e-Tunai Rakyat

Maklumat terkini

Kredit e-Tunai akan bermula 31 Julai 2020. Permohonan akan bermula 31 Julai 2020 hingga 24 September 2020

Dibawah program  Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (Penjana) , Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan terbaru untuk etunai. Setiap rakyat Malaysia bakal mendapat RM50 ke  eWallet mereka. RM50 ini akan dikreditkan terus kepada dompet eWallet masing-masing.  Rakyat dinasihatkan untuk mengemaskini akaun ewallet mereka bagi mendapat wang ini.

Syarat dan kelayakan adalah sama dengan pemberian etunai sebelumnya dimana Setiap warganegara berumur 18 tahun ke atas and berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

RM 50 kepada eWallet Rakyat

Program e-Tunai Rakyat telah diumumkan dalam Belanjawan 2020 tempoh hari akan dilancarkan serta dilaksanakan menjelang Januari 2020. Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng menjelaskan bahawa program inisiatif e-Tunai Rakyat ini merupakan rangsangan digital berjumlah RM 450 juta. Ia merupakan langkah positif kerajaan dalam menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan teknologi digital yang meluas terutamanya dalam urusan pembayaran yang menggunakan e-wallet di kalangan pembeli dan peniaga.

 

Bagi menjayakan program ini sebuah syarikat gergasi di Malaysia iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah dilantik untuk menyelaras segala pelaksanaan program ini. Ia juga turut melibatkan beberapa agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri. Khazanah juga bertanggungjawab memilih penyedia perkhidmatan yang mampu memikul tanggungjawab menyediakan platform terbaik bagi melaksanakan program inisiatif e-Tunai ini. Justeru, pihak Khazanah telah memilih serta melantik tiga buah syarikat terkemuka bagi menjayakan program ini. Tiga syarikat ini terdiri dari Touch ‘n Go, Boost dan GrabPay. 

 

Kelayakan

Rakyat Malaysia yang berumur 18 adalah layak untuk menerima RM 50.00 di mana setiap satunya boleh dibelanjakan untuk membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh pengendali perkhidmatan e-wallet terpilih. 

Program ini juga selaras dengan agenda Kerjasama Berkelayakan kerajaan yang mahukan rakyat Malaysia berbelanja menggunakan teknologi digital yang lebih mudah, cepat dan selamat. Setiap individu yang layak menerima inisiatif ini akan dikreditkan terus ke akaun e-wallet yang dipilih samada e-wallet Touch ‘n Go, Boost atau GraPay. Pengendali perkhidmatan e-wallet juga mungkin akan memberikan tawaran sampingan bagi menggalakkan lagi penggunaan e-wallet ini pada masa akan datang.

 

Boost 

 

Cara Guna eWallet

 

Grab

Tidak digalakan kerana kurang pengunaan. Jika RM30 masuk ke eWallet ini.. kurang tempat untuk membeli benda dengan Grab wallet.

 

Pemilihan ketiga – tiga syarikat ini dibuat adalah berdasarkan beberapa kriteria iaitu:

  1. Memiliki pengguna yang aktif, ramai dan meluas. Ia membolehkan program inisiatif e-Tunai ini diterima oleh hampir semua rakyat Malaysia yang menepati syarat
  2. Memiliki rangkaian perniagaan yang besar. Membolehkan penerima inisiatif menikmati pelbagai barangan dengan mudah
  3. Syarikat pengendali perkhidmatan mestilah memiliki struktur kewangan yang kukuh, kepakaran teknikal serta memiliki pekerja yang ramai bagi mengendalikan program ini kerana urusniaga akan meningkat menjelang program ini dilaksanakan
  4. Merupakan pelabur dalam perkhidmatan masing – masing