di dalamnya.
- Clinique Superdefense Broad Spectrum SPF 25
Clinique’s Superdefense Broad Spectrum SPF 25 ini dapat melindungi wajah dari sinar UV serta dapat menangani pelbagai masalah kulit. Ia turut membekalkan vitamin C dan E untuk perlindungan antioksidan.
- Sunday Riley Ice Ceramide Moisturizing Cream
Krim ini mengandungi ekstrak kandungan kelapa untuk penghidratan kulit dan vitamin E untuk menyuburkan kulit yang kering.
- Glow Recipe Banana Souffle Moisture Cream
Produk ini berasaskan bahan semulajadi yang terdiri dari buah-buahan dan ia fokus kepada penjagaan kulit wajah keseluruhannya. Ia sesuai untuk kulit kerana tahan lebih lama serta harum.
- Vichy – Aqualia Thermal UV Defense Moisturizer Sunscreen
Terdiri dari bahan yang kaya dengan pelembap UV, penting untuk perlindungan sinaran matahari. Ia mengandungi SPF 30, ringan, mudah diserap kulit, tidak melekit ataupun berminyak.
- Bare Minerals Pureness Soothing Light Moisturizer
Ia diperbuat dari pelbagai ekstrak bahan asli iaitu daripada ekstrak kelapa yang dapat memberikan faedah maksimum kepada kulit. Kulit terasa menenangkan dan sempurna biarpun setelah beberapa jam menggunakannya.
- The Inkey List Peptide Moisturizer
Krim ini mengandungi 1 peratus kompleks peptida dan protein pelican royal jelly khas yang dapat memberi kelembapan kulit sehingga 10 kali ganda serta dapat menghaluskan kulit.
- ELF Hello Hydration! Face Cream
Bagi yang tidak gemar aroma tambahan pada krim siang, jenama ELF Hello Hydration! Face Cream adalah pilihan tepat kerana ia bebas wangian. Krim ini dapat memberi pencerahan serta mengelakkan penghidratan pada kulit.
- Krim Calming Tide
Then I Met You Calming Tide Gel Cream mengandungi peptida serta ekstrak limau purut yang memberikan haruman seperti Fruity Pebbles. Krim ini dapat mencerahkan selain menguatkan serta menenangkan kulit.
- Olay – Regenerist Micro Cream With SPF 30
Salah satu keistimewaan krim ini adalah ia bukan sahaja dapat melembap serta melindungi kulit, malah ia juga merupakan serum anti-penuaan. Hasil ujian di makmal Beauty Lab mendapati produk ini dapat meningkatkan tahap kelembapan kulit sehingga 31 peratus.
- Garnier – Skin Active Clearly Brighter Face Moisturizer SPF 15
Bagi yang memiliki kulit yang kusam, anda boleh mencuba krim siang ini kerana ia dapat mengurangkan kulit yang kusam sambil melindungi serta melembutkan kulit. Malah, ia juga dapat menjadikan kulit lebih cerah, lebih sihat serta dapat merangsang penggantian sel setelah pemakaian secara konsisten selama lapan minggu.
- Supergoop – Superscreen Daily Moisturizer Broad Spectrum With SPF 40 PA+++
Produk ini mengandungi serbuk mineral dan menggunakan formula yang sesuai untuk semua warna kulit. Ia melindungi kulit dari sinaran UVA serta UVB, menghidrat kulit dan ianya sangat mudah bergabung dengan alat solek lain.
- La Mer The Concentrate
La Mer The Concentrate menggunakan formula berasaskan kelapa yang memberi keremajaan kepada kulit serta anti radang. Ia juga pernah memenangi Anugerah Kecantikan Terbaik 2019 kerana dapat menghaluskan kulit dalam jangka masa yang pendek.
- Mary Kay – Time Wise Age Minimize 3D Day Cream SPF 30
Krim siang Mary Kay ini bukan sekadar pelembap, ia juga baik untuk pencegahan tahap tinggi serta penghidratan kerana mengandungi bahan aktif seperti peptide serta antioksidan. Krim ini cepat diserap dan tidak berminyak. Penggunaan secara rutin dapat menjadikan kulit semakin bersinar dan dapat menghilangkan kedutan di wajah.
- Perricone MD Photo Plasma SPF 30 Anti-Aging Moisturizer
Krim ini telah diuji dalam makmal dan ianya merupakan penghidrat terbaik serta pelindung kulit dari sinaran matahari yang menggunakan bahan mineral. Ia terbukti dapat meningkatkan sehingga 30 peratus tahap kelembapan kulit selama enam jam dan dapat mengurangkan pori sehingga 8 peratus dalam tempoh empat minggu.
- MS Glow Whitening Day Cream
Krim ini mengandungi bahan aktif seperti root, licorice dan kolagen yang membuatkan kulit wajah nampak bersinar, cerah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga mengandungi beeswax yang bertindak sebagai anti – inflamasi serta anti-bakteria.
- Emina Bright Stuff Moisturizing Cream
Emina Bright Stuff Moisturizing Cream mengandungi UVA dan UVB yang dapat melindungi kulit dari sinaran matahari, B3 yang dapat mencegah kehadiran melanin, ekstrak buah plum dan juga vitamin E yang berfungsi mencerah serta melembapkan kulit wajah. Ia mudah diserap serta ringan pada kulit. Dilengkapi dengan SPF 15 yang dapat melindungi kulit setiap hari.
- Wardah Lightening Day Cream Advanced Niacinamide
Krim Wardah ini mempunyai tekstur yang ringan dan mudah diserap ke dalam kulit. Ia mengandungi advanced niacinamide yang dapat mencerahkan kulit yang kusam. Selain itu, ia juga mengandungi SPF 30 PA++ yang dapat melindungi kulit dari sinaran matahari.
- Whitelab Brightening Day Cream
Whitelab Brightening Day Cream mencerahkan serta menganjalkan kulit. Ia juga dapat memudarkan bitnik – bitnik hitam serta dapat mengurangkan minyak berlebih pada kulit wajah. Krim ini mengandungi marine collagen yang dapat memberi kelembutan dan menghaluskan kulit serta mengandungi SPF 20 PA++ yang melindungi dari sinar UV matahari.
- Scarlett WhiteningBrightly Ever After Day Cream
Produk ini mengandungi bahan – bahan seperti rosehip oil, rainbow algae, glutathione, triceramide yang mampu mencerahkan, mengurangkan kedutan, penghidratan, melembapkan, menganjalkan serta mengurangkan bintik – bintik hitam dan pori – pori terbuka.
- Unilever – Pond’s Age Miracle Wrinkle Corrector
Menggunakan formula retinol-C yang aktif bekerja 24 jam dan dapat menghaluskan kulit serta mengurangkan garis – garis halus. Ia juga dilengkapi dengan SPF 18 PA++ yang dapat melindungi kulit dari sinar UV dan memiliki aroma floral yang menenangkan.
- Azarine – Ultralight Hydra Glow
Produk ini menggunakan teknologi whitening multidefense yang memberi perlindungan kepada semua jenis kulit serta radikal bebas. Ia mengandungi SPF 30 PA++, mempunyai tekstur ringan dan kulit sentiasa lembap setelah menggunakannnya.
- Safi Age Defy Radiant Day Emulsion SPF 25 PA++
Krim ini dapat melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB kerana mengandungi SPF 25 PA++. Ia juga mengandungi gold extract, light diffusing crystal serta silk protein yang dapat mengurangkan penuaan serta meratakan tona warna kulit.
- Procter & Gamble Olay Total Effects 7 in 1 Day Cream Normal SPF 15 PA++
Krim ini mempunyai tujuh kelebihan iaitu dapat menegangkan kulit, bebas bintik hitam, bebas kedutan, melembutkan, melembapkan, merona serta memberi sinar pada kulit. Ia juga dapat mengurangi minyak pada kulit serta tekstur krim yang ringan mudah diserap oleh kulit. Produk ini terdiri dari vitamin E, provitamin B5 serta niacimide dan SPF 15 PA++.
- Erha – Truwhite Arbutin & Panthenol Brightening Day Cream
Produk yang mengandungi exfoliating agent dapat mengurangkan bintik – bintik hitam, membantu menghilangkan sel kulit mati serta menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru. Ia juga dapat mengurangkan kerengsaan serta menenangkan kulit kerana mengandungi soothing agent. Selain itu, ia memberi kesan tone up setelah dikenakan pada kulit sehingga wajah kelihatan lebih cerah.
Inilah antara 24 jenis krim siang yang dapat memberi kelembapan, menyuburkan serta mencerahkan kulit hanya dengan pemakaian secara rutin setiap hari. Pastikan anda memilih krim yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.